Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 September 2014

UTeM dan Along

Selesai urusan pendaftaran Angah di UiTM Seremban, 
kini tiba giliran Along pulak daftar di tahun ke 2 di 
UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka).
Sepatutnya mereka kena daftar serentak pada hari yang sama tapi Along mengalah dan
memberi laluan kepada Angah dulu.
Maklumlah kalau anak perempuan barang-barang keperluannya
memang menggununglah.
Bayangkan teddy bear merangkap bantal busuk dah 2-3 ekor.....
MPV melimpah ruah .....adeh....

Hari Ahad sepatutnya Along ke kolej kediaman tetapi terpaksa
ditunda kerana tiba-tiba demam panas dan migrin.
Akhirnya Along terpaksa akur dan ke klinik.
Along diberi cuti dan rehat.

Hari Selasa barulah kami bergerak ke Melaka.
Itupun Beby yang terpaksa drive kereta Along dan kami follow dari belakang.

 Pelajar degree tahun ke 2 ditempatkan di kolej kediaman Bunga Raya.
Apartmen 5 tingkat disediakan  oleh pihak UTeM.
1 aparment tu ada 4 bilik dan setiap bilik berkongsi 2 orang setiap bilik.
Memang selesalah.
UTeM merupakan IPTA yang baru dan banyak kemudahan disediakan untuk pelajar.
Pelajar-pelajar senior tidak perlu bersusah payah mencari rumah sewa sendiri
kerana pihak u dah ada penempatan sendiri.
Cuma jarak kolej kediaman ke universiti lebih kurang 12 km jugak.
Menurut pelajar kat sini bas U sentiasa lalu 1 jam sekali.
Alhamdulillah Along dah ada kereta sendiri so tak perlulah bersesak-sesak.

Body guard kakak2nya.
Sibuk je dia nak ikut.

Gud luck Along.
Tinggal lagi 2 tahun setengah untuk Along tamatkan degree di sana.
Sejak akhir-akhir ni kesihatan Along tidak begitu memuaskan.
Mungkin faktor makanan yang tidak menentu dan badan yang penat.
Take care ye Along.
Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk semua buah hati ibu.....

Tak sabar rasanya menanti saat anak-anak ibu konvo....
Mayb Along, Angah dan Beby tamat belajar dalam jangkamasa yang
lebih kurang sama nanti........
Semoga Allah permudahkan segala-galanya....Amiin.

9 ulasan:

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Aamiin..semoga dipermudahkan

Unknown berkata...Reply To This Comment

Selamat memulakan pembelajaran Along.. semoga di permudahkan segala urusan dan di berikan kesihatan yang baik.. InsyaAllah~

Sonok tengok kejayaan anak2 kan kak~
Alhamdulillah.

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Nanti dulu kak, jangan bagi mereka cepat sangat konvo. Kalau dah konvo, dah kerja lagilah terasa jauh dengan anak-anak. Manja-manja dulu puas-puas baru boleh lepaskan okey :)

Budak sekarang memang beruntung. Tak sama macam saya masa di universiti.

Ann Ishak berkata...Reply To This Comment

amin...semoga impian ibu termakbul

Ena's Stories berkata...Reply To This Comment

along belajar di tempat sy...di Melaka harap² dia selesa...gud luck along

Aziela berkata...Reply To This Comment

Along, jaga kesihatan. Kesihatan sangat penting.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

dengan keadaan along yg selalu tak sihat mujur ada kemudahan kereta,klu tak masak jugak nak menapak tunggu bas..

mamawana berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum
Bahagia bila melihat anak2 minat belajar...Tahniah..

chelina berkata...Reply To This Comment

Tahniah semua dh berjaya ke u...insyaallah semua berjaya ngan cita2 yg diimpikan...
Akk ni blog baru bisnes js...yg dulu dh tinggal nama je...hehe

About me