Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 April 2013

Alahai De' Salma...

Sejak akhir-akhir ni ibu mula selesa dengan tudung berjenama De'Salma.
Setelah mencuba dari semurah-murah hingga semahal-mahal tudung 
(takdelah mahal sangat pun tudung-tudung koleksi ibu tu....hehehe..).
Bukan harga jadi ukuran tapi keselesaan yang ibu utamakan.
Maklumlah ibu nikan buruh di sekolah.
Perlu banyak pergerakan dari satu tempat ke satu tempat.
Masa ibu begitu terhad.
Memang kalau di sekolah tak ada masa nak betulkan tudung bagai.....

Awal tahun ni ibu mula berjinak dengan jenama De'Salma.
Nama klasik dan mungkin belum femes emos lagi.
Kainnya amat selesa bagi ibu.
Yang penting tak perlu bersusah payah nak mengosok bagai.
Gosok sedikit pun dah ok untuk dipakai..
Motif :Dasar orang yang m*l*s.....

Masa pakai balik kampung hari tu adik ibu, Atie pun mula jatuh chenta dengan De'Salma.
Katanya nampak selesa n ayu sangat bila ibu pakai.
Haya...ni kes bodek kakak ke apa????hehehe
Kembang kempis jap hidung ibu....

Apa lagi......mulalah Atie minta si kakaknya tolong orderkan.
Bukan 1 tapi berhelai-helai.
Alahai adik comel ibu sorang nie.
Kalau bab-bab melawa memang nombor 1.
Tak nak kalah dengan si kakaknya.
Tapi dimata ibu, walau apa yang Atie pakai memang nampak cantik + ayu.
Kenapa la tudung-tudung tu nampak kembang semacam pulak ye.
Dasar orang tak pandai nak snap gambar....hehehe...abaikan.

Nilah yang ibu dah order....4 untuk Atie...1 je untuk si kakaknya.......
Motif: si adik nak lawan koleksi yang kakaknya dah ada.......

 Atie yang kecik comel berbaju pink empat dari kiri.
Orangnya kecik je macam anak dara.
Kalau cakap dia dah ada anak yang dah sekolah tadika memang orang tak percaya.
 Tapi awas, atie seorang cikgu Sejarah yang tegas + garang tau.
Gambar ni masa kami di Ho Chi Minh Airport.

p/s: 
TQSM Atie kerana selalu sponser baju kurung untuk anak-anak ibu (3F).
Bukan 1 tetapi berpuluh-puluh helai.
Sepanjang Along di Matrik semua baju Along ditaja oleh Su Tie kesayangnya nie.
*Sebenarnya Atie selalu baca blog ibu nie.....

23 ulasan:

ariana berkata...Reply To This Comment

Aah mg cantik tudung2 tu..ada saiz XL tak yah?
Muka adik yah ti mmg ada gaya sgt muka yah cuma bdnnya kecil molek ye..
Bertuahlah ank2 yah dpt auntie yg baik hati sponsor bsju gitu ye..;)

NzA berkata...Reply To This Comment

to ariana
rasanya yg ada saiz M dan L je kot ttp labuh jugak kak....
hehehe...ada iras ek...ttp dia mmg kecik molek je mcm ank dara brbanding saiz yah yg tinggi.....
2lh, syukur krn dia sntiasa sponser baju ank2 dara yah..mrk mmg rapat....

Unknown berkata...Reply To This Comment

cantik tudung2 nya. beli online ke kak?

NzA berkata...Reply To This Comment

to nea lopah
TQSM...akak beli dr rakan yg jadi pengedarnya....mmg selesa dipakai.

Nida Mohd berkata...Reply To This Comment

cantik2 tudung tu kak..berkenan color biru..

lizz berkata...Reply To This Comment

aaah cantik sangat tudungnyer tu....

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Saya pernah belikan mak saya tudung DeSalma ni. Cantik tudungnya :)

ummiross berkata...Reply To This Comment

Memang cantik tudung tu NzA, ummi pun berkenan.

Adik NzA cantiklah, macam kakak dia juga, agak ummi adik-beradik NzA semua cantik dan kacak, hehe..

mamaijat berkata...Reply To This Comment

. . .nampaknya zaman bawal dah berlalu ye dinda. . .
Kanda pun skang dah selesa dgn tudung sebegini. . .
Sebab yg sama.. . He he he. . .X perlu nak iron bagai. . .Kan kita ni mmg pema*** tapi suka melawa. . .
Hu hu hu. . .

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Janji selesa kan kak, harga bkn ukuran..cuma kalau terlalu mhai, awal2dh tolak tepi..hehe..

roy_sham berkata...Reply To This Comment

cikgu,

akk nak tanya cikgu order ngan sapa yer....akk mmg pakai tudung de salma, dulu beli ngan kawan tp sekarang dia dah tak jual lagi. Nk beli online takut kena tipu so bleh bagitau tak cikgu beli ngan sapa yer...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Nida Mohd
yg plg best tudung de salma selesa dipakai.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@lizz
2lh, lagipun tudung ni lebih labuh n selesa dipakai....harga pn brpatutan...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Dinas Aldi
mmg sesuai dipakai utk sesiapa saja....

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
mmg selesai dipakai ummi..
Xdelh ummi...kami biasa2 je..mayb byk darah cmpuran kot sbb tu muka kami mcm2 ada.....hehehe...

NzA berkata...Reply To This Comment

@mamaijat
2lh, tudung bwl menggunung dlm almari...syg nk dibuang..simpan sbgai kenangan...yelh kanda, kita suka melaram ttp jenis yg xsuka lakukn prkara yg leceh....hehehe....

NzA berkata...Reply To This Comment

@mama lieyna
betul tu eina..kalau mahal sgt akak pn xbeli....hehehe.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@roy_sham
saya order dgn kwn sekerja. makciknya ada kedai di KL so dpt la hrga murah sikit...

Aziela berkata...Reply To This Comment

Macam menarik jer...nanti saya nak try juga lah...

NzA berkata...Reply To This Comment

to aziela
cubalah...mmg selesa dipakai.

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

Cantik la kak...yg penting selesa dan reasonable harganye kan kak....haaa lagi satu senang matching ngan baju2 hhehehe lieya tau dah, cikgu mcm akak mesti banyak baju kan kak.....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

skang ni mmg macm2 fesyen tudung.klu selesa dan suka,mmg akan pakai tudung jenama sama jer la kan..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Memang cantik tudung2 tu Yah. Yang penting selesa, tambah2 kerja macam kita ni yg berkejar ke sana sini..

About me