Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 Februari 2012

Kesian Dia....

Rumah ibu memang sentiasa sunyi walaupun ramai penghuni.
Maklumlah, 3 Farah sudah besar.
Masing-masing buat hal sendiri.
Tinggallah Naurah dan Farouk.
Sesekali si kakak suka juga menyakat Farouk.
Mungkin mereka terasa rumah kami sunyi........

 Inilah "pot" Farouk lepak.
Dalam bilik dia.
Yang terkadang kemas dan terkadang macam tongkang pecah.....
Main sendirian tanpa teman......kesian dia.

 Terkadang ibu kesian tengok Farouk.
Ayah yang sentiasa sibuk ke sana sini.
Tinggallah farouk dikelilingi kaum wanita di rumah kami.
Kami tidak memahami naluri seorang lelaki......

 Menyusun "hot wheels" yang menjadi koleksinya.
Dan ayah yang jadi pembakar semangat untuk menambah koleksi-koleksi farouk.
Setiap kali outing atau bermesyuarat, inilah buah tangan ayah untuk buah hati kesayangannya.
Semalam ayah outstation lagi.
Farouk tidak sabar menanti buah tangan dari ayah.
Dan ini menyebabkan 4 farah jeles yang teramat....

 Tak jenu-jemu Farouk membelek-belek koleksinya tu.
Dan bila ibu mengintai dari celah pintu, timbul  pula rasa kesian.
Bertapa sunyinya hidup Farouk tanpa seorang kawan bernama lelaki.......

p/s:
Terima kasih semua kerana tak putus-putus mendoakan
Baby Qaisara Balqis....
Setiap kali menyebut nama itu, pasti airmata ibu tumpah.
Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik untuk Baby Qaisara.
Semoga Qaisara sihat seperti bayi kecil yang lain.
Dan berikan ketabahan dan kekuatan pada mama Qaisara.
Semoga dia mampu bertahan menerima ujian dariMu  Ya Allah.
Amin..amin...amin....

22 ulasan:

Iela Fazielah berkata...Reply To This Comment

kak... bila pikir mmg sedihkan.. tp nak wat camne.. mcm ila pun sama.. syfiqah rasa sedih sbb dia soang pompuan.. pasni ada adik lelaki lg... mengalir air mata dia.. dia ckp xde kwn nak main barbie n masak2 dgn dia.. mama dia ni subuk je madang.. nak teman main pun xdpt...

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

byknye kak koleksi cars farouk ...sonok tgk....tu le kak, sian kan bile mcm nie....tapi nak buat camne heheheeheh...tapi yg syoknye kak sah2 le farouk manje kan sebab die sorang boy gitu....he he he

ummiross berkata...Reply To This Comment

kesiannya farouk, tapi tau menghabiskan masa dengan baik, melepak kat bilik dan melayan kreativiti sendiri..

Amin,amin,amin...moga dimakbulkan doa2 tu.

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

hobi farouk sama dengan hobi anak saya. byk sungguh koleksi keta menan kecik2 ni. tak tahan bila sesi menyusun, penuh umah dibuatnya ngan keta kecik tu

NzA berkata...Reply To This Comment

to iela
2lh, sedih + sunyi hidup dia tnpa kwn ttp apakan daya...dh trsurat mcm tu...ayah pula sntiasa sibuk.....

Nur berkata...Reply To This Comment

Banyaknya koleksi hotwheels farouk. Budak lelaki camtu la, kak. Kalau dia takde geng, kita pun kesian tengok. Sebab Sulaiman camtu ler, bila Amirul dan Hafizan ikut opah time cuti sekolah. :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to lieya
dayyan pn akn jd mcm abg farouk....main sndiri xde kwn.....kakak2 suka menyakat.....so dia trpaksa membawa diri.
Semua kereta2 tu hadiah dr ayah.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
itulh kerjanya ummi..trkdg ibunya naik geram jugak tgk dia leka dgn mainannya tu...apa nk buat, org xde kwn......

Thanks ummi krn xputus2 brdoa utk Qaisara...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
kalau setakat main kt bilik xkisah su, yg mengeramkan akak n alongnya bila semua tu diangkut kluar...haru....

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
mmg byk yati..ayah la yg rajin melayan kehendak buah hatinya tu....

agaknya mmg mati kutu la bila xde kwn yati.....

puanbee berkata...Reply To This Comment

salam kak tak tahu nak cakap apa , tapi dedulu adik bee pun sorang jek lelaki , lain semua perempuan , ayah pun tk de awal... kecik2 je terasa lepas tu dah besar dah tk rasa apa dah ..

sabar je lah

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

bnyaknya koleksi keta farouk.....sian pulak dia main sorang2...

NzA berkata...Reply To This Comment

to Bee
mayb jugak sbb rumah akak rumah tmn so dia xde kwn kt area sini..maklum la nk bagi kluar pn risau cz jln yg sibuk....

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
mainannya mmg byk n trkdg buat ibu geram bila brsepah....

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

banyaknya hotwheel farouk... itulah teman setia dia ye kak...

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
2lh, org xde kwn utk brmain n brgaduh..menyendiri dlm bilik...buat sepahhhhh.....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Kesian Farouk xde kawan.. kalau dekat blh main dgn Faiq.. hobipun sama..

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Yusuf pun sorang juga.. dia kalau boring layan game je kerjanya.. :D

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.mie
2lh, faiq ada abg ttp farouk sndirian....

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
kesiankan bila tgk dia sndirian...trkdg ckp pn sorg2....

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

wow byknye koleksi kereta farouk ... ehh samela drawing board kite ;)

moga bby Q sembuh cepat..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

at least farouk ada jugak kakak2..macam aiman lg sunyi keseorangan..siap kata..klu ibu mengandung kan best,boleh aiman dpt adik.haha pandai je dia cakap macam org besar..:)

About me