Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Julai 2014

3 Farahs.

Along, Angah dan Beby lahir selang setahun seorang.
1994. 1995 dan 1996.
Sejak kecil mereka digelar kembar 3 dan membesar bersama.
Ikatan mereka sangat erat.
Sejak kecil mereka jarang sangat bergaduh.


Sekarang 3 Farahs telah meningkat remaja.
Bermula dengan Along, diikuti Angah dan sekarang Beby pula
melangkah ke menara gading.
Alhamdulillah, rezeki yang Allah kurniakan buat mereka.
Walaupun memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi kerana
ketiga-tiga serentak menyambung pelajaran namun
rezeki Allah tidak pernah putus buat kami sekeluarga.
Syukur Alhamdulillah....

Jika kecil dulu ibu dan ayah terpaksa membeli 3 toys yang sama cuma
berbeza warna, kini Ayah terpaksa melabur kepada sesuatu yang lebih besar
demi kegunaan dan keselesaan mereka.

Sekarang saban tahun Ayah terpaksa memperuntukkan
sejumlah wang yang agak besar untuk bayaran yuran setiap semester
dan membeli laptop serta  printer buat mereka.
2012 budget laptop dan printer untuk Along dan 2013 untuk Angah.

2014-Laptop dan printer baru untuk Beby pulak.

 deretan printer kepunyaan Along dan Angah yang
dibeli sewaktu mereka mendaftar di IPTA tahun 2012 dan 2013.

Yang paling tidak menahan, Ayah pastikan beli jenama printer yang sama, 
dengan harga yang sama serta kualiti yang sama demi keselesaan anak-anak.
Begitu juga laptop, walaupun jenama tidak sama tapi Ayah pastikan nilai harga yang sama.
3 tahun berturut-turut Ayah  peruntukkan 3K untuk membeli laptop dan printer
untuk puteri-puteri kesayangannya.
Mungkin kalau  usia mereka berbeza 3-4 tahun
dapatlah peralatan ini diperturunkan pada adik-adik tetapi
disebabkan mereka hampir sebaya dan serentak ke IPTA maka terpaksalah
disediakan setiap orang.

Bila ibu komplain kenapa beli laptop yang agak mahal,
Ayah hanya diam membisu kerana hanya dia yang tahu kenapa dan mengapa.

Semoga 3Farahs terus cemerlang dan tahu kami
sanggup berkorban apa saja demi kejayaan mereka dimasa depan.
Rezeki anak-anak sentiasa ada...
Itulah kebesaran Allah.....Alhamdulilllah.

15 ulasan:

Sheila Salim berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum kak, alhamdulllilah. 3 Farahs ni comel2 dan bijak2 semuanya. bestnya setahun sorang.. dekat2 umur depa ye ~~~

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah.. berjaya kesemua 3F tu menara gading ye NzA.. memang nampak macam kembar mereka ni :)

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah berjaya semua anak2 NzA..anak acik angah ngan adik selang 6 tahun..tak dapat turunkan juga laptopnya NzA..dah lama..dah rosak..
memang kena cari baru..tapi sebelum tu guna la abang long punya dulu

Aziela berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..... Bila semuanya dah berjaya nanti, akak dengan hubby akan rindukan saat2 ini pula untuk mereka....

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

ye la kak...dah selang setahun..gap tak jauh mmg nampak mcm kembar...mcm mia mija dulu laaaa...tapi skrang mia dah bam2 sbb kuat makan...mija plak kurus...terus tak nampak kembarnye heheheeheh

Rizziela berkata...Reply To This Comment

Alhamdullillah..rezeki anak2..

senang akak bila anak2 dah besar kan..semoga Farah's sentiasa membahagiakan ibu dan ayah.. Insyallah

Norma NML berkata...Reply To This Comment

Semuanya bijak2 dan comel2..bestnya..

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Betullah kak, dah macam kembar tiga pulak. Semua pun adil dan saksama peruntukannya.

Alhamdulillah, berjaya tiga beradik ni. Takpalah keluar belanja besar sikit demi masa depan mereka. Rezeki pun memang ada :)

ummiross berkata...Reply To This Comment

Seronok tengok anak2 dara NzA, sebaya dan comel2 belaka.

Alhamdulilah..dengan kejayaan mereka.
Kasih ibu dan kasih ayah...demi anak-anak, mesti nak bagi yang terbaik selagi mampu kan.

ibuayu berkata...Reply To This Comment

in sha Allah..3F akan cemerlang di dunia dan akhirat

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah dikurniakan puteri y cantik2 n bijak semuanya.

Unknown berkata...Reply To This Comment

Bertuah anak2 akak sebab dapat ibu dan ayah yang sangat penyayang~
sanggup berkorban apa sahaja demi untuk berikan yang terbaik pada anak2. InsyaAllah.. 3Farah akan menjadik anak cemerlang dunia dan akhirat.

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Bestnye..anak2 akak dah besar..macam kembar jer kak..sama cantik & bijak.. ^^

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

InsyaAllah, pelaburan yg berbaloi2 utk 3 puteri..masing2 pon dah membuktikan kecemerlangan diornag kan..semoga terus sukses ye 3 farah..ni akan dtg klu dpt jodoh wat majlis sekali tiga org kompem meriah sungguh..kikiki (sori kak nza, gurau2 jek..=) )

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah....
Agak2 nanti dpt menantu selang setahun tak kak, waah belanja besar lg nnti ni kak... hikhik...

About me