Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Mac 2014

Tunai Janji.

5F yang amat berbeza personaliti namun 4Farah
 dah buktikan kecemerlangan mereka dalam UPSR dan PMR.
Along dan Angah dah buktikan dalam SPM hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Sekarang ni masa untuk Farouk pulak.

Farouk tidak secemerlang kakak-kakaknya.
Sejak tadika kakak2nya ulang alik turun naik pentas
menerima hadiah kecemerlangan akademik dan ko-kuriklum....
Mereka sentiasa berada dalam TOP3 dan TOP5 tapi
Farouk tidak begitu....

Barulah ibu dapat rasai perasaan seorang ibu yang amat-amat
mengharapkan kecemerlangan anak mereka kerana selama
ini ibu sentiasa berada dalam ZON SELESA.

Akhir tahun lepas, sebelum berangkat ke China dan semasa
ibu memenuhi impian Farouk ke Disneyland dia telah berjanji.
"Ibu, Farouk nak pandai macam Along, Angah, Kak Nana dan Kakak".
Farouk pun nak naik pentas terima hadiah macam kakak-kakak tu semua..... 
Hati ibu tercuit  dan tersentuh.
Mungkin selama ini Farouk rasa dia ketinggalan berbanding kakak-kakaknya.

Alhamdulillah di awal tahun Farouk dah mula naik pentas
menerima "batch" penghargaan NILAM.
Farouk tergolong antara 10 orang murid sekolah yang layak menerima NILAM
Ini bermakna Farouk dah membaca melebihi 360 buah buku......

Alhamdulillah, dia juga dah mula berani tampil ke depan.
Farouk masuk pertandingan deklamasi sajak.
Alhamdulillah walaupun sekadar dapat hadiah saguhati
tapi dia satu-satunya peserta Tahun 5 yang menang kategori
peserta Tahun 5/6.
Farouk juga dapat menjawab soalan kuiz spontan dengan penuh yakin..

1. Hadiah kemenangan deklamasi sajak.
2.Malu-malu kucing kena paksa bergambar oleh ibu...hehehe....
3. Bersama pemenang pelbagai kategori yang dipertandingkan.
4. Hadiah kemenangan kuiz.

Hari Jumaat Farouk terpilih untuk ikut serta dalam Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR.
8 orang murid tahun 5 dipilih untuk ikut serta.
Alhamdulillah, ibu lihat dia tekun mendengar, mencatat dan menjawab soalan2 
yang dikemukan oleh penceramah.
Farouk juga menerima cenderahati dari penceramah kerana menjawab soalan dengan tepat.
1. Cenderahati yang farouk dapat berupa alat tulis.
2 dan 3. Tekun mendengar dan membuat catatan.
4. Makan bersama abang senior....

Yang pastinya Farouk ada perkembangan positif walaupun
kadang-kadang ibu perlu bertukar jadi mak tarzan kerana
dia masih skip dalam menyiapkan home work dan kurang tumpuan dalam kelas....
Namun ibu tidak putus-putus mengamalkan amalan ini
untuk anak-anak ibu....
InsyaAllah, doa seorang ibu paling mujarab dan sentiasa diperkenankan 
olehNya....

19 ulasan:

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Mungkin kelebihan Farouq masih belum 'keluar' dari dalam dirinya kot...

Ustaz saya dulu pernah pesan dengan saya agar amalkan surah al-Insyirah (asy-Syarh) seperti yang akak nukilkan dalam pautan tu, tapi baca 7 kali pagi dan 7 kali petang. Katanya, banyak fadhilat surah tuh.

Masalahnya, saya tak amalkan...

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Semangat dia dah mula keluar tu kak..alhamdulilah

Unknown berkata...Reply To This Comment

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Unknown berkata...Reply To This Comment

tahniah farouk.... farouk mesti boleh... in sha Allah... sebab kakaknya berjaya, sebab tu dinda selalu cakap pada qayyum dia perlu berjaya nanti adik pasti akan ikut, tapi alhamdulillah untuk ujian pertama Qayyum menunjukkan kecemerlangan

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

tahniah farouk..Insyaallah akan menyusul lebih byk kcemerlangan dr anak bujang ibu..:)

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Kena akur juga, tak semua pisang masak serentak pada satu tandan...

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Syabas farouk..
Yg penting ibu terus mendoakan yang terbaik untuk seorg anak... :-)

NzA berkata...Reply To This Comment

@Muhammad Syahmi
mungkin jugak ttp dh ada prkmbngan positif..
2lh, trkdg kita lupa utk amalkn...

NzA berkata...Reply To This Comment

@ibuayu
Alhamdulillah...amin.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Muhammad Taufiq
ok terima kasih

NzA berkata...Reply To This Comment

@Joanna Yunus
TQSM dindi..InsyaAllah..trkdg kakak2 n abg yg boleh jd pemangkin utk adik2kn..Apapun tahniah Qayyum....

Sheila Salim berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum kak, alhamdullilah. semuanya cemerlang. tumpang gembira kak. terima kasih beri link amalan berguna ni. in shaa Allah, akan diamalkan ~~~

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

siapapun mereka .. anak kita tetap terbaik di hati kita.. tidak cemerlang di bahagian ini akan ada cemerlang dibahagian yang lain.. kita dapat melihatnya sekarang dulu2 kawan sekelas bukanlah cemerlang tapi mungkin lebih hebat dari kita sendiri...
walau apapun sebagai ibu tentulah kita inginkan anak kita berjaya ...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Sheila Salim
syukur alhamdulillah, rezeki dr Allah buat kami sekeluarga.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Cho Zila
betul tu...rezeki msg2..mungkin ank2 lelaki ni lmbat sikit matangnya....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Puan Kutu
InsyaAllah...aminnn.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@mamaarifakeem
TQSM eina...InsyaAllah...amin...

sal ya berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah... farouk boleh.

Salmi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah.. Dah tentu ibu seronok jika anak berubah menjadi lebih baik dan lebih cemerlang. Moga Farouk mengikut jejak kakak2 yang dah terbukti cemerlang.

About me