Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Februari 2012

Pameran Kapal Selam @ Pantai Klebang Melaka.

Kisah sambungan percutian singkat kami semasa cuti 4 hari.
Selepas ke Planetarium Ayah bawa kami ke  Pantai Klebang , Melaka.
Entah apa yang menarik sangat sejak tadi ayah dan farouk beria-ia nak ke sana.
Jalan semakin sesak dengan kenderaan.
Kami terpaksa berhenti ditengah perjalanan untuk solat Asar.
Kalau ikutkan hati ibu, nak je suruh ayah berpatah balik ke Muar.

 Rupanya ada pameran Kapal Selam di pesisir pantai Klebang.
Bayaran masuk untuk dewasa RM1 dan kanak-kanak 50 sen je.
Tapi hari tu farouk dan Naurah masuk free je.....
Cuma yang dewasa je kena bayar.

 Budak yang tidak sabar-sabar nak tengok kapal selam dari dekat....
Sempat main tabur-tabur pasir.....

Dan seorang lagi yang juga tak sabar-sabar nak tengok kapal selam.
Belek sana sini..Tilik sana, tilik sini.
Tak puas-puas matanya menatap kapal selam tu.
Ayah ni sebenarnya pernah ditawarkan jawatan sebagai Leftenan Muda.
Semasa di UKM Ayah pernah masuk pelapis.
Berminat sangat dalam bidang ketenteraan.
Tetapi maknya tidak  suka dan Ayah terpaksa mengalah.....

Ramai juga orang di sini..
Kawasannya masih dalam pembinaan.
Yang ada cuma kapal selam.
Ibu rasa mungkin kawasan ini akan dibangunkan sebagai sebuah muzium
memandangkan tapaknya dah dipenuhi dengan bahan binaan....

posing dulu....

 Yang tinggal cuma Beby, Naurah dan Farouk.
Along dan Angah duduk dalam kereta.
Katanya kalau pergi shoing-shopping oklah.
Patutlah ibu tengok rambut ayah makin kurang.
Melayan anak-anak dara yang makin membesar.
Sangat2 berminat dengan aktiviti shoping.....
Mau ayah tak pokai....
Maka makin berguguran la rambut ayah.......
Tempat2 macam ni mereka tak minat..
Amboi-amboi......dah ada ciri-ciri macam ibu ke?????

 Panas sambil jilat aiskrim..best juga....

 Di bahagian bawah kapal selam ada papan kenyataan tentang sejarah kapal selam ni.
Haram ibu tak baca....dasyatkan!!!!!
Ibu ni bukan peminat Sejarah sebenarnya walaupun 
Abah ibu merupakan pakar Sejarah....he.he.he..

 Ayah dan Farouk tidak jemu-jemu membaca papan tu satu persatu.
Sekali ibu tengok macam orang nak ambil exam pulak.
Ayah macam abah ibu, amat meminati Sejarah.
Dua beranak ni  kalau jalan mesti pimpin2 tangan.
Kalau dengan ibu tak delah nak romantik pegang2 tangan macam tu.....menci!!!
Macam mana farouk tak jadi anak manja bila dilayan macam baby kecik je....

 Posing lagi sebelum keluar dari situ...

Singgah lepak2 dan jalan-jalan cari makan kat tepi Pantai Klebang.
Petang-petang memang ramai orang bermain layang2 di sini.
Memang leka melihat bermacam2 rupa layang-layang yang unik....

Setiap kali datang ke Pantai Klebang ni, ibu tertarik dengan  sebuah gerai yang menjual air coconut shake ni.
Memang sentiasa dipenuhi dengan pelangan. 
Sanggup mereka beratur panjang semata-mata mahu membeli coconutshake di situ.
Kalau ibu rasanya tak sanggup berbaris panjang macam tu.
Tapi tak tahulah.
Mungkin rasanya airnya teramat sedap sangat2 kot....

Perkembangan Baby Qaisara.
Alhamdulillah keadaan kesihatan Qaisara semakin baik..
Terima kasih Ya Allah...
Terima kasih semua di atas doa2..
Teruskan berdoa untuk Qaisara agar dia terus stabil
dan dapat kembali ke pangkuan keluarga yang amat2 merinduinya......

28 ulasan:

  1. Saya belum berkesempatan nak tengok kapal selam tu lagi. Weekend yg panjang, bermakna ramai pelancong. Beri laluan pd org luar dulu, hehehe. Coconut shake tu x lah sedap sangat-sangat pun kak, cuma lain daripada yg lain sikit. Kalau tak nak beratur, masuk dalam simpang tu, dia ada siapkan kedai. Jadi, kita hanya duduk di meja dan order sambil2 jamah kuih muih dan nasi lemak.

    BalasPadam
  2. lieya yg dok balik melaka tiap2 bulan pun tak pergi lagi tgk kapal selam ni kak ekekekek...nanti nak jugak le pegi jenguk2 .....

    mmg terbaik kak coconut shake klebang nie....kalo kat luar tu utk tapau....akak masuk dlm sikit tu tuk minum kat situ....cube le kak sekali....mmg sedap....ni le tempat lieya wajib pegi kalo balik melaka tiap2 bulan....

    BalasPadam
  3. alahai tak dopek nak g sbb tak alik melaka=(

    BalasPadam
  4. ramai dh pergi ni...bila la nak merasa naik kapal selam ni? =)

    BalasPadam
  5. best ke tmpt ni ibu, js blm pernah smpi lg ni...dengar dlm tv je..hehe

    BalasPadam
  6. hehe farouk memang anak ayah,nampak manja sekali memegang tangan ayahnya..

    Nza..ummi ada email pasal order yang nza buat tu, nanti check ye...

    BalasPadam
  7. satu hari nak pegi sini jugak..macam best jer kan kak.. :)

    BalasPadam
  8. Saya sangat sangat suka sejarah. Mau saya melekat kat papan kenyataan tu baca semua yg ada & menganga sakan tengok kapal selam tu, kihkih!

    Anak lelaki sorang, bongsu pulak tu, mau tak manja dengan ayah, kan Farouk :)

    BalasPadam
  9. .....lama gak mamaiajt & anak2 x meronda bandar melaka ...macam2 dah berubah...nama aje orang melaka kami ni....

    BalasPadam
  10. Tgk kat tv je.. kalau berkesempatan teringin juga bw anak2..

    BalasPadam
  11. to aziela
    org dekat xkisah azie cz bila2 masa boleh p tgk ttp yg jauh ni kena rancang utk dtg.....

    kisahnya...kalau tgk org ramai mmg xjadi la nk singgah...ngeri je tgk...hi....

    BalasPadam
  12. to lieya
    buat masa ni mmg ramai org lieya..maklum la bnde baru..lama2 nnti oklh..xsesak sgt..

    patut la ramai org....tringin gak nk rasa ttp bila tgk ramai umat tu terus cancel.....

    BalasPadam
  13. to nurul
    InsyaAllah...jgn risau cz kapal tu akn brsemadi disitu utk selama2nya......

    BalasPadam
  14. to munna
    masa akak pergi mmg ramai sgt org...ttp kapal selam tu sekadar boleh dilihat n disentuh ttp xboleh naik...hu.hu.hu...

    BalasPadam
  15. Kalau dlm tv 3 ( majalah 3 )..kawasan tu akan jadi kawasan kapal...akan ada kapal layar nanti kat situ...uhukz....

    BalasPadam
  16. to JS
    kt sini cuma ada kapal tu je JS..blm ada apa2 lagi yg menarik .....

    BalasPadam
  17. to ummiross
    gitulh kalau brjln, mesti nk pimpin2 tngan..jeles je tgk.....

    Syukur ummi cz hphone dh jumpa.....nnti nza sms ummi ye....

    BalasPadam
  18. apa-apahal pun ..posing yang penting hehe

    BalasPadam
  19. sblm ni lalu tak singgah pun kat kapal selam tu kak...

    yelah org kata coconut shake tu sedap sgt. kalau izan pun tak sanggup nak beratur panjang semata2 nak beli tu...

    anak lelaki sorang kan kan...mmg lah jadi kesayangan ayahnya... hehe...

    BalasPadam
  20. to lily
    setakat ni xde apa2 selain kapal selam tu lily ttp ada sebuah pntai yg cantik kt area situ....

    BalasPadam
  21. to dinas
    wah, peminat sejarah gak dinas nie..akak ni mmg xminat n masa spm pn xambil sejarah..

    mmg manja sgt2..trkdg nyampah gak tgk....

    BalasPadam
  22. to mamaijat
    Melaka cpt membangun..skejap je brubah......

    BalasPadam
  23. to k.mie
    setakat ni ada kapal selam tu je k.mie......

    BalasPadam
  24. to jebateja
    xprasan lak sy ada kt tv ttg cerita kapal selam ni..maklumlah skrg smbil tgk tv smbil layan tenet.......

    BalasPadam
  25. to suri
    yes...betul tu...he.he.he...

    BalasPadam
  26. to izan
    mmg penuh sesak dgn org maklum la masih baru..lama2 nnti redalh kwsan tu kot...

    2lh xsnggup akak nk bratur pjg mcm tu...

    manja sgt2 izan..trkdg kitaorg nyampah gak tgk depa brdua tu....

    BalasPadam
  27. org laki klu dh minat kak,mmg itu g ditiliknya.macam en suami beliau pun suka benda2 gini.tp paling suka sukkoi.hehe..

    BalasPadam
  28. to PK
    yelh PK..bkn main lagi ditiliknya bnde tu.siap pegang2 + raba2 lagi..xthn tgk....

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.

About me