Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Julai 2020

Akhirnya Labu Pergi Jua

Labu salah seekor kucing kesayangan ibu.
Hampir 3 tahun Labu jadi sebahagian ahli keluarga kami.
Seekor kucing jantan yang sangat manja.
Tak banyak kerenah cuma agak cerewat dalam memilih makanan.

Uniknya Labu ni ia tidak mengiau macam kucing lain tapi bunyi "maaa...maaa..."
bila nampak ibu.
Kadang-kadang orang yang dengar kali pertama pun pelik dan hairan.

Dah hampir 4 bulan Labu hilang namun Labu tetap dalam ingatan ibu.
Ibu pun tak pasti Labu sesat atau dibaham anjing liar...
Semoga Labu menjadi salah satu saham pahala untuk ibu "di sana". 
Insyaallah
Labu jadi kesayangan 5F

Labu dalam kenangan

Tak pernah tak sayang....

Rindu tak bertepi.

Hanya pencinta kucing saja yang faham bagaimana sakitnya bila kehilangan makhluk ini.
Mereka adalah sebahagian dari keluarga kami.




1 ulasan:

Nadiah Sidek berkata...Reply To This Comment

dulu ada seekor kucing yang mak ayah bela. Sayang namanya. Sayang tu rapat dengan nadiah. Dah nadiah yang selalu ada di rumah dan melayan dia. Satu hari tu, seharian dia tak balik. Tak tahu la merajuk ke, atau ada orang ambil dia ke. Sampai sekarang tak jumpa-jumpa...huhu.

Takziah kak. Harapnya nanti Labu balik semula ke rumah akak

About me