Diam tak diam dah 11 hari kita berpuasa.
Kengkangan masa makin terasa.
Sekarang dah jadi macam chip-more.
Hari nak cerita aktiviti ibu di sekolah.
Banyak sebenarnya tapi ibu selit yang ni jelah.
Dah beberapa tahun sekolah ibu memperkenalkan
program mentor-mentee.
Setiap cikgu akan diberi 2-3 orang anak angkat.
Tahun ni ibu dapat 3 orang anak dara.
Majlis penyerahan dah berjalan awal tahun.
Anak-anak angkat dah dipesan agar datang berjumpa 'ibu' bila ada apa-apa masalah.
Masalah utama mereka ni segan + malu + takut nak jumpa 'ibu mentor'.
Pertemuan kali ke 2.
Itupun bila diadakan program khusus.
Bila jumpa, si ibu yang banyak bercakap tapi si anak pulak tersipu-sipu malu.
Sekadar menjadi pendengar dan angguk-angguk kepala.
Itupun ibu buat secara tidak formal dan santai-santai.
Siap bersila dibawah bilik kerja ibu.
Kalau kat kelas bukan main lagi suara masing-masing.
Sepanjang bulan Ramadhan ni masa rehat kami isi dengan bertaddarus.
Setiap cikgu diberi beberapa orang anak untuk bertaddarus bersama-sama.
InsyaAllah sebelum cuti raya nanti kami akan berkhatam beramai-ramai.
Salah seorang "anak angkat" taddarus ibu.
p/s:
hati masih sedih mengenangkan Beby yang tidak sihat di KPM Kuantan...
Moga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga. InsyaAllah.
12 ulasan:
Assalamualaikum kak, alhamdullilah. dapat bertaddarus bersama anak2 angkat...
Teringat zaman zura sekolah dulu.. pon dh ade mentor mentee nih.. mmg malu pon nak jumpa mentor sendirik.. hahaha.. rindu nye zaman sekolah~
Moga Beby cepat sembuh.. amin~
Samalah kita kak..si mentee ayu pun malu2 kalau berjumpa..
Moga Beby cepat sembuh, jadi kurang sikit kerisauan ibu.
Saya tak ingat pun masa zaman sekolah dulu ada program mentor mentee bagai. Kalau ada, mesti best. Murid-murid tu malu dengan cikgu, kalau dah biasa pandailah nanti buka mulut bercerita :)
ehhh teringat mase lieya sekola2 dulu kak...ade gak mcm nie...heheh tapi tu laa malu2 nak jumpe cikgu kalo ade masalah heheheh
Bagus betul program ni kak.... Program ni untuk sepanjang Ramadhan sajer ke? Setiap anak angkat tu memang pandai baca Qur'an ye? Kalau tak pandai, tak boleh jadi anak angkat ke kak?
Beby terkejut agaknya tu...suasana baru...
'Ibu' nya garang sangat kot, tu yang mentee tu diam seribu bahasa walaupun kebiasaannya dah tak cukup bahasa bercakap. Hehehe...
Wow bagus juga program macam ni erk....
Alhamdulillah..Ramadan terisi dengan aktiviti yang sangat bermanafaat.
seronok klu dpt tadarus beramai2 kan..=)
Hai kak, mcm2 prog sekolah skrg kan... untung anak murid boleh ada ibu/bapa angkat :-)
Hu.. moga cepat sihat beby nya....
Alhamdulilla, program yg amat baik kan Yah.
Moga Beby sembuh segera.
Catat Ulasan