Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 Disember 2014

Kini Pengusaha Butik

Yelah sangat tu.....tajuk saja buat gempak.
Hari ni nak cerita kisah puteri ke3 ibu.
Sekarang Beby sedang bercuti Sem selama 2 bulan.

Hari ke3 cuti Beby bisik-bisik pada ibu yang dia nak kerja part time.
Katanya tuan butik tempat dia kerja part time lepas SPM dulu asyik call tanya bila Beby cuti....
Emmmmm...ibu sebenarnya belum puas beramah-mesra + gosip-gosip dengan Beby.
Ibu iakan aja permintaan Beby dan ayah sentiasa menerima keputusan ibu tanpa banyak soal.....

Beby seorang anak yang berdikari......minat berniaga....
Melencong dari course yang dia belajar sekarang.
Cita-cita nak jadi lecture BI tapi Beby juga minat berniaga....
Takpelah......semua tu memberi pengalaman buat Beby.
Disamping dapat menjana pendapat dapatlah dia isi masa cuti panjang ni.

Yang paling kelakar bila ibu tanya:
Ibu : Beby nak beli apa dengan duit gaji tu...
Beby : Beby nak kumpul buat beli kereta....
Haaaaa.....terkejut beruk ibu.....alahai anak...menggunung cita-cita Beby...
Moga impian tercapai nanti......ha3x......

28 November 2014

Merasmikan Pizza-Hut BG

Tahniah kepada anak-anak yang berjaya mendapat 5A  dalam UPSR.
Tahniah juga buat anak saudara ibu dan Adam (anak Aziela)....
Ibu turut bangga dan gembira dengan kecemerlangan kalian.
Terkenang pengalaman manis 4Farah dihari pengumuman UPSR......

Bagi yang tak capai target jangan bersedih kerana tidak semestinya
kita tak cemerlang dalam UPSR kita akan kecundang dan gelap masa depan.
Dari pengalaman ibu yang bergelar guru,
ramai diantara anak-anak murid yang result UPSR suam-suam kuku
kini berjaya bergelar doktor, peguam, engineering, guru dan 
bidang profesional lain......
Ok jangan sedih2 ye...yang penting usaha dan tawakal....
Dan bagi yang cemerlang teruskan langkah anda hingga
berjaya ke menara gading.....InsyaAllah...

Eh....panjang pulak cikgu ni berceloteh.....adeh...
Ok berbalik kita pada tajuk asal.
Kalau buat karangan BM memang confirm E dalam tangan....he3x...
Tajuk tak boleh blah....hahaha....sila jangan percaya.
Sebenarnya area rumah ibu ni ada sebuah restaurant fast food baru dibuka.
Adalah dalam 0.3km je gitu...
Rasanya dah dekat 2 minggu kot dibuka.
Balik sekolah mesti mata Farouk tertumpu ke situ sambil-sambil buat 
nyanyi "pizzahuuuuttttt".
Ibu buat-buat tak layan.
24 jam rasa tak cukup-cukuppppp....

Awal cuti sekolah Farouk pulak dihantar ke Kem Smart Quran.
Tiba-tiba jiwa ibu tak tentu arah....
Rindu anak-anak punya pasal..mulalah ibu syahdu sorang-sorang.
Kat rumah tinggal berdua je dengan Naurah....

Tetiba rasa nak pergi jadi "perasmi pizza-hut BG"......
Maka tanpa berfikir panjang cepat je Naurah setuju......

 Tinggal 1F......huhuhu....

Selera dynasor si ibu yang tak sedar diri.
Bila Big Box sampai baru perasan  hanya ibu berdua je dengan Naurah....

Terkejuzzzz ibu....Alamak sapa nak makan semua ni kakak......adeh.
Dalam kepala ibu masih ingat 5F ada disisi......
Angau betul ibu.....

 Posing dulu sebelum makannnnnn.....

Yang paling sadis bawak pulak Naurah yang jenis tak kuat makan dan
si ibu yang sedih tiba-tiba........
Tak luak pun kami makan.
Emmmmmm.....tamak haloba + tak sedar diri akhirnya
Big Box tu kami tapau je bawak balik......

Itu jelah kisah perasmian kami di pizzahut BG.....

p/s:
Untuk 4hari 3malam kami pergi bercuti.
Cuti yang ayah bisik2 sempena anniversary kami.......
InsyaAllah kita jumpa lagi...

26 November 2014

Hanya Kerana Nama

Minggu lepas malam-malam ibu terima call dari Angah.
Sayu je suara dia.
Lepas tu dengar pulak teresak-esak dihujung talian
Hati ibu mula risau.
Bila anak-anak berjauhan hati ibu sentiasa dilanda kerisauan.

Laaaaaa...ini puncanya...Nama kad pelajar masa degree tercatat nama "Nadiah"....
sedangkan kad pelajar masa asasi dulu "Farah".
Angah paling tak suka bila orang panggil dia Nadiah or Nadia atau sewaktu dengannya.
Alahai anak.......Punyalah susah ayah nak cari nama tu. Farah Nadiah, kan sedap bunyinya.......
Katanya dia terpaksa "menderia" sepanjang pengajian di sana dengan menggunakan
nama itu pada kad....alahai...
Makin sukalah best friend Angah dok usik-usik dia.
Makin lajulah juraian airmata Angah......kih.kih.kih.....
Angah memang terkenal dengan gelaran 'bintang airmata'....
Apa saja yang mencuit hati kecilnya akan mengundang airmata....
Anak 'pramatang' ibu yang amat sensitif tapi berdikari.

Selingan :
Ni gambar yang Angah wassap.....
Bersedia untuk present  mooting  dan debate subjek Law......
Inilah pakaian rasminya...hitam putih.
Agak-agaknya bila peguam berpakaian "hitam putih" ada sesuatu mesej disebalik warna tu kot...
Bagi ibu itulah namanya"Hitam Putih Kehidupan"......he3x....

Bila tengok gambar ni teringat masa ibu sebaya Angah...kurus dan tinggi lampai.
Rasanya ibu lagi kurus dari Angah kot.
Kalau kat sekolah cikgu-cikgu dan kawan-kawan selalu usik ibu..
"Z, awak sesuai jadi model atau pramugari la...."
Entah cikgu perli ke apa masa tu...maklumlah ibu boleh tahan kuat berangan
dalam kelas.....hahaha.....

Masa tu sibuk nak gemukkan badan....
Sekarang dah kembang semacam walaupun berangan nak kurus semula........

Good luck Angah.
Ibu percaya Angah mampu lakukan yang terbaik kerana pengalaman 1 tahun bergelar
pelajar asasi law dulu banyak membantu.....
Semoga anak ibu terus cemerlang dan cemerlang.
Ibu sangat bangga dengan anak-anak ibu.

p/s:
Seawal pagi ibu memecut ke sekolah...
Dalam hati penuh debaran.
Walaupun  tak ada anak ibu mengambil UPSR tapi
debaran tetap sama walaupun anak-anak murid.
Kejayaan mereka kebahagian kami yang bergelar guru.
Good luck semua......
Emmmm neves.....

About me