Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

12 Julai 2014

Bantulah Mereka

Sedih dengan perkembangan sekarang.
Begitu kejamnya kaum  zionis.
Makhluk Allah seperti kita tetapi tidak ada langsung sifat perikemanusiaan.

Dari kejauhan ibu mengikuti perkembangan ini.
Terasa hati ini dirobek-robek.
Sedih, sayu, pilu, sebak, geram,sakit hati dan macam-macam perasaan yang melanda.
Lebih menyedihkan bila melihat anak-anak kecil
dijadikan mangsa tanpa belas ihsan.
Tersentuh naluri keibuan...
Ya Allah, tidak dapat ibu bayangkan jika ibu ditempat mereka.
Anak-anak disiksa di depan mata sedangkan anak-anak
kita demam pun hati dah gundah gulana...

Sebagai insan lemah dan tidak berdaya,
 ibu hanya mampu menadah tangan berdoa, berdoa dan terus berdoa.
Tidak putus-putus memohon dariNya.
Semoga di bulan mulia ini Allah makbulkan doa-doa kita...
Sesungguhnya ALLAH Maha mengetahuai setiap apa yang berlaku.

Dan sama-samalah kita memberi sumbangan sekadar termampu
bagi meringankan beban saudara Islam di sana.
InsyaAllah dengan sedikit sumbangan dari kita memberi
seribu rahmat buat mereka.

 Allah......sedihnya tidak mampu terluah.

Selingan :
Sedikit selingan daripada rakan FB ibu.
Semoga sedikit sumbangan kita menjadi saham untuk akhirat kita kelak...InsyaAllah.

6 ulasan:

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

IM terlibat dengan NGO Aqsa Syarif yang beri fokus kepada isu antarabangsa.

Tahun dulu IM terlibat membuat kutipan derma di setiap pasar malam.

Tahun ini IM tidak dapat melibatkan diri. Rasa terkilan bila melihat kawan-kawan IM update status dalam FB mereka dengan aktiviti bantu Palestin.

Unknown berkata...Reply To This Comment

InsyaAllah.. Akan cuba membantu sedaya boleh.. Moga Allah menurunkan balasan kepada israel laknatullah itu Amin~

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Kasihan pada anak-anak kecil di Gaza. Kejam sungguh Israel ni. Semoga dilindungi Allah mangsa kekejaman zionis yang tak berhati perut ni.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

tuhla..mampu doakan dari kejauhan n derma yg tak seberapa jek..mmg sedih klu tgk gmbar2 kat fb tuh..T_T

Sheila Salim berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum kak, in shaa Allah. ramai yang buka mata hati membantu mereka saudara kita di sana. singgah menabung groupon sini~~~

Salmi berkata...Reply To This Comment

Hanya sumbangan ikhlas dan doa yg mampu kita titipkan dari kejauhan. Moga mereka terus kuat dan tabah dgn dugaan yang amat hebat ini

About me