Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

20 Februari 2012

Mural Dinding

Akhirnya projek conteng2 dinding ibu siap dalam masa 4 hari.
4 hari ke????
Sebenarnya bukan 4 hari.
Kalau diikutkan dalam beberapa jam kerana
ibu lakukan kerja-kerja ini semasa  ibu "free" dalam
erti kata lagi semasa ibu tidak ada kelas.

Projek yang ibu buat semasa stress + sedih + tertekan khas buat Qaisara.
Dan untuk pengetahuan semua, 
Qaisara terpaksa dimasukkan semula ke wad setelah 3 malam sahaja di rumah.
Dan semalam Qaisara telah discharge semula.....
Aduh, bertapa peritnya ibu rasa.
Ibu perlu kuat dan tabah.
Ibu tidak ingin lagi menitiskan airmata sedih ini....
Mampukah ibu????????.

Dan dengan rasminya ibu telah nekad untuk
menukar nama Baby Qaisara Balqis kepada Sara Auni.
Semua itu ibu lakukan di atas permintaan mama Qaisara.
Sara Auni bermaksud Puteri yang lemah lembut......
Semoga Sara Auni akan sihat seperti bayi2 lain.
Dan suatu hari nanti ibu akan bawa Sara Auni untuk melihat
coretan di dinding ini, InsyaAllah.....
Itulah harapan ibu.......

Hari pertama (Misteri Kehilangan ibu di BG).....
 Melukis secara terus tanpa lakaran di dinding....
Semua itu dilakukan dalam keadaan sedih........

Hari ke 2 (Misteri Kehilangan Ibu di BG)
 Ibu di sini lagi membawa hati yang sedih.
Menyendiri ditemani berus + cat air.....
Setiap lakaran adalah bersama harapan, doa-doa serta zikir-zikir ibu 
untuk melihat Sara Auni ceria di taman khayalan.....
Setiap yang terhasil lahir dari gerak hati ibu.

Hari Ke 3 dan Ke 4 (Misteri kehilangan ibu di BG)
Hari ke 3 tiba-tiba Guru Besar muncul di tangga.
GB: Patutlah dah 2-3 hari saya tak nampak awak di BG (Bilik Guru). 
Rupanya awak kat sini ye....
Ibu : Ye cikgu...Saja nak release tension......
GB : Tak sangka saya, awak berbakat melukis. Tahniah Z.
Nanti bolehlah kita buat projek besar-besaran dari dinding ke dinding....
Ibu : Terima kasih cikgu. Tak delah cikgu. Sekadar lukisan kartun yang tak seberapa....
InsyaAllah, saya akan cuba setakat termampu nanti......

Hari ke 4 projek conteng2 ibu siap.
Ibu ke sekolah hari Sabtu kerana ada kelas tambahan.
Selesai kelas ibu mengadap seketika untuk menyiapkan
kerja-kerja yang terakhir.


Disamping itu ibu masukkan literasi maklumat
sebagai tanda sokongan ibu pada program MBM/MBI (Panitia BM dan BI).
Juga hari ini ibu dapat permintaan dari Ustazah J-Qaf untuk
abadikan tulisan Jawi di dinding itu.
Sekurang-kurangnya tugasan ibu ini boleh memberi
manafaat kepada ramai orang disamping itu ibu berniat,
setiap mata yang memandang luahan hati ibu ini, 
ibu niatkan doa khas buat
buah hati ibu, Sara Auni .....
Semoga Sara Auni membesar sihat seperti kanak-kanak lain.
Ibu sayang kamu....SARA AUNI.....

p/s:
Petang ni meeting lagi..
Baru tiba rumah.
Maaf kalau ibu belum berkesempatan utk jengah rumah rakan2....

28 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

Cantik lukisan ibu.... Sara auni...segeralah sembuh

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....Salam perkenalan buat SARAH AUNI.....doa mamijat terus bersama mu....semuga anakku akan terus kuat dan akan sihat sejahtera..
Insyaallah,amin...

.....Kagum dengan bakat adindaku ini...menjahit,melukis,memasak dan ada beberapa 'm' lagi yang pasti..
kan!
Tahniah...semuga adinda ku menjadi contoh terbaik buat anakanda2...
amin.

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
thanks mamaQS...cptlh sembuh sygku Sara Auni......

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
Semoga Sara Auni serasi dgn nama pilihan ibunya...dan semasa membaca komen mamaijat, menitis airmata tnpa sedar...sebak, sedih ,gembira, sayu...mamaijat trlalu memahami perasaan ini..Thank you so much my dear sis.......

sy hnya insan yg serba kekurangan mamaijat...hnya mampu lakukn setakat yg trdaya......dan semoga doa2 mamaijat dikabulkan Allah....InsyaAllah....dan sesungguhnya kelebihan sy krn memiliki sahabat2 yg amat2 perihatin n penyayang sprti mamaijat....bahagia bila disayangi.....

IMANSHAH berkata...Reply To This Comment

ada patak siput

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

cantik~ doakan yg terbaik buat anak kecil itu.. cepat sihat ye sayang Sara Auni~

NzA berkata...Reply To This Comment

to imanshah
ha.ha.ha...lamo xdengar prkataan tu....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamalieyna
thanks ena...juga terima kasih diatas doa2 tu....ingin nk tgk sara auni sihat mcm hakeem.....

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA,cantik sungguh lukisan tu.Bila Sara Auni dah besar sikit nanti, tentu dia sangat suka melihat lukisan ini. Ummi akan terus berdoa untuk kesihatan Sara Auni, insyaAllah.

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

wah tak sangka seorg berbakat bsr rupanya...cantik..

nape ngan baby sara...sakit apa ye sebenarnya...semoga baby sara cepat sembuh...

saniah berkata...Reply To This Comment

salam ckgu...moga sara auni akan bertambah sihat dan membesar sihat seperti kanak2 yang lain..ceria seperti lukisan ibunya ni..
p/s saya suka lukisan cikgu ni..ceria betul suasana nya..teruskan berkarya cikgu :)

ibuintan berkata...Reply To This Comment

cantiknya lukisan nza... tahniah memang berbakat

moga sara auni diberi kesihatan yg baik, tentu dia amat gembira kalau tahu lukisan ini khas untuknya

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Wow...lawa lah....ini kira bakat TERPERAM lah cikgu erk...erk....ahakz

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
thanks ummi krn terus brdoa utk Sara Auni..semoga dia membesar dengan sihat dan mampu menyaksikan apa yg ibunya coretkan buat dia......

NzA berkata...Reply To This Comment

to JS
thanks..sekadar menconteng dinding je JS...hi.hi.hi..

Sara Auni, baby kecil yg sering sakit sejak brusia 5 hari...skrg baru berusia 25 hari.......

NzA berkata...Reply To This Comment

to saniah
Terima kasih diatas doa2 saniah....xtrbalas segala budi baik...

thanks saniah, sekadar lukisan kartun je tu....hi....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ibuintan
thanks kak....lukisan xseberapa tu...

juga terima kasih di atas doa2 utk Sara Auni..moga dia membesar dengan sihat...amin.

NzA berkata...Reply To This Comment

to jebateja
thanks...mmg bakat terperam + tenggelam ni..dh lama xmelukis.

Nadiah Sidek berkata...Reply To This Comment

cantiknya lukisan akak. berbakat.

semoga Allah kurniakan kesembuhan buat sara auni..ameen..

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

izan suka sangat tgk lukisan akak... terserlah bakat akak, patutlah anak2 pun pandai melukis ye.

ye kak... izan sama2 doakan semoga Allah berikan kesembuhan kepada sara auni...ameen...

Lily@MamaZaraZareef berkata...Reply To This Comment

dah tukar nama kepada sara auni yek buah hato kak nza tuh..semoga sara auni terus diberi eksihatan yg baik utk terus membesar spt kanak2 yg lain..insyaAllah..

apepon, sekali lagi kagum ngan hasil karya kak nza ni..cantik sungguh..=)

NzA berkata...Reply To This Comment

to nadiah
thanks nadiah.....lukisan yg biasa2 je tu...

Thanks nadiah, diatas doa2...moga Allah mendengar doa2 kita....

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
thanks izan..dh lama akak xmelukis..dh rasa kaku tngan ni...sbnarnya anak2 warisi bakat tu dr ayah..ayah mmg pelukis amatur suatu ketika dulu...

thanks izan krn xputus2 brdoa utk sara auni.....moga dia sihat sprti baby lain.......

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily azliyana
akak cuba tukar nama..manalh tau dia serasi dgn nama baru ni....Thanks lily krn xputus2 brdoa utk sara auni..

thanks krn suka karya akak...biasa2 je tu lily..dh lama tinggalkan dunia melukis nie.....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Yah yang akak kenal dulu..
Punya bakat yg akak sendiri amat kagumi.
Agaknya, Faiz kenan Yah kot..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Sedih baca ttg Sara Auni..
Moga dia terus kuat dan boleh segera kembali ke pangkuan keluarga..

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.mie
hi.hi.hi....k.mie apa kurgnya malah lebih berbakat n teliti dlm lakukan sesuatu pekerjaan..yah ni kalut sikit..
Wah mesti Faiz kreatif orgnya mcm k.mie...mestilah ikut ibunya yg brbakat n mayb kenan aciknya ni kot....he.he.he....4Farah tu kreatif ttp farouk tu hancuzzzzz kalu mewarna.

mmg sedih mengenangkan nasib sikecil tu k.mie..masih xstabil lagi..kejap ok, kejap ko..hati sntisa risaukan dia......

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

aiman tgok contengan dinding akk,dia cakao cantik..semoga doa2 dan zikir akk mengiringi kebahagiaan sarah auni..:)

About me