Dah lama ibu tak tayang makanan kat blog nie.
Maklumlah, sekarang Angah yang ambil alih tugas memasak.
Bila Angah masak dia siap bagi amaran agar tak masukkan
masakan dia dalam blog...
Segan katanya....hehehe......
Bila Angah masak dia siap bagi amaran agar tak masukkan
masakan dia dalam blog...
Segan katanya....hehehe......
Biasanya hujung minggulah ibu akan ke dapur untuk
mengambil alih tugas angah tu.
Maklumlah, anak-anak dan ayah dah rindu masakan ibu yang "terbaik" nie.
Hahaha...sila jangan muntah ye.......
Sarapan dihujung minggu.
Hari Sabtu ibu terbabas tidur sampai lewat pagi.
Berkejar ke dapur untuk sediakan sarapan.
Kebetulan sos "ayam masak merah" yang angah masak masih berbaki.
Makaroni yang siap direbus masih berbaki.
Ibu campak-campak ke dalam kuali + kicap manis....
Begitulah kalau dah "rajinnn" sangat.
Paginya Naurah dan Beby ada kelas.
Alahai kesian anak-anak ibu.
Tak sempat mereka bersarapan akibat kelewatan ibu......
So ibu sendirian bersarapan makaroni sambil melayan internet.....
Suatu petang hari yang berlainan tiba-tiba perut rasa lapar.
Sambil layan tenet sambil layan burger home made.
Macam mana badan ibu tak gebuzzzz sekarang.......
Tiba-tiba tekak teringin nak makan kerabu kaki ayam.
Rasanya resepi kaki ayam berasal dari Kelate @ Siam kot.
Memang sedap dan senang untuk disediakan....
Kalau sesiapa nak cuba, resepi klik SINI.
"ZON BAHAYA" bila rumah terletak berhampiran dengan restauran fast food.
Dalam seminggu 3-4X mesti pekena benda alah nie.
Amat tidak elok untuk kesihatan.......
Teringin nak makan takoyaki pulak..
Alahai nafsu makan yang amat-amat BAHAYA!!!!!
13 ulasan:
....hi hi hi...
makan jangan tak makan....
NzA..nak jugak!, tengah lapor ni, hehehe..
cikgu....kat pasar malam sini sudah banyak jual tokayaki...tapi takut nak beli...takut tak makan....ahakz
Aiseh dah lama saya tak makan takoyaki..slurppp!
makan..makan..semua sedappp
Sedapnye kak..
Tmbh2 tgk kerabu kaki ayam tu, saya penggemar tegar kki ayam... tp tk pnh buat kerabu lg, nk try la nnti.. :-)
semua sedap tapikan dinda tak makan kaki ayam hehehehe
Sedap² semuanye tu kak...
Samalah kak..rumah ktorng ni pun dekat dengan rest.fast food..Selalu lah Qis mengajak mamanye ni terutamanye p kfc..:)
semua menggoda nafsu makan sy.lebih2 lg pic last tu.mana nak carik ekk benda ni?makanan jepun ke tu?hiks..
Adoiiiii...Bakpo tayang makanan ni.?????sedap pulak tu...hari ni puasa..kena tutup mata ni....tak leh tgk banyak kali... mmng terliur..hihihi...
nak kerabu kaki ayam.... sedapkan... seronok dah leh rehat anak2 ambil tugaslak...
Semuanya menggoda nafsu selera saya kak. paling tak boleh tahan, kerabu kaki ayam tu lah... Aduhaiii
Waduh.. ramai yang tergoda ni. Makan jangan tak makan.. hehe
Catat Ulasan