Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 Jun 2015

Kisah Masa Cuti-Zoo Melaka

Selamat Berpuasa.
Hari ni dah masuk hari ke 5 kita berpuasa.
Cepat sungguh masa berlalu...

Kisah basi dan berlapuk jugak nie.
Awal cuti ibu ada program di Perak dan Cameron Highland.
Manakala ayah terbang jauh ke New Zealand.
Minggu ke 2 rumah kami meriah dengan kehadiran adik beradik ibu.
4 orang adik beserta 11 orang anak buah ibu.
Meriah sangat-sangat.

Inilah kaum kerabat ibu.
Program pertama kami pergi serang Zoo Melaka setelah undian dibuat.
Konon-konon nak pergi berkelah di Gunung Ledang tapi undian lebih berpihak
pada kanak-kanak rebina.
Maka kaum ibu dan bapa redha jelah.....
Terperanjat juga ibu bila tengok tiket masuk dah melambung naik.
Dewasa RM17.80 dan kanak-kanak lebih kurang RM6.80....
Nak naik tram kena bayar lagi.....
Nak parking kereta kena beli kad kupon Negeri Melaka punya.
Kalau orang luar Melaka terpaksa la kena beli 1 buku kupon=RM6 (ada 10 keping).
Maklumlah sejak Farouk dan Naurah dah besar kami jarang dah ke tempat macam ni.
So banyak perubahan ibu tertinggal walaupun selalu ke sini sebab U
Along terletak bersebelahan Zoo je...
Kalau dulu boleh dikatakan setiap bulan Zoo jadi tempat wajib kami jejaki.

Tapi berbaloilah sebab Zoo Melaka ni bagus dari segi pelenggaraan.
Bersih dan tersusun kedudukannya.

Bukan main kusyuk lagi kanak-kanak rebina ni.

Entah apalah yang Farouk tunjuk tu.

Setiba kat sana kebetulan ada pertunjukkan burung.
Ada juga sesi bergambar dengan binatang.
Bergambar guna hp sendiri dengan bayaran RM5.
Beby dan farouk memang anak yang berani.
Ibu dah lari jauh-jauh.

Selepas habis pertunjukkan kanak-kanak rebina request tak nak naik tram.
Adeh sabar jelah kaki ibu melayan mereka.
Maka bertabahlah kaum ibu ni.

Berhenti kat persinggahan dalam mini safari.
Betul jugak cadangan kanak-kanak tu.
Kalau naik tram memang tak dapatlah masuk ke sini.

Keluar daripada mini safari kaki kaum ibu dah naik lenguh.
Akhirnya mengalah jugak.
Tiket tram pun dah naik harga.
Dewasa RM5 dan kanak-kanak 3.
Penuh 1 gerabak dengan family ibu.
Riuh rendah.......

Lebih kurang 3 jam jugak melayan kanak-kanak rebina kat dalam Zoo.
Yang penting mereka seronok.......

Balik saja ke rumah kami adakan pula bbq.
7 ekor ayam + sosej + ikan.
Memang puaslah kami makan sampai tak berhabisan.......

Seronok sangat dengan kehadiran si kecil memeriahkan rumah
ibu yang dah lama sepi........


4 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Selamat berpuasa NzA,
Sempat lagi jalan2 ke Zoo ye bersama keluarga..
Masa ni lah ukhuwah terbina, hendaknya ada makan2 acara tambahan lagi seronok..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

seronoknya...meriah Sungguh bila reramai macam ni..tu ular..sy fobia..burung oK lagi nak bergambar pun.sy last pegi zoo melaka ni adalah dalam 6tahun dulu..lg lama tak jejak.huhu

Inani Hazwani berkata...Reply To This Comment

seronoknyaa jalan jalan

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

wow.. seronoknyer dapat pergi sefamili besar.. memang tempat yang biasa2 boleh jadi luar biasa... suka gak gi zooni..esp kalau anka2 menikmati keseronokan di sana..
best juga berbbq kalau ramai yang membantu.. baruler seronokkan...

About me