Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 Jun 2013

FM...FM..FM...TQSM

Hari ni nak cerita pasal FM.
Koleksi kesayangan ibu yang makin lama makin membiak
dengan jayanya.....
Yang paling bestnya, koleksi ibu bertambah dengan pemberian 
daripada keluarga dan rakan-rakan.

 Minggu lepas ibu terima FM dari kanda tersayang Ummiross.
Ummi baru balik bercuti daripada siri jelajah Eropah.
Best sangat-sangat baca n3 dan tengok pic di blog Ummiross.
Entah bilalah giliran ibu nak ke sana.....????
TQSM ummiross...Suka dan terharu di atas ingatan ummi nie...

 FM yang Beby beli masa lawatan ke Putrajaya kelmarin.
Suka sangat-sangat.
TQSM my dear......

Ini FM daripada Naurah.
Naurah pun pergi lawatan ke Putrajaya bersama beby.
TQSM my dear....

Alhamdulillah, anak-anak pun dah tahu hobi ibu....
Nampak gayanya ayah kena beli 1 lagi petiais yang besar untuk ibu
lekatkan FM ibu yang dah jejak ratusan keping tu....
Hehehe...

Terima Kasih semua di atas ingatan.
Ibu sangat-sangat gembira dan hargai ingatan kalian.
Ada sapa-sapa lagi nak bagi ibu FM??????

p/s:
Hari ni ada 2 program serentak.....
Di sekolah ibu dan sekolah anak-anak...
Aduyai!!!!

28 Jun 2013

Kisah 2 Orang Budak Biru.

Hari Khamis dan Jumaat Naurah dan Beby 
ada program lawatan sambil belajar untuk
Badan Pengawas Sekolah di Putra Jaya.

Mereka di sana selama 2 hari 1 malam.
Bawa beg macam nak pergi 1 minggu...aduyai.
Ibu doakan moga anak-anak ibu selamat sampai dan selamat kembali.

Dan pagi-pagi si ibu tak henti-henti memberi pesanan :
Jangan nakal-nakal..
Jaga adik ye kak nana...
Jangan buli adik ye Kaka Nana..
Jaga tingkah laku..
Jangan lupa solat tepat waktu...
Tetiba dua-dua jawab serentak : YA...IBU!!!!!!!

Aduyai dah macam mak nenek pulak ibu nie....he3X...
Macam biasa ayah diam memerhati gelagat kami.
Ayah juga bergegas untuk ke tempat
seminar selama 2 hari.........
Tinggallah ibu, along dan Farouk.....
Sunyi sangat-sangat rasa tanpa insan-insan tersayang disisi.....

Sebelum bertolak kena paksa posing dulu......he3X....
Rindu budak 2 orang nie......

27 Jun 2013

Jom Petik Strawberry @StrawBerry Park..

Terjumpa pic ni masa dok godak2 lappy.
Gambar masa ibu pergi ke strawberry park masa di Bandung awal bulan ni..
Motif utama : tetiba rasa nak makan strawberry!!!

Petik strawberry?????
Petik la sangat..hehehe.......
Masa ibu sampai ke sini, buah strawberry baru berputik.
Mungkin masa ibu pergi ke sini tak kena waktunya....

Ibu and the geng singgah di sini sekembalinya dari Sari Ater Hot Spring,
Alang-alang datang, kami pun singgah jelah..
Bayaran masuk ke sini Rp10,000 = RM3 saja
dan dapat minum  secawan jus strawberry percuma.
Kat sini ala-ala C.Highland jugak.
Petik sendiri dan bayarrrrr......

 Ladang strawberry.
Terletak di lereng gunung....
Luas juga ladangnya dan bertingkat-tingkat.....

 Mek Merah ni posing je lebih.
Hampeh, dapat sebiji je buah strawberry...
Sebabnya masa ke sini  tiada buah yang masak.
 Terus takde mood nak menjelajah dan melawat kawasan (macam YB pulak...)

1 kg bersamaan dengan Rp80,000 = RM20+.
Boleh tahan mahal jugak. Dah la kena petik sendiri....
Baik beli yang dah dipacking lagi senang.......
Hehehe...dasar orang malas.
Yang ada pun buahnya kecik je....
Macam terbantut ibu tengok.....

 Jus strawberry segar.....boleh tahan sedap.
Kat sini ada disediakan gerai menjual beberapa jenis makanan.

Along menikmati jus strawberry....

Sekejap saja kami di Strawberry Park sebab hajat hati nak petik buah tak kesampaian.
Selain dari itu ibu rimas dengan gangguan penjaja souvineer jalanan.
Tak sudah-sudah mendesak supaya beli barangan jualannya tu.
Aduyai.....dimana-mana ibu rasa terganggu......

Akibat rasa terkilan ,bulan 9 nanti
ibu rancang nak petik buah strawberry kat Cameron Highland puas-puas.....
Jom!!!!!!!!!!!!!

About me