Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 September 2014

Farouk dan Basikal Berhias Kemerdekaan

Kisah terperap sejak 2 minggu lepas.
Farouk yang bersemangat patriotik join pertandingan basikal berhias.
1 minggu dok membebel pasal nak join pertandingan basikal berhias.
Naik rimas ibu dibuatnya.

 Balik sekolah mengadap basikal.
Tak hinggat makan minum...
Alahai tak tahu penat.
Bila dah minat punya pasal.....buat kerja pun bersungguh-sungguh.
Kalaulah belajar bersungguh-sungguh macam ni kan basus....

 Berpeluh-peluh dia.......Patriotik sungguh.

Bahagian depan basikal...
Gigih jugaklah si ibu tolong tampalkan gambar patriotik tu.
Risau jugak ibu nak biarkan sebab guna glue gam tu....
Risau  terkena jari jemari yang mulus dan gebu Farouk.
Dah la sorang tu je bujang terhangat ibu....he3x....

27.8.14...Hari yang dinanti tiba jugak.
Abang polis ibu dah siap sedia.
Baju polis tu Farouk tibai yang Angah punya untuk unit beruniform masa
di sekolah menengah.
Berpeluh ibu sampai ke kaki mengangkut basikal Farouk naik mpv...adeh......
Cair habis bedak ibu dipagi hari.....
Abang polis malu-malu kucing.....

Basikal dah siap dinilai oleh hakim yang arif lagi bijaksana.
Keputusan pertandingan belum diumumkan hinggake hari ini sebab
kekangan masa cikgu-cikgu yang terlibat.

Bersedia untuk program seterusnya.....Kembara Merdeka.

Kembara Merdeka dimulakan selepas hakim-hakim selesai
membuat penilaian kategori 'basikal berhias'.
Cikgu-cikgu lelaki mengiringi murid-murid yang terlibat.....
Meriah katanya.
Yang kelakarnya, sampai je ke sekolah bukan main penat lagi muka sibujang ibu.
Orang tak pernah lasak macam tulah.....Alahai...

Farouk juga join acara pakaian beragam.
Abang polis ibu malu-malu kucing.

Konon-konon memperagakan pakaiannya tu.....Adeh..malu-malu kucing pulak abang polis ibu..

Akta paksaan dari cikgu-cikgu suruh laungkan Merdeka.......
lemah gemalai je angkat bendera...

p/s:
Ibu ucapkan selamat menempuhi UPSR bermula 9-11 September 2014
kepada anak-anak murid ibu, anak rakan-rakan blog, dan calon-calon UPSR seluruh negara.
Semoga Allah permudahkan segala-galanya.
Buat sehabis baik....

8 ulasan:

Ena berkata...Reply To This Comment

semangat patriotik ye farouk..
bagusnya kemai meriah semua basikal
hehe.. thumb up!!

Aziela berkata...Reply To This Comment

Farouk memang bersemangat. Yang penting dia berusaha sendiri. Ada komitmen. Bagus betul.

Terima kasih atas wish akak. Saya jadi x cukup tidur dah

Unknown berkata...Reply To This Comment

Amboiii..
bersemangat sungguh yer.
habes satu basikal digantung bendera. bagus sebenarnya didik semangat patriotik dlm diri anak2 sejak dari kecil lagi. biar dorang tahu asal usul sendiri.
semoga anak2 kita nanti mampu mempertahankan kedamaian negara kita yang tercinta nih.

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Amboi, Farouk! Dalam pada malu-malu kucing masih lagi bersungguh nak menyertai pertandingan. Kenapa abang polis sorang je dalam rombongan?

Kak, baju abang polis pujaan akak ni gedoboh/labuh dan besar betul. Kesian pulak tengok muka Farouk, jejaka Malaya yang pemalu ni :)

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

waa...mmg penuh bsemangat ni

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Waaah semangat abg farouk.... terbaeek! :-)

Nur berkata...Reply To This Comment

Bagusnya sekolah, ada buat pertandingan macam tu. Hensem Farouk pakai baju polis.

Unknown berkata...Reply To This Comment

Bagus basikal dia
BUDAK HENSEM👍👍😽😽😽

About me