Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 Julai 2014

Selesai Jugak Akhirnya.

Fuh!!!!! berpeluh ibu melayan 4Farahs ni dalam siri jelajah mencari baju raya.
Dah 3 minggu misi mencari hingga ke Melaka.
Entah dah berapa puluh kedai dan butik yang kami masuk.
Naik lenguh kaki ibu melayan 4 Farahs.
Akhirnya settle juga pencarian baju raya 4Farahs.

Bila ibu merungut mereka ni cerewet, sedap je masing-masing berkata:
"Kamikan anak ibu, so cerewet macam ibulah"....
Adeh, ye ke ibu cerewet????
Ibu ni bukan jenis yang terlalu memilih berdasarkan kualiti , harga  atau jenama.
Yang penting selesa di pakai.
Tak kisah ianya murah ke atau sekadar dibeli di pasar malam.
Kalau selesa tetap jadi pilihan ibu......

Inilah antara tempat yang kami pergi.
Harga baju readymade sekarang pun melambung tinggi.
Paling murah pun dalam RM150-RM280 sepasang mengikut kualiti kain dan jahitan manik..
Terpaksalah Ayah melabur lebih sikit untuk anak-anak daranya ni.
Setiap orang diperuntukan 3-4 pasang baju sebab banyak majlis
di kampung ibu di hari raya ke 3 dan ke 4 nanti.

Kalau Farouk tak ada masalah sebab anak lelaki ni senang nak cari.
Lagipun Ayah dah settlekan baju Farouk sedondon dengan Ayah.

Budak yang paling cerewet memilih baju...Adeh, sabar jelah ibu melayan keinginannya.

Alhamdulillah diminggu terakhir ni ibu dah settle baju raya anak-anak dan kuih raya.
Mungkin esok ibu perlu settlekan duit raya pulak.
Lega rasanya dan sekarang ni menghitung hari untuk balik ke kampung.

10 ulasan:

PetakBunga berkata...Reply To This Comment

ank dara dah ada taste sendiri..

Norma NML berkata...Reply To This Comment

Anak2 dah besar kan akak..taste dorang sure berbeza2..naknya anak ppuan..sya yg ank lelaki pun pening nk layan bila dia dah pandai demand.

Unknown berkata...Reply To This Comment

samalah yang kat rumah ni pun kak ibu tapi nasib le satu je... kak ibu 4... sabar je lah kak ibu

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

asssalam nza..acik tahun ni tak de dah mengikut anak2 beli baju..dah besar kan..tinggal hero bongsu disuruh beli sendiri tak mau..tunggu mak jugak..balik hari khamis..tak tau lah sempat ke tak nak cari nanti

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Balik Kelantan ke, kak? Beraya sakan nampaknya ni macam-macam agenda dah siap sedia menunggu masa raya nanti :)

Saya punya baju raya, awal tahun dah siap. Tinggal nak ambil je. Saja tak ambil, kalau diambil memang pakai buat pergi kerja dululah nampaknya!

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

Bestnye baju raya sume dah settle ye..mesti happy sgt diorng kan..:)

Unknown berkata...Reply To This Comment

Lega kan Kak, bila semua baju anak2 dh settle. sendirik punye ala kadar pon x pe.. janji baju anak2 settle dulu. :)

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Org muar gi melaka...ayu lak gi muar cr baju raya..kami gi kat depan sek sains muar tu kak nza

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Saya tak cari lagi baju raya...

azieazah berkata...Reply To This Comment

Begitu lah kita bila ada ramai anak pompuan. Sama ler saya pun. 4 orang anak dara saya!

About me