Awal pagi Sabtu selepas solat subuh kami bertolak ke KL.
Ayah ada seminar selama 2 hari di Grand Seasons Hotel..
Macam biasa, ayah umpan kami dengan "shopping"
dan confirm ibu dan 4 Farah tak akan menolak.
Bijak sungguh ayah guna menifesto.
Kalah YB.....
Alhamdulillah, highway utara-selatan lancar tanpa kesesakan.
Dalam 2 jam lebih kami tiba di KL.
Keadaan masih belum sesak lagi saat kami tiba.
Ayah parking kereta di hotel dan kami berjalan kaki ke Jalan TAR.
2 orang hero ibu.
Beginilah gaya kalau mereka berdua berjalan.
Dah besar-besar pun masih berpimpin tangan farouk tu...hish3X....
Sekadar meninjau dan window shopping di sini sebab baju raya 4Farah dan ibu dah settle.
Cuma ayah beli baju untuknya dan Farouk je..
Kesesakan makin ketara di Jalan TAR.
Keadaan makin sesak.
Depan Sogo.....dipenuhi lautan manusia.....termasuk ibu sekeluarga..
MasyaAllah, bila tengok keadaan sebegini terus ibu tak jadi menyelit.
Ibu terus ke tingkat atas.
Tak kisahlah tak dapat merembat sales yang murah tu.
Sesak nafas ibu tengokkan.
Masing-masing berebut-rebut....
Farah junior pun boleh tahan.
Nak kasut berjenama.
Aduyai....makin bertambah botaklah ayah....
Along dan Angah yang sudah lupa diri.
Yang tragisnya kami terpisah dengan ayah dan farouk.
berkali-kali ayah call sebab tak dapat jejak kami.
Dan yang pasti kami pun tak dapat kesan jejak ayah dan farouk lagi.....
Akhirnya ayah sarankan ibu dan 3Farah naik teksi ke hotel penginapan.
Setelah petang baru hinggat nak balik hotel.
Itupun setelah kaki dah naik lengoh dan fulus dah ciput.
Nasib baik ada bebaki untuk tambang teksi.....he3X....
Tempat penginapan kami...
Agak dekat nak ke Jln TAR dan Chow Kit Road.
Ini kali ke 3 kami menginap di sini sebab seminar ayah sering diadakan di sini.
Kat lobi hotel.
Beby tak dapat ikut kerana kakinya terseliuh.....
Posing wajib 5Farah bila check in kat bilik hotel.
Cuma ada 4F je......
Memang tak pernah cukup 5F.
Kisah "Tak Pernah Cukup 5F"..klik SINI .
Kami di tingkat 29.
Bilik no 2906.
Ibu berbuka dengan 4F di bilik.
Malas rasanya nak ikut ayah berbuka kt bawah.
Farouk pun tak nak ikut so ayah berbuka dengan rakan2 seminarnya.
Konon2 nak 4Farah join sekali berbuka kat situ tapi tengok rega RM79 p/person terus cancel.
Akhirnya ibu beli makanan kat restaurant Bistro angkut bawak naik bilik.
Makanan yang ibu beli untuk 5 orang dalam RM100 je.
Bayangkan kalau berbuka kat hotel RM79 X 5 =????
Baik ibu habiskan untuk bershopping....
Leps berbuka ayah bawak balik ni kat bilik.
Habis kami belasah....
Hasil rembatan di Sogo.
Along dan Angah beli beberapa helai blouse.
Kalau macam nilah selalu...hai tak tau nak cakap........