Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan hong kong. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan hong kong. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

5 April 2019

TRIP KOREA-MT SORAK dan SEAFOOD MARKET

Day 2-MT Sorak dan Seafood Market 25.3.2019 ( Isnin )

Destinasi ke 2 di Korea.
Setelah  puas meronda-ronda Pulau Nami (KLIK SINI).
Acah-acah posing macam retis kami meneruskan perjalanan.
Selesai makan tengahari di restaurant Korea dengan menu Korea.

Ni makanan Korea.
Ayam + sayur masih mentah so kitalah yang kena masak macam makan seafood tu.

 Kami dibawa ke Seafood Market yang terletak di tepi muara sungai...
Wahhhhh......tiba-tiba mata ibu tertumpu pada aliran muara sungai.
Terkenang nostalgia semasa bercuti di Hong Kong dulu (KLIK SINI ).

MT Sorak ni sebuah perkampungan dan kalau tak silap ibu,
2 jam perjalanan dari ibu kota Seoul.
Bangunannya tidak tinggi.
Semua dalam 4-5 tingkat je kot.....

Macam biasa jadi model dulu.
Ni bersama adik Iqa dan Sarah....

Ok kita zoommmmmmm sikittt......

Ok kita zoom lagi.....ha3x...Terserlah "kecomelan" muka ibu.
Ehe...mana si Mah ni...
Emmmm..macam biasa di jadi camerawoman..

Matahari mula nak menyorok....leka seketika kami kat sini.
Badan dah penat ..7 jam penerbangan..2 jam transit kat Hanoi...
sampai2 je kat Korea terus ke Pulau Nami. 
Dengan baju tak bertukar....mandi jauh sekali..Ko hado????? 
Nasib baik la Korea sejuk jadinya badan tidak berpeluh....
Kalau kat Malaysia buat kerja macam ni mau pengsan....

Kami kemudian dibawa ke Seafood Market yang terletak di area situ.
Ya Allah..masuk je market dia terpegun ibu seketika.
Eehehhh....betul ke ni pasar.
Macam masuk ke akuaria je rasa.
Pelbagai jenis seafood yang pelik dan unik.
Penuh dengan warna-warna ceria...cantik sangat
Bersih...dan langsung tak ada bau hanyir.....

Hebatnya pengurusan orang Korea.
Patutlah mereka maju ke depan.
cuma orang-orang mereka mahal sangat dengan senyuman...
Buat penat je ibu senyummmm...Ala-ala syok sendiri.
Tapi ada juga yang membalas senyuman dan memberi ucapan
"eo-seo-o-se-yo" sambil menundukkan badan.
Pastu ibu acah-acah la tanya harga seekor ketam bersaiz 2 tapak tangan ibu.
WHAT!!!!!!!! seekor mencecah RM400-RM500....Mak aiiiiii..
Okkk...mampu tengok jelah...tak mampu la nak beli.

Mereka ni fahamlah kalau kita tanya "How much..."Jangan tanya lebih-lebih
nanti mereka belasah cakap Korea dengan penuh confident seolah-olah kita faham....ha3x...


Kimchiiiiiiii
Akhirnya Timah muncul....

Setelah penat ronda-ronda dan hari dah semakin gelap kami dibawa untuk makan malam di sebuah restaurant halal .

Makanan Korea banyak aksesori tapi dalam jumlah yang sedikit.
Ikan Mackeral pulak bersaiz besar dan sangat segar.
Walaupun dibakar tanpa perencah tapi rasanya sampai sekarang ibu tak boleh move on....
Manis dan lemak...sedap sangat..
Kimchi mesti ada dalam setiap menu..
macam kitalah mesti ada sambal.....

Bagusnya orang Korea ni kalau nak masuk restaurant pun kena buka kasut.
Mereka sangat mementingkan kebersihan.
Setiap restaurant Halal ada disediakan bilik solat.
 Makanya tak jadi masalah untuk muslim nak bersolat.
Ingat ye anak-anak...walau apapun kita lakukan...kewajiban dengan Allah
 jangan sekali-kali kita abaikan.
Nak jalan-jalan pun rezeki dari Allah.
Kalau Allah tak izinkan tak akan sampai ke sini.

Selesai makan kami dibawa ke tempat penginapan.
Menurut Cikgu Lim kami akan tinggal di appartment.
Mula la ibu bayangkan kami akan tinggal disebuah bilik besar.
Di dalam tu terdapat pula 3 bilik serta berkongsi bilik air dan dapur.
Ooohhhhh...tidakkkkk!!!!!

Emmmm..rupanya macam bilik hotel...luas.
Ada sebuah  katil saiz king dan 1 katil single.
Tinggal berdua je setiap bilik...Sangat-sangat selesa la.
Dalam bilik ada meja makan serta mini kabinet untuk memasak.
Siap dengan peralatan sekali.
Kalau bawak family memang selesa sangat sebab luas dan pelbagai kemudahan..
Cumaaaaa....tuala yang disediakan bersaiz sebesar sejadah yang kecik tu....
Alamak......terpingga kami masa nak mandi....
Lupa pula ibu  nak snap gambar bilik akibat badan dah letih.

Malamnya kami ditemani dengan bunyi angin yang sangat kuat.
Kalau kat Malaysia dengan bunyi angin macam tu confirm dah ibu lari untuk selamatkan diri.
Bunyi seolah-olah ribut taufan sedang melanda.
Bayangkan slinding door di pasang sebanyak 3 lapis.
Itupun masih tidak dapat menapis gegaran angin yang kuat.
Buka sikit je slinding door boleh menerbangkan cadar, bantal dan selimut tebal dalam bilik.
Alllahhu...kuasa Allah.

Paginya ibu buka sedikit slinding door..
Nak intai view sebab kami tiba dah malam.
Wow....terpegun ibu melihat panorama disekelilingnya.
Sangat cantik alam ciptaan Allah.
Suhu sejuk 2 darjah celcius + angin yang sangat kencang...
Sekejap je mampu berdiri di anjung.
Tak tahan dengan tiupan angin yang kencang dan sejuk sampai ke tulang.
Bayangkan badan ibu yang comel ni pun rasa melayang...ha3x....


Inilah tempat penginapan kami....
Ibu dapat bilik ditingkat 6

Besar juga tempatnya.

Depan apparment ni ada sebuah kolam.
Bukan untuk mandi ye tapi sebagai dekorasi je.
Sempatlah posing bersama iqa.
Hatimah dan Sarah dah tak mampu nak posing sebab terlalu sejuk...
Hahak dan Iqa masih gigih lagi menahan sejuk demi beberapa keping gambar....ha3x.

Selesai sarapan pagi di sini kami bergerak ke Everland Theme Park...
Ok..nanti kita jelajah ke sana pulakkkkk.

Klik :
Korea Part 1-Ku Datang
Korea Part 2-Nami Island

Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL.
Pasti berbaloi-baloi.

3 Februari 2015

Simanis 15

Cepat sungguh masa berlalu.
Tak sangka Baby girl ibu dah melangkah ke alam remaja.
Anak milenium yang lahir dalam tahun naga emas.

Alhamdulillah Farah Naurah seorang anak yang tidak banyak kerenah, tekun belajar, pintar dan berdikari.
Sejak melangkah ke alam persekolahan tidak
pernah menghampakan ibu dan ayah.
Kecemerlangan demi kecemerlangan dihadiahkan untuk guru2 dan family
sejak di pra-sekolah hingga kini.

Terima kasih Allah kerana menghadiahkan
kami permata yang amat berharga ini...
Alhamdulillah....

Selamat Hari Lahir Kakak.
Ibu, Ayah dan keluarga mendoakan agar Kakak panjang umur,
murah rezeki, dipermudahkan segala perjalanan hidup
dan menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat....
Semoga Kakak dapat kejayaan yang cemerlang dalam PT3 tahun ini...InsyaAllah
Kami sayang Kakak.....

Walaupun berperwatakan lemah lembut namun Kakak seorang 
yang tegas .
Nampak je ayu tapi jangan cuba berani usik Kakak......
Salah seorang bekas pelajar taekwando ni....Ada berani!!!!!!
Penerbangan ke Hong Kong.....Mereka sering bersama.....

Makan-makan pizza sehari sebelum birthday.
5 bijik pizza RM5 perbagai perasa....he3x...jimat-jimat dan berbaloi.
Ini pun tak habis dimakan.....
Akibat kesibukan ibu so terpaksalah celebbrate awal...
CutiThaipusam pun ibu ada program kat sekolah....

Menunggu pizza siap....
Susah nak snap gambar Kakak sekarang....
Farouk masih lagi bagi kerjasama.....
Ramai orang kata muka mereka berdua seiras....

Kek delivery daripada "Daddy Lee"....
Petang sebelum birthday kami dah terima kek yang sangat sedap ni.
Sir tak pernah lupa hari bersejarah kami sekeluarga.
Alert sangat-sangat.
Tqsm Sir Lee....Terima kasih berjuta-juta lemon.
Kami doakan agar kehidupan Sir makin bertambah rezeki , bahagia dan aman damai......


13 Oktober 2014

Happy Birthday Baby Boy

Hari ini genaplah 11tahun usia Baby Boy ibu yang merupakan satu-satunya putera 
tunggal dalam family ibu.
Cepat sungguh masa berlalu.

Kelahiran yang dinantikan oleh semua orang terutama kakak-kakaknya.
Berkongsi bulan kelahiran dengan Beby a.k.a Kak Nana

Alhamdulillah Farouk membesar dengan sihat walaupun
diawal usia 8 bulan Farouk mewarisi penyakit asthma daripada 
sebelah ibu dah ayah.
Redha dengan takdir.
Banyak juga ujian dan dugaan yang kami lalui dalam membesarkan Farouk.
Ibu dah tak ingin mengenang semua kisah tragis dan sedih itu.

Sekarang ibu dan ayah terus merancang untuk masa depan yang
lebih cemerlang untuk farouk.
InsyaAllah jika diizinkan Allah,
Ibu dan Ayah bercita-cita  menghantar Farouk ke sebuah sekolah
agama dan menjadi seorang tahfiz...InsyaAllah.

Ya Allah...
Kurniakan Farouk kesihatan yang baik..panjang umur..murah rezeki..
menjadi seorang anak yang punya akhlak yang baik dan cemerlang dalam pelajaran....
menjadi seorang anak yang cemerlang dunia dan akhirat.
Semoga impian kami untuk melihat Farouk menjadi
seorang ahli agama termakbul.....Amiin....


Alhamdulillah kelahiran Farouk membawa rezeki yang melimpah ruah buat kami sekeluarga.
Juga bersyukur kerana kami dapat realisasi impian Farouk yang sememangnya minat melancong...
Jom tengok.....
 Percutian Farouk ke Disneyland
Disneyland idaman kalbu.....Impian Farouk tercapai untuk jejak kaki ke sana...Alhamdulillah.
Farouk : Ibu, tahun depan kita pergi disneyland kat Paris pulak ye.....
Hamboi anak....naik berpinar biji mata ibu kumpul duit dalam tabung ayam nak
datang ke sini tau.
Ibu : Farouk kena belajar rajin-rajin...bila dapat gaji besar Farouk bawak la ibu pergi sana ye.
Farouk : Ok ibu....

 Percutian ke Guangzhou China.
Teringin nak tengok penguin katanya....
Farouk : nanti Farouk nak peluk erat-erat penguin comel..(dengan wajah teruja)..
Hampeh.....bila sampai ke situ terus tarik tangan ibu nak keluar.....
Sekadar tengok saja sebab katanya bau penguin tu busuk...muahaha....

 Percutian Farouk ke Macau.
Tidak ada apa yang menarik di Macau katanya.
Emmmmm....katanya lain kali Farouk dah tak nak jejak kaki ke sini lagi...
Orang Islam dosa tau datang sini sebab tempat orang berjudi......hish3x....

 Percutian Farouk ke Hong Kong.
Entah tapak tangan artis mana entah.
Ramai orang bergambar so ibu pun paksa la Farouk bergambar kat situ jugak...Muhahaha....

 Percutian Farouk ke makam salah seorang sahabat nabi.

Percutian Farouk ke Shenzuen ,China.
Farouk : Lain kali Farouk tak nak dah naik ferri ni...
Sejuk la ibu...rasa nak beku...
Maunya tak beku...dah la suhu 5 darjah celcius.....malam pulak
dan diikuti angin yang kencang.......emmmmmm sejuk sampai ke tulang sum-sum...
Ibu pun sama anak oooiiiiii......

 Dan yang paling sadis...
Farouk sentiasa jadi tukang tolak troli barang-barang ibu bershopping...
Sapa lagi nak ibu harapkan selain daripada bujang terhangat ibu...kan..kan..kan....

Inilah penawar Farouk melepaskan penat lelah kalau pergi melancong bersama family....

Eh..ni cerita pasal birthday ke pasal kisah perlancongan Farouk...
He3x....apa-apa jelah asalkan kisah tentang bujang terhangat ibu yang
sangat manja dan penyayang.....
Kalau boleh ibu nak Farouk jadi baby boy ibu sampai bila-bila......

4 Julai 2014

Kisah Minggu Lepas

Hari ni dah masuk puasa ke 6.
Cepat sungguh masa berlalu.
Minggu ni cuma 2 N3 yang mampu ibu karang.
Sadis sungguh.
Sibuk memang sentiasa sibuk ditambah dengan "mood"dah ke laut.

Kisah praRamadhan terperap dalam draf.
Berhabuk dan bersawang.

Cuti 4 hari sebelum dan diawal Ramadhan sempat layan 4Farahs bershopping kat Melaka.
Niat hati nak cari baju raya yang ready-made.
Si ibu dah 2 tahun "bersara" jahit baju raya anak-anak.
Punyalah cerewet 4Farahs ni.
Habis lengguh kaki dan lutut si ibu nie.
Ayah tak ikut serta kerana sibuk dengan meeting Cuepecs tang bonus gomen minggu lepas.
So ibulah jadi mangsa melayan 4Farahs.
Adeh....ikut sapalah tu cerewet sangat tang memilih baju tu??????
Akhirnya balik tanpa baju raya.
Rasanya dah lebih 4-5 buah kedai kain baju tu kami masuk.

Hari dah makin petang.
Tekak dah kering...perut dah lapar minta diisi.
Kami pergi ni 2 hari sebelum puasa.
Layan jelah tekak 5F tu.
Macam biasa fast food jugaklah pilihan mereka.
Baru senyap dan takde komen.
Ibu sekadar alas perut dengan zinger burger je.
Tekak ibu dah tak macam dulu lagi.

Dah bertapa kat rumah ibu ambil kesempatan selongkar khazanah yang tersadai kaku
kat sudut bilik.
Itupun sebab Along sibuk nak berkemas.
Buka beg travel...MasyaAllah...rupanya banyak lagi khazanah kain baju yang ibu beli
semasa melancong luar negara tahun lepas.
6 pasang kain berbaki yang ibu beli di Bandung,
 2 pasang dari Vietnam, 2 pasang masa beli kat Shenzuan dan
2 pasang beli kat Ghuangzho......
Nasib baik masa ke Macau dan Hong Kong tak beli kain baju.....Adeh.

Nampak tak ibu ni menang membeli tapi kalah bab-bab membudget duit.....
Itulah kelemahan ibu sejak dulu sampai sekarang.

Tiba-tiba mood menjahit datang membara.
Tengah syok menjahit stok benang pulak habis.
Syiok betul.
Terus hilang mood yang ibu tunggu berbulan-bulan.
Tergendala lagi cita-cita nak jahit baju.......
Maka tertangguhlah lagi kerja-kerja ibu nie.
Nampak gaya weekend ni kena seru balik
mood menjahit ibu yang telah hilang entah kemana.

18 Februari 2014

Restaurant HALAL di Macau, Hong Kong, Shenzhen dan Guangzhou.

N3 penutup siri jelajah ibu ke Negara China.
Sila jangan muntah ye....hehehe....
Terjumpa satu lagi tajuk yang belum publish....abar jelah.

Kalau pergi ke luar negara,
perkara pertama yang kita fikirkan tentang mencari makanan halal
dan boleh diterima tekak.
Kalau boleh kita nak bawa stok makanan yang banyak.
Maklumlah makan untuk hidup dan hidup untuk makannnn.....

Makanan Halal dan tandas jadi isu utama kalau ke luar negara.
Kalau nak berjalan pastikan sentiasa bawa botol kosong dalam handbag.
Bab-bab makanan susah sikit.
Kalau pergi dengan travel macam ibu tak ada masalah tapi kalau pergi sendiri tentu
mendatangkan masalah.

Di sini ibu buat n3 beberapa tempat makanan halal di 4 buah daerah yang
ibu lawati.

A. Shenzen-Restaurant Muslim Hotel
Semasa di Shenzhen kami menginap di hotel berhampiran.
Ibu pun tak pasti kenapa kami tidak menginap di sini....
Kami dibawa makan di sini semasa berada di Shenzen.
Biasalah menu orang Cina yang meriah dengan sayur-sayuran segar.
Bagi ibu tidak ada masalah untuk meratah sayur-sayuran itu kerana ibu suka sayurrr.......

Sijil apa ke benda entah.
Ibu snap semasa menaiki tangga ke tingkat atas.....
Semua dalam tulisan Cina....

Di aras 1.
Ibu tertarik dengan gambar di belakang Naurah Farouk tu.

Beginilah hidangan yang kami makan.
Setiap meja untuk 10 orang.
Memang makanan itu semua tidak pernah habis kerana terlalu banyak.....
Lagipun Farouk dan Iman memang anti nasi.
Makan kena paksa......
Ibu and the geng memang tak larat nak habiskan semua hidangan tu.
Terfikir pulak,....mereka ni makan banyak ke apa???
Tengok saiz orang-orang di China semua slim je.
Susah nak jumpa berbadan besar macam geng kami.....hahaha.............

Ini untuk sarapan.
Dah macam makan tengahari.
Cuma yang tak bestnya kami dihidangkan dengan bubur nasi.
Masing-masing merungut sebab bubur nasinya macam nasi + air.....huhuhu...
Makan jugak sebab nak alas perut.
Maklumlah sepanjang hari kami habiskan di atas bas....

Ni untuk makan malam kalau tak silap ibu.
Maklumlah kami di Shenzen selama 2 hari .......

Daging kambing digoreng bersama cili.
Boleh tahan pedas dan rasanya oklah...
Dagingnya lembut dan manis....

Ni telur hancur bersama lada banggala.
Menu yang sentiasa ada dimana-mana restaurant yang kami singgah.

Nasi ibu ambil sedikit je sebab lauk terlalu banyak.
kenyang meratah sayur dan lauk.
Kat dalam pinggan ibu tu ada satey kambing.
Satey dicucuk dengan batang besi.
Satey tu pedas sangat dan rempahnya amat kuat hingga hilang rasa keenakan daging kambing....

Sayuran hijau tu selamat ibu ratah.......

 B. Macau- Restaurant Indian
Masa di macau kami dibawa dinner kat restaurant ni.
Masa tengok hidangan buffet nampak macam menyelerakan.
Tapi bila dah rasa masing-masing berubah muka..
Walah, tak tahu nak cakap apa......
Yang tak bestnya di pintu masuk ibu perlu melalui tempat makan
yang tidak halal dan botol-botol arak tersusun depan mata....huhuhuhu...
Terus hilang selera....

Ni je yang ibu ambil.
Itu pun tak habis dimakan walaupun perut lapar.

               
Begedil dan ala-ala samaso.
Begedil tu rupanya diperbuat daripada isi ikan tenggiri.
Oklah rasanya tapi kuih 3 segi tu tak boleh nak telan...huhuhu.....

Desert buah-buahan.
Mula-mula ibu tersenyum riang sebab feveret ibu ni.
Bila masuk ke mulut terus tersekat kat kerongkong...
Aduyai.....tak tahu nak cakap rasa macam mana.
kalau kita guna susu cair tapi depa letak yougart yang masam tu...

                                                Muka Naurah yang tak dapat nak habiskan nasi tu......

             
Farouk termenung panjang setelah makan sesuap nasi....
Topi nilah yang tercicir entah kat mana.
Sayang pulak sebab ayah beli jauh nun di Australia.......

C. Disneyland Hong Kong

Dekorasi di pintu masuk ke restaurant halal....
Terasa seperti berada di sebuah perkampungan orang-orang asli...
Diiringi muzik dan bunyi-bunyian yang agak menyeramkan.......
Restaurant ni besar dan penuh dengan pelanggan.....

Ada sebuah restauran halal di disney.
Jangan risau ye sebab kalau lapar pergi je terjah kat sini.
Ada macam-macam menu berharga antara RM35-50 1 set untuk seorang.
Rasanya oklah.

D. Guangzhou-Abdullah Qinghai Moslem Restaurant
Antara restauran yang terkenal di Guanzhou.
Restaurant ni pernah dikunjungi mantan PM dan PM kita serta orang-orang kenamaan.
Gambar-gambar VVIP ni di framekan di kaunter masuk.

Boleh tahan besar juga dan sentiasa dipenuhi pelanggan.
Ada pelbagai menu di sini.
Kat restauran ni disediakan bilik solat untuk lelaki dan wanita.
Bilik solat tu ala kadar jelah.
Bolehlah kita guna untuk bersolat.....

Ibu pun tak pasti ikan apa.
Tengok rupa macam ikan siakap.
Ikan ni dibela sendiri oleh pihak restaurant dan diberi makan sayur-sayuran sahaja.
Isinya tidak hanyir cuma tidak begitu manis seperti siakap.
Tapi yang tak tahan setiap kali makan mesti ada menu yang sama.
Ikan masak ala-ala sweet sour.
Bila dah 2-3 kali makan memang tekak dah tak boleh nak terima...terasa muak.

                       
Ini pun di restaurant yang sama.

E. Guangzhou-Xinyug Muslem Restaurant 
di Bostan Hotel
Kami juga dibawa makan ke sini semasa di Guangzhou.
Sebuah Hotel 5 bintang yang serba mewah...
Bergambar di pintu masuk.

Ada lif disediakan tapi ibu mendaki tangga ke aras 3.
Terpandang dekorasi ni.

Ni kat atas.
Model kena paksa bergambar di sini....

Dekorasi kat restaurant ni memang cantik dan nampak mewah.

Sedang menunggu hidangan disediakan.
Maklumlah stail mereka berbeza dengan kita.
Hidangan mereka secara berperingkat....
Sama lah kalau kita makan makanan Cina kat Malaysia.
Hidangan akan datang berperingkat-peringkat.....

Budak berdua ni memang tak suka makan nasi.
Kalau paksa makan nasi Farouk dan Iman main kais-kais je.....

Ni nasi ibu.
Ibu makan nasi sedikit je sebab kena habiskan pelbagai sayur-sayuran tu.
Ibu peminat sayur-sayuran dan ulam....

     Di hotel ni disediakan bilik solat lelaki dan perempuan,
cuma kami terpaksa berkongsi tandas.....

Semasa di Hong Kong, kami singgah di Masjid ni.
Sebuah bangunan yang dijadikan masjid, restaurant halal, pusat perjumpaan
muslim di Hong Kong.
Masa ibu di sana, ada kelas mengaji dan usrah sedang berjalan....
Leka ibu lihat pelbagai bangsa dibawah satu Agama bersatu.......
Lupa pulak nak snap gambar kami makan di sini.
Kami sebenarnya kejar masa untuk makan dan solat kerana banyak lagi tempat yang hendak dituju...

Ada sekeping ni je gambar Farouk sedang makan.


Ibu sempat beli wantan yang sangat sedap.
Berintikan udang...ikan dan sayur-sayuran.
Seketul tu RM12.Mahalkan....
Melopong seketika bila ibu bayar.....
Beli jugak sebab nak rasa.....Ibu beli 4 ketul = RM 48..
Kalau kat Malaysia dah dapat sedulang pizza bersaiz sederhana....

Gambar selingan.
Ibu tak tahu apa nama kekacang ni.
Buahnya macam kelongsong buah getah yang  sangat-sangat sedapppppppp..
Ibu beli semasa di Guangzhou.
Kekacang ni dijual di hadapan masjid S'Habi.
Muka penjual tu macam orang Arab..Berjanggut panjang, berjubah dan berkopiah....
Setengah kilo = RM25.

Gambar yang ibu ambil dari en google.
Campuran kekacang seperti kuaci, walnut, badan, kacang dan macam-macam.
Sangat-sangat sedap cuma agak manis.
1kg=RM50.
Ianya dijual dengan motosikal oleh muslim.......
Saiznya memang besar , sebesar separuh meja makan bersaiz sederhana
dan bila kita nak beli mereka memotongnya.



About me