Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 April 2013

MasyaAllah.....Sabar jelah....

2 hari ibu menyepi untuk mencari ruang pada diri untuk terus tabah dan kuat.
Ibu tahu Allah sentiasa bersama disaat kita kesedihan dan sukar......
Alhamdulillah, Allah beri ibu seribu kekuatan untuk lalui semua itu.
Terima kasih yang tidak terhingga di atas doa-doa kalian
untuk Adik Yu.
Semoga Allah makbulkan doa-doa kita semua...InsyaAllah.
TQSM semua....

N3 ni dah lama juga ibu perap.
Hari ini baru berkesempatan untuk edit sedikit sebanyak.
Kisah kehidupan seharian ibu yang bergelar pendidik di sekolah rendah.
Mengajar anak-anak kecil perlu banyak kesabaran.
Terkadang ibu perlu banyak beristifar dan jadi seorang yang penyabar...

Selain mengajar Matematik ibu juga merupakan Pengerusi Panitia Seni
sejak dulu kini dan mungkin untuk selamanya.
Subjek yang paling dinanti-nantikan oleh kanak-kanak ribena nie ialah DSV(Dunia Seni Visual)
dulu dikenali dengan Pendidikan Seni Lukis.
Saat inilah mereka release tension walaupun saat ini terkadang si cikgu jadi
amat-amat tension melayan kerenah anak-anak kecil nie.

Ingat ye cikgu kalau cikgu mengajar DSV cikgu kena banyak sabar, 
cikgu tak boleh marah-marah,
cikgu kena sentiasa sabar.,
cikgu kena sentiasa senyum,
cikgu biarkan mereka bebas meneroka alam,
cikgu kena jadikan mereka seorang yang kreatif dan inovatif....
*Pesanan daripada JU ( jurulatih utama)..

So masa subjek DSV ibu akan bertukar menjadi seorang cikgu yang palingggggg baik,
ibu jadi cikgu yang paling ayuuuuuu, 
penuh kesopanan dan kesusilaan ( rukun negara ke 5 tuuuu....),
ibu jadi seorang cikgu yang "sabar" ditahap "maksimum".....
Dan ibu perlu jadi tukang cuci, tukang sapu, tukang lap, "orang gaji" yang paling rajin...
Percaya tak??????
Ibu pun tak percaya walaupun ianya adalah realiti dan bukannya fantasi....hehehe....
Silalah percaya!!!!!!

Di akhir PdP (dulu dikenali sebagai PnP) bilik seni seolah-olah dilanda ribut taufan.
Di sana-sini bertepek dengan 'water colour'...berus dan bekas air bersepah sana sini.
Surat khabar yang mereka gunakan sebagai pelapik dah jadi macam "budu"......
Yang paling syok, kanak-kanak ribena ni bersuka riang keluar/masuk bilik seni
untuk jemur hasil "seni" yang indah dimata mereka juga "indah" dimata cikgunya nie.
Baju basahan yang mereka pakai dah tak ada rupa.
Penuh dengan "water colour" sana sini.
Setengah tu sengaja main renjis-renjis berus kat baju dan tudung...
Aduyai....
Silap-silap cikgu yang akan dipersalahkan oleh ibu bapa kerana
tak "peka" mengawal mereka.

Bila cikgunya bagi arahan berkemas masing-masing menjawab serentak:
"Alah Cikgu...Kejapnya masa DSV...."!!!!!!!!!
Aduyai...terduduk kepenatan si cikgu selepas selesai kelas.
Adalah beberapa orang membantu dengan mengambil kesempatan melengah-lengahkan
masa untuk masuk ke kelas seterusnya........

Mereka mengajar ibu erti sabarrrrrrrrrr............

19 ulasan:

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

Akak tau, anak lieya pun paling suke subjek dsv ni kak...suke sbb boleh mengaler melukis hheheheeheh....

Besar jasa akak sbg pendidik..:semoga Allah memberkati golongan pendidik mcm akak...amin

Kakcik Seroja berkata...Reply To This Comment

Suasana kerja kakcik yang baru ini mendekatkan kakcik dengan sekolah dan guru... :)

attyfir berkata...Reply To This Comment

takpe,,berkat nza sabar ,mesti byk hikmah dpt

Aziela berkata...Reply To This Comment

Uishhh...memang tinggi betul taap kesabaran akak. Kalau saya lah...dah bagai halilintar membelah bumi agaknya...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

jadi cikgu mmg kena byk bersabar.kena sentiasa igt cikgu tu satu tugas yg mulia n besar pahalanya..:)

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

tak dpt izan bayangkan betapa sabarnya kak nza menghadapi kerenah anak2 kecil tu. izan yg cuma 5 org kat umah ni pun biasa juga jadi tarzan.. alahai... jauh sekali nak jadi cikgu yg penyabar.

moga2 Allah sentiasa memberkati segala penat lelah kak nza sepanjang bergelar guru ni ye.

ummiross berkata...Reply To This Comment

Sabau je lah ye..balik rumah mesti penat sangat kan kalau ada kelas macam ni. Umi dulu kalau hari ada banyak eksperimen kat makmal, balik memang penat sangat.

Ibu Lala berkata...Reply To This Comment

Jadi cikgu mmg byk kena sabar. Mb sy x jd cikgu sbb bukan jenis yg penyabar walaupun dah berjaya dapat masuk maktab perguruan.

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Betul tu kak..Jadi cikgu memang perlukan kesabaran yg tinggi...lagi² mengajar anak² kecil..
moga akak sentiasa diberikan kesabaran yg tinggi dalam mendidik anak bangsa...& moga dipermudahkan dalam segala hal...

Unknown berkata...Reply To This Comment

Kesabaran tu paling penting. Saya pernah jadi GSTT dulu. mmg ari2 mak pesan kena sabar dgn budak2.

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Kesabaran yg ada ganjarannya di sana nanti, in syaa Allah :)

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Budak2, mmg suka lengahkan masa kalau masa tu yg dia suka...

Rasanya smua subject menguji tahap kesabaran seorang guru.

Lagi parah kalau dapat anak murid yang hyperactive...

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

sabar seorang guru memang sangat besar maknanya....teruskan bertabah ya kak..

ibuintan berkata...Reply To This Comment

sabar dan sabar... jgn dekatkan diri kita dgn risiko darah tinggi

mamaijat berkata...Reply To This Comment

. . .He he he. . .dinda ckg 'yang seni' pun ngeluh . . .
Apalagi kanda yang 'kayu seni' ni. . .
Paling takut bila guna warna air kannnnn. . .
Dengan cikgu sekali comot. .
Tapi mmg puas bika tgk mereka dan hasil 'seni' mereka. . .
Kanda ada 3 kelas dsv. .
Hu hu hu. . .Kelas depan okay lg. . .Bila sampai kelas hujung. . .maka sentiasalah berdoa jatuh pd ari cuti umum atau ada program skul lain. . .Boleh batal klass dsv. . KEJAM nya cikgu!!!!!

sekadar satu coretan berkata...Reply To This Comment

kerja guru kerja yg mulia..didik anak2 sehingga berjaya...
say dulu2 cita2 nk jadi cikgu tapi berubah arah la pulak...

azieazah berkata...Reply To This Comment

Have a good rest cikgu!

Salmi berkata...Reply To This Comment

Tahun ni akak ajar DSV tahun 3. Memang amat2 mencabar. Pernah sekali tu hilang sabar terus jadi singa betina. hehe..

Unknown berkata...Reply To This Comment

Qayyum dulu selalu cakap sekarang Sumaiyyah pulak..."kalau mama jadi cikgu parah le anak murid mama" sebab kalau mama ajar mereka berdua memang garang hehehehe

About me