Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 April 2013

Majlis 2 in 1.

Semalam sekolah ibu ada 2 aktiviti serentak.
Sebelah pagi ada pertandingan merentas desa 2013.
Macam biasa tugas ibu di bahagian hadiah dan merangkap juru gambar yang tak bertauliah.

Setelah selesai menyusun piala dan hadiah, ibu mengikuti rakan-rakan ke 
check point untuk aktiviti merakam gambar + gosip2......

 Tiba-tiba muncul bujang ibu.
Bila Farouk nampak ibu, mulalah dia berlakon berlari dengan penuh bersemangat.
Padahal sejak tadi ibu perhatikan dia melenggang-lengang kangkong je.....
Sempat dia kutip bunga durian yang sedang gugur di tepi jalan....
Aduyai.....anak ibu....

 Tidak berapa lama ibu tiba di sekolah.
Sempat snap gambar ni.
Muka budak frust kononnya.
Ibu dah target confirm farouk dapat tempat teratas dalam senarai dari bawah....hehehe..
Tapi bila ibu sampai, cikgu2 yang jaga check point terakhir dengan bangganya + exited 
memaklumkan pada ibu yang Farouk dapat tempat ke 14 bagi katagori 10 tahun ke bawah.....
Sungguh ibu tak menduganya.....

 Bila cikgu2 wish tahniah, mulalah tunjuk malu-malu kucing.....
Dalam hati siapa tahu penuh dengan bunga-bunga bangga......
Bangga sangat2 la tu .....
Maklumlah selama buat latihan merentas desa Farouk asyik nombor corok jerrr.....hahaha...

Selesai pertandingan merentas desa dan penyampaian hadiah,
kami ada majlis ke 2 pula.
Majlis meraikan perpisahan salah seorang pembantu am sekolah.
 Sebelum posing, macam-macam hal berlaku.....

 Akhirnya dapat juga snap gambar dalam keadaan serius....

Inilah Cik Zana yang menjadi kesayangan kami.
10 tahun ibu mengenalinya.
Ikatan kami umpama adik beradik.
Banyak kisah suka duka kami kongsi bersama.
Walaupun Cik Zana bukan seorang cikgu tapi kami tidak pernah membeza2kan kedudukan kami.
Dia tetap jadi kesayangan semua kerana banyak membantu kami dalam melakukan tugasan di sekolah
tanpa berkira masa dan tenaga..
Amat-amat sedih kehilangan dia tapi apakan daya....

 Muka sedih Farouk......
Kak Zana mengikuti perkembangan farouk sejak 
dalam kandungan  hingga Farouk melangkah ke tahun 4.

Edisi makan-makan meraikan Zana.
 Lauk lebih dari nasi.
Itulah ibu.
Ibu nie agak kurang makan nasi tapi terlebih makan lauk.
Sumber protein terlebih sudah......

Kek untuk Zana yang ibu pilih bagi pihak Kelab Bilik Guru/Staf.
Ibu tak sempat menjamah pun sebab bergegas balik kerana rumah MIL 
ada majlis yasinan dan akiqah anak kepada biras ibu, Maya Mayana.
Salah seorang blogger jugak.
Tak sempat pulak nak snap pic masa majlis tu sebab ibu sibuk di dapur....
Kebetulan kepenatan selepas balik dari program sekolah terus singgah 
ke majlis ni sampai petang....

19 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

Hehe suka tengok gambar Farouk tersipu-sipu malu tu.
Hebat juga Farouk berlari, tahniah ye Farouk.

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Akhirnya Farouk dapat jugak hadiah ya,,,,
Tahniah Farouk..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

nasik minyak n lauk tu menggoda betul..aduh mana nak carik?haha..

congrats farouk.u did it well..:)

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

congrats farouk akhirnya terbukti jua..hihi

Unknown berkata...Reply To This Comment

Tahniah farouk..hero mmg kalah dulu kak. hehe

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Tahniah Farouk! Suka tengok hubungan erat cikgu2 & staf di sekolah kak Nza :)

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Sibuk le akak hari tu ye...:-)

Alahai farouk muka malu2 kucing yg comel tu :-)

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

hari yang sangat sibuk.. saya membacanyer isyh sibuknyer... caiyok ler farouk.... memang hubungan yang lama sudah pasti terkesan jugakan dengan perpisahan ini... moga hubungan itu terus kekal...

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
2lh budak sorg nie, malu2 kucing konon.....xsangka dia mampu lakukn ummi sbb farouk tu jenis xlasak....

NzA berkata...Reply To This Comment

@MulutPayau
aduyai, bila tgk kelakar lak dia...xsangka dia mampu lakukn sebaik itu....hehehe...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Puan Kutu
kena cari tu PK sblm baby kluar....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Jemarisuri
TQSM JS...akak pn xsangka....hehehe...

NzA berkata...Reply To This Comment

@nea lopah
TQSM...farouk tu budak lembik + xlasak....xsangka dpt gak la no...hehehe....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Dinas Aldi
TQSM dinas.....kami mmg rapat xkira cikgu atau pekerja...cuma ada sorg staf yg slalu meroyan....tut....huhuhu....

NzA berkata...Reply To This Comment

@mama lieyna
mmg sibuk eina ttp berbaloi2...

2lh, control mancho la konon.....aduyai.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Cho Zila
mmg amat penat....
2lh xsangka dpt gak no tu....hehehe....
InshaAllah moga ikatan prsaudraan kami terus kekal.....

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Tahniah buat farouk...bersemangat tu Farouk lari.. :)

Salmi berkata...Reply To This Comment

Tahniah buat Farouk. Berjaya juga akhirnya...

Unknown berkata...Reply To This Comment

uit.... dalam diam je farouk ni kan dinda cakap hero hindustan dia menang last

About me