Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Julai 2014

Farouk dan Weekend

Hari ni dah masuk 8 hari berpuasa.
Cepat sungguh masa berlalu.

Alhamdulillah puasa kali ni anak-anak masih berada di sisi kecuali Beby.
Along dan Angah habis cuti sem pada akhir bulan 8 dan 9 nanti.
Sedih memang tak boleh nak diucapkan.
Setiap kali masak, makan, berbuka dan bersahur pasti teringatkan Beby.
Lebih menyedihkan sekarang dia demam dan cafe dikolejnya
pula disita akibat pelajar-pelajar keracunan makanan.......

Oklah, tak nak sedih-sedih.
Hari ni nak cerita pasal bujang terhangat ibu.
Setiap kali balik sekolah agama bising
je mulut farouk merunggut.
Katanya dia nak tolong ibu masak.
Mana nak sempatnya sebab balik sekolah
agama dah lewat petang.
Ibu biasanya mula bersilat kat dapur lepas solat Asar.
Masak pun simple je.

Hari weekend tugas masak ibu serahkan pada Farouk.
Bukan main seronok dia dapat "menyibuk" didapur ibu.
Kusyuk membasuh beras.
Masa ibu curi2 snap dia tak perasan.
Kalau dia tahu maunya dia delete gambar-gambar tu semua...

Anak lelaki pun mesti buat kerja.
Nanti bila besar boleh tolong isteri masak kat dapur.
Macam ibu dulu, Ayahlah jadi "guru" ibu mengajar memasak pelbagai resepi.

p/s:
masih tak kesemptan nak jejalan rumah kekawan....adeh..lemau betul ibu sekarang.

11 ulasan:

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Macam Anak sulong IM, pandai memasak persis ibu_nya.

IM dulu memang kena memasak sebab emak abah kerja dan ada adik-adik 7 orang semua kena jaga...

♥cybermummy♥ berkata...Reply To This Comment

Rajin Farouk. Bertugas kak NZA Ada anak2 yg rajin.

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

*bertuah

Nur berkata...Reply To This Comment

Rajin Farouk nak ke dapur, bagusnya. :)

Salmi berkata...Reply To This Comment

Bagus Farouk. Mmg anak2 kena latih sejak mrk budak2 lagi. Dah tua nanti susah nak bentuk.

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Bagus dapat anak lelaki yang suka nak tolong ibunya di dapur.

Kalau saya dulu, disuruh duduk depan, jangan menyemak kat dapur... huhuhu...

azieazah berkata...Reply To This Comment

Zaman sekarang memang dah ramai anak lelaki pandai turun ke dapur membantu. Malah yang pandai masak pun dah ramai.

Dah tak sama macam fahaman zaman dulu yang melarang anak lelaki turun ke dapur.

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Untungnya ada anak lelaki terhangat yang boleh tolong di dapur. Anak saya pun selalu je merengek nak tolong Mommy memasak tapi saya pulak yang tak bagi :)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

untung betul kak nza dpt anak bujang sorg yg rajin macam anak dara..nak je buat menantu.haha

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Amboi anak bujang kak NZA. Rajin sungguh.. Terbaiklah Farouk!

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..sejuk perut ibu mengandung...rajin farouk tolong ibu..good boy..

About me