Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

14 April 2013

Selamat Ulang Tahun Ayah , Al-Fatihah Buat FIL n BIL.

Hari ini hari ulang tahun kelahiran Ayah yang ke 50.
Dah masuk 5 series dah umur ayah.
Umur kami  agak jauh berbeza.
Semasa ayah dah melangkah ke sekolah, ibu baru mengenal dunia.

Walaupun jarak umur ayah dan ibu agak jauh berbeza namun ayah adalah suami terbaik buat ibu.
Ayah adalah ayah yang terbaik untuk anak-anak ibu.
Ayah seorang suami dan ayah yang sangat sporting, cool, penyayang dan memahami....
Ayah tidak pernah sesekali mengongkong kami dan kami amat hargai kepercayaan
yang ayah berikan.....

Walaupun saat ini ayah tiada disisi demi tugas,
namun ibu dan anak-anak redha......
Ayah bukan milik kami sekeluarga tapi ayah adalah milik masyarakat........
Moga Allah memberkati segala jasa-jasa ayah......

Selamat ulang tahun yang ke 50 ayah.
Terima kasih di atas segala-galanya.

Ya Allah,
Panjangkanlah jodoh kami hingga ke jannah.
Siramilah kasih sayang kami sekeluarga dengan rahmat dan kasih sayangMu..
Limpahilah kebahagiaan buat kami sepanjang hayat....
Jauhilah kami dari segala hasad dan dengki...
Jadilanlah kami sebuah keluarga yang sentiasa dekat padaMu Ya Allah.......

Pada tarikh yang sama 10 tahun yang lalu,
bapa kesayangan  ayah merangkap FIL  kesayangan ibu telah
kembali ke rahmatullah....
Sehari sebelumnya BIL juga abang ayah juga telah kembali ke alam sana.
Peristiwa sedih dan memberi tamparan hebat pada ayah dan kami sekeluarga.
3 bulan hidup ayah penuh kesedihan.....
Al-Fatihah buat Almarhum Hj Hassan B Sidek (FIL)
dan Al-Marhum Ismail B Hassan (BIL)

Semoga mereka berdua ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman....ameen.

13 ulasan:

mamaijat berkata...Reply To This Comment

. . .Salam & selamat hari ulang tahun buat 'ayah'.. .
Welcome to 5 series. .. .
Hu hu hu. . .My turn lambat lagi. . .Bulan aje bezanya pun. .
Semoga Allah makbulkan doa dinda. . Kanda turut mengaminkan. .
Amin. . .

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Selamat hari jadi buat ayah. Semoga beliau berada dalam rahmatNya selalu :)

ummiross berkata...Reply To This Comment

Amin..amin..


Selamat ulangtahun kelahiran buat 'ayah', semoga sentiasa dalam rahmat
kasih sayang Allah SWT, semoga sentiasa berbahagia bersama anak2 dan isteri tercinta.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

selamat hari lahir ayah..dah 5 series ya,boleh panggil uncle dh nie.hehe gurau jer..

Ameen atas semua doa2 akak,dr cerita2 akk sy tau ayah seorang suami dan ayah terhebat..:)

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Selamat hari lahir buat suami akak... moga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik..

Al fatihah buat arwah-arwah.. moga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Selamat ulang tahun buat Mr M.. Moga sentiasa dalam rahmat-Nya..

Al-Fatihah buat FIL dan BIL Yah.. MOga mereka ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh..

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Selamat ulangtahun buat suami akak..moga panjang umur & sentiasa dimurahkan rezeki...

Al-Fatihah buat FIL&BIL akak...moga mereka ditempatkan dikalanagn orang² yg beriman...

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

Selamat hari lahir buat abg akak...moga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipelihara amal dan imannye...amin.....

Aziela berkata...Reply To This Comment

Amiin, Ya Allah.

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Selamat hari lahir utk suami NzA....semoga sentiasa dalam rahmatNYA....

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

Selamat hari kelahiran buat en ayah, dan al-fatihah buat arwah2..

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

selamat hari lahir dan ulangtahun ke 50. semoga usianya diberkati, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu.

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

selamat hari lahir ... ni lah yang sama harijadi ngan anak saya... semoga berbahagia selalu...

About me