Saban tahun seorang demi seorang 3Farahs melangkah keluar mengejar impian.
Rezeki yang Allah berikan buat mereka bertiga melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Namun saban hari hati ibu dilanda kerinduan.
Rindu yang sarat di dada seorang bergelar ibu.
Terasa amat-amat sunyi sekarang tanpa mereka bertiga.
Kami sangat rapat.
Banyak habiskan masa bersama-sama.
Merekalah yang sering menemani ibu dikala ayah sibuk dengan
kerja-kerja di luar kawasan.....emmmmm
Kini mereka tiada lagi disisi menemani ibu....
Hanya suara dan gambar-gambar yang mampu jadi pengubat rindu ibu.
Gambar terkini 3Farahsyang ibu ambil dari w.apps dan insta.
Along di UTeM.......
Gambar ni katanya dia baru balik dari latihan interview dan proposal diluluskan....
Angah( 3 dari kiri ) di UiTM bersama rakan-rakan sekuliah .
Terserlah ketinggian Angah....
Rakan-rakan yang sama-sama belajar Asasi Law sewaktu di UiTM Kuantan dulu.
Alhamdulillah mereka sama-sama melangkah seterusnya menyambung degree di sini...
Beby di KPM.
Sekarang Beby tidak sihat...Demam katanya.
Kesian baby girl ibu.
Moga cepat sembuh ye....
Beberapa hari lepas Beby terpilih untuk ikut serta dalam temubual@interaksi
bersama pensyarah dari sebuah universiti di Australia.....syabas Beby.
Masing-masing sibuk dengan kuliah...exam...program...huhuhu...
Ibu cuma mampu memantau dari jauh...
Rindu sangat-sangat pada 3Farahs.
Rindu macam orang bercinta gila bayang.....adeh....

Ibu terlalu merindui kalian....
Kalau mampu ingin ibu putarkan semula waktu ini...
Ibu terlalu rindukan saat ini.
Saat kalian bertiga sentiasa disisi ibu.
Ya Allah......hanya Engkau yang maha mengetahui perasaan rindu seorang ibu.....
RIndu yang terkadang tak mampu dibendung......
RIndu yang terkadang tak mampu dibendung......
Lindungilah mereka dibawah rahmat dan kasih sayangMu....
Berikanlah kesihatan yang baik agar mereka mampu belajar dengan tenang.
Berikanlah kecemerlang buat mereka dalam setiap peperiksaan yang
sedang dan akan mereka lalui......Amin.
p/s:
Menghitung hari........

7 ulasan:
suatu hari nanti..msti lya akn rsa mcm ni.. asya makin mbesar ni pon dh terasa.. lya lg lah..anak sorang..
betapa pntas msa berlalu kan..
suatu hari nanti..msti lya akn rsa mcm ni.. asya makin mbesar ni pon dh terasa.. lya lg lah..anak sorang..
betapa pntas msa berlalu kan..
Macam mak IM juga. Ada anak 9 orang. Akhir sekali dia tinggal sorang-sorang kat rumah tua itu bila semuanya dah ada rumah endiri...
Alahaiiii.. sayu plak baca n3 nih.
InsyaAllah.. Semua anak2 akak dalam lindungan Allah.
telefon lah dorang.. kurang sikit rasa rindunya. hehehe
x lama lagi zura plak yang akan melalui fasa yang akak lalui skrg.. huhuhu.
sejuk mata memandang anak2 dara yg manis bersopan....semoga mereka sentiasa dalam lindungan ALLAH sentiasa
salam kak.. :)
Amin..Moga anak2 akak sentiasa dibawah lindunganNya..
Alah, sedihlah kak baca keluhan ni. Tiba-tiba teringat anak-anak kat rumah. Yalah sekarang anak-anak kecil lagi, itupun hari-hari merindu. Tak sabar nak tengok muka mereka. Tak sabar nak tengok ketenangan wajah mereka ketika tidur. Bila anak-anak dah besar, tentu terpaksa berjauhan selalu macam kakak ni. Aduhai, sedihnya hati. Tak sangguplah...
Catat Ulasan