Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Julai 2014

Farouk dan Khatam Al-quran.

Semalam kali pertama Farouk khatam al-quran di usia nak masuk 11 tahun.
Farouk "pecah rekod" diantara 5F khatam paling lambat.
Along, Angah dan Beby khatam diusia 9 tahun (Tahun 3).
Naurah yang paling cepat diawal usia 7 tahun ( Tahun 1).
Diusia sebaya Farouk ,3Farahs dah mahir tajwid dan belajar tarranum.

Alahai, anak bujang terhangat ibu sorang nie.
Banyak betul dugaan.
Ibu terpaksa memantau setiap kali dia mengaji.
Maklumlah mengaji di surau, kawan ramai maka seronok dan lekalah
dia bergembira dengan rakan-rakan.
Masa mengaji jadi singkat sebab perlu berkejar ke sekolah agama pula.
Setiap kali ibu tegur dia berubah la untuk seketika....Adeh..
Maunya ibu tak hangin dengan farouk nie.

Tahun ni ini ambil tindakan drastik.
Ibu tukarkan dia mengaji ke rumah seorang jiran terdekat.
Memang hati ibu sedih dan terkilan sebab terpaksa bertindak sedemikian kerana
"ustaz" disurau tu terlalu banyak berjasa pada 4Farahs.
Jasamu dikenang ustaz.
Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Bertaddarus di sekolah sepanjang bulan Ramadan.

Sempat juga ibu jengah dan dengar bacaan dia.
Farouk dah boleh baca sendiri tapi masih banyak yang perlu diperbetulkan terutama tajwidnya.
Dan ibu sudah berpesan pada Farouk agar terus mengaji sehingga bacaannya betul-betul
menepati piawian.......

Dan besar harapan ibu dan ayah agar suatu hari nanti
Farouk  menjadi seorang anak yang mampu
membahagiakan kami dialam sana kerana dialah satu2nya
bujang terhangat dalam family ibu......

InsyaAllah ibu sentiasa doakan semoga anak-anak ibu cemerlang dalam akademik dan
mampu cemerlang diakhirat kelak....InsyaAllah.

p/s: Ya Allah.....tersentuh hati dan sebak  melihat keadaan saudara kita di Gaza.
Sama-samalah kita menadah tangan sekadar 5 min berdoa untuk 
kesejahteraan mereka......


19 ulasan:

PetakBunga berkata...Reply To This Comment

bertuahnya ank..

Unknown berkata...Reply To This Comment

tak apa ibu... apa2 tahniah Farouk... Abang Qayyum khatam pertama umur 6 tahum sama dengan Sumaiyyah...

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah. Tahniah Farouk :D

Aziela berkata...Reply To This Comment

Tak apa kak...yang penting, istiqomah dari dia....

Amiin....

Unknown berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah.. tumpang happy dengan kejayaan Farouk. :)

Salmi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah. Tahniah Farouk!

ummiross berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..tahniah Farouk.

Ye NzA..sama2 kita berdoa untuk saudara Islam kita di Gaza.

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, dah khatam pun Farouk! Anak lelaki tak sama dengan anak perempuan kan, Ibu. Budak perempuan rajin sikit :)

Sama-sama kita berdoa untuk saudara seagama kita di bumi Palestine.

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah..sejuk perut ibu mgandung.. xpe, bacaan tajwid blh diperbaiki lg.. ok la..kecik2 ni dh khatam quran..

♥cybermummy♥ berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah. Sejuk perut ibu yg mengandung. Moga2 anak ikeen berjaya macam anak2 kak nza :)

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Alhamdulilah..amin

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Hebat tul Farouk....hebat juga mak nya.....

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Bila ramai kawannya, maka lagi best la nak main sementara nak tunggu turn...

Tak mengapa lambat khatam, mudah-mudahan pada masa akan datang, Farouq akan lebih menguasai al-Quran, tak mustahil lebih daripada 4F. Amin...

azieazah berkata...Reply To This Comment

Tahniah Farouk!

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

memang dalam ramai-ramai anak akan ada satu yang sikit beza.

kalau dia juga perlahan dalam akademik, mungkin ada masalah biologi juga..

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah.. semua anak tak samakan.. yang penting penghayatannyer terhadap Quran hingga akhir hayat...

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..Tahniah buat farouk..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

11 tahun kira awal juga..tak pentinglah khatam awal sgt pun klu bacaan tak bagus..tahniah farouk..:)

ariana berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah,teruskan rajin2 mengaji ye Farouk..

About me