Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 April 2013

Farah Najdah dan KRS (Kadet Remaja Sekolah).

Kali ini pun n3 yang dah basi.
Kebelakangan ni ibu agak sibuk dan memang tak sempat nak buat n3 setiap hari....
Basi pun tak kisahlah ye.
Yang penting ada catatan kenangan.

Minggu lepas Beby mewakili sekolah ke pertandingan kawad kaki 
peringkat daerah Muar di SMKL, Tangkak.
Dah 2 minggu Beby berlatih secara intensif..
Banyak pelajaran dan tuisyen tertinggal.
Muka pun dah rentung..Ibu tengok pun dah tak kenal.....
Gelap + legam....

Persediaan sebelum bertolak ke tempat pertandingan...
Beby yang paling tinggi .......anak ibu katakan....cit!!!!!!

Pertandingan bermula.....
Gambar ini pun ibu snap daripada FB sekolah Beby.
So tak dapatlah ibu nak huraikan kejadian masa tu.....hehehe......

 Lepas pertandingan...posing kat rimbunan pokok buluh????????
Apa-apa jelah..Janji ada gambar kenangan.

Sekolah Beby tak menang sebarang tempat pun.
Sekadar dapat sijil penyertaan peringkat daerah.....

p/s:
Dapat khabar gembira tapi ibu yang over sedih...
nantilah ibu buat n3 ....huhuhu......


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

gelap pun takpe tetap manis..hihi

ummiross berkata...Reply To This Comment

Takpe NzA..yg penting penyertaan. Masa sekolah ni lah nak enjoy semua aktiviti, nanti semuanya akan jadi kenangan terindah.

Unknown berkata...Reply To This Comment

yg penting pengalaman menyertai... ish apa berita yg sedih tuu

Aziela berkata...Reply To This Comment

Gembira tapi sedih? Alaa, janganlah sedih2 kak... Sedih terharu dan sedih gembira, takper. Hehehehehe

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Takpe..gelap time sekolah je, nnti cerah balik :-)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

yng paling penting penyertaan..teringat sy time sekolah dulu puteri islam.kawad kaki pakai kain.kelas kan?haha..

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Tak menang pun takpa, janji proses penghakimannya adil & bijaksana. Tahniah atas penyertaan Beby :)

Salmi berkata...Reply To This Comment

Tahniah buat Beby kerana terpilih mewakili sekolah...

Unknown berkata...Reply To This Comment

dah buat ke n3 yang gembira over sedih ni... dinda terlepas ke

About me