Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Februari 2012

Planetarium Adventure Science Centre.

Cuti 4 hari Ayah sempat bawa anak-anak ke percutian singkat.
Niat hati nak pergi bercuti ke destinasi yang lebih menarik 
tetapi terpaksa dibatalkan disaat akhir memandangkan lebuhraya telah dibanjiri dengan ribuan kereta, 
Ayah terpaksa melencong ke Melaka.
Itu pun memakan masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi......

Tempat yang dituju tidak ada dalam perancangan kami.
Tapi demi tidak menghampakan anak-anak.....

 Akhirnya kami tiba di Melaka Planetarium.
Farouk dan Naurah yang teruja sedangkan 3 farah macam tak begitu seronok.
Along : "Rasa macam budak-budak sekolah la datang sini ibu..."
Amboi-amboi, mentang-mentang la baru habis sekolah......

Along Posing dipintu masuk.

Bayaran RM10 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak.
Kami pun hairan kerana tidak ramai pengunjung.
Rupanya di dalamnya tak begitu menarik.
Tak banyak pameran dan bahan yang menarik.
Tak berbaloi Ayah melabur RM66 untuk masuk.

Tidak seperti di Petro Sains yang tidak jemu dimata Farouk dan Naurah
walaupun dah berkali-kali  ke sana.
Klik sini dan sini.....
Begitu juga dengan Pusat Sains Negara yang menarik perhatian anak-anak ibu.

Kebetulan semasa sampai kami sempat menonton wayang 3D yang berkisar tentang angkasa.
Memang sistemnya canggih dan kami duduk dikerusi dalam keadaan baring dan menonton
dan skrinnya berbentuk bulat terletak dibahagian bumbung......
Masa tu ibu sempat lelapkan mata.....
Boring!!!!!.

Wajah-wajah yang tidak ceria.....
Mereka kata boring.......

 Pintu gerbang di bahagian hadapan.
Seni binanya menarik tetapi isinya.......????????

 Lorong menuju ke tempat parking kereta, perpustakaan dan galeri....

 Ayah yang "over" masuk ke dalam kapsul angkasa....
Alahai siap berebut dengan anak-anak.....

 Giliran Beby dan Naurah...

Beby, Ayah, Farouk dan Naurah je melayan semua benda alah kat dalam ni.
Ibu ,Along dan Angah bosan menanti.....
Mungkin ini kali pertama dan terakhir kami ke sini....
Destinasi kami yang seterusnya........tungguuuuu!!!!!!

p/s:
Perkembangan terkini baby Qaisara.
Ibu sudah mampu menarik nafas lega.
Terima kasih untuk kesekian kalinya untuk doa rakan-rakan.
Teruskan berdoa untuk Qaisara.
Allah kurniakan keajaiban kepada qaisara berkat doa2 kita..
Doa yang tulus dan ikhlas dari rakan2 ibu...
Perkembangan yang amat membahagiakan kami.
Baby Qaisara sudah mampu bernafas tanpa mengunakan
alat bantuan pernafasan.
Semua wayar2 dimulut dan dibadannya sudah ditanggalkan.
Baby Qaisara sudah mampu minum susu mamanya.
Dan yang amat membahagiakan ibu bila mendengar suara ceria
mama Qaisara.
Cuma Qaisara masih di ICU dan perlu pemantauan khusus.
Masih dalam keadaan berjaga.......
Mungkin Qaisara perlu tinggal disana selama 10 hari........

Salam dari mama Qaisara untuk semua :
6.00 petang
"Kak, sampaikan salam buat semua rakan-rakan blog dan FB akak.
Tidak terbalas segala jasa rakan2 akak yang tidak jemu mendoakan Qaisara.
Terharu dengan keikhlasan dan ketulusan rakan2 akak.
Tidak terbalas rasanya jasa2 mereka.
Atie doakan agar Allah memberi ganjaran yang tidak terhingga buat mereka.....
Atie amat2 terharu......."

sms terkini dari mama Qaisara a.k.a Atie:
11.50 mlm
Alhamdulillah, mesin utk prgerakan nadi n oksigen pun telah dibuang.
 harap akn ada lagi perkembangan positif. 
Terima kasih semua kerana tidak jemu-jemu mendoakan Qaisara.
Alhamdulillah.
Kisah Qaisara Balqis..
Klik sini dan sini .

22 ulasan:

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

mmg sane sini penuh org kak...member lieya yg pegi cameron, bukit tinggi, ngan genting sume lapurkan bende yg same....

lieya mmg tak kemane2...dok umah jek sbb cik abe sibuk nak exam....mati kutu gak dibuatnye dok umah ajek hahaahahaha......

sonok tgk gambar2 anak2 akak berjalan ke planeterium melaka tu, lieyapun tak tau ade kat melaka heheeheeheh....name jek balik melaka tiap2 bulan ekekeekek

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

saya tak kemana2 pun cuti kali, hero kecik kurang sihat. melepak je kami kat umah. syukur alhamdullillah baby qaisara makin sihat

wahida berkata...Reply To This Comment

saya tak pernah sampai situ lagi kak...nnt ingat nak bawak anak2 lah...


p/s: semoga qaisara cepat sembuh...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

bosan ekk..takpe at least dh pergi sekali dh tau tak best takdenya nak pegi sana lg..

tersentuh baca msg dr mama qaisara.:)

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

tak cukup 'pengisian' ye kak...?
sayang...bangunannya dah lawa..kemudahan elok..

ummiross berkata...Reply To This Comment

Kalau macam ni kena tambah lagi pengisiannya, kalau tidak sayang bangunannya dah canggih!

Alhamdulillah, setiap kali membaca perkembangan positif Qaisara, bergenang airmata ummi, terharu. Moga Qaisara sembuh dengan cepat, moga NzA dan Atie serta keluarga tabah dan tidak berputus asa..

NzA berkata...Reply To This Comment

to lieya
2lh, trpaksa ubah rancngan cz anak2 dh bosan menemuh jem tu..ttp kt sini xmenarik la lieya...xde byk bahan kt dlm tu..sbb tu sepi je....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
adik masih blm sihat ke su..moga cpt pulih..
Thanks su krn xjemu2 brdoa utk Qaisara.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to wahida
xbest la kt situ wahida..baik p petro sains or pusat sains negara je..lebih brbaloi2..kt sini xde yg menarik.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
mmg xbest la PK..bazir je ke sana...hu.hu.hu..

2lh, akak rasa sgt2 lega bila mamaQaisara pn dh agak ceria.....teruskan brdoa utk qaisara....

NzA berkata...Reply To This Comment

to siti murni
mmg amat mengecewakan bila masuk ke situ..xbyk yg anak2 dpt belajar..setakat gambar2 je ada....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
betul tu ummi...mmg xbrbaloi dgn tiket masuk ke situ..mahal ttp pengisian kurang......

Terima kasih ummi krn memahami keadaan kami..Alhamdulillah, syukur yg tramat bila terima sms poitif ttg qaisara...rasa sgt2 brsyukur....xtrucap dgn kata2 kelegaan hati ini...teruskan brdoa utk qaisara ye ummi......

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....cuti REHAT yang benar2 utk berehat buat mamaijat...x ke mana,
cuma ambil & hantar si bongsu balik asrama SMT TJ....Seremban.
...wow,kita org Melaka pun x sampai kat Planetarium tu lagi...
tapi macam dah x minat bila NzA kata gitu....
Alhamdulillah..semuga BQ terus sihat...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
xpelh mamaijat..masa brpeluang rehat biar kita rehat secukupnya..sy ni trpaksa melayan anak2 yg masih xpuas2 brjln...hu.hu.hu..

mmg xbrbaloi2 la p sana...xmenarik..

Alhamdulillah keadaan Qaisara dh brtmbah baik..terima kasih diatas doa2.....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, Qaisara dh semakin sihat..
Seronok anak2 Yah dpt berjalan2.. Kami bercuti di rumah je

Nur berkata...Reply To This Comment

Yati baru tahu kat Melaka pun ada planetarium. :)
Syukur keadaan baby Qaisara semakin baik.

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Sayangnya tempat tu tak menarik, tak dapat pulak menarik kedatangan pengunjung.

Alhamdulillah, semoga baby Qaisara yg gebu & comel tu akan bertambah baik kesihatannya. Asyik terbayang2 muka dia.

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.mie
Syukur sgt2..keadaan Qaisara brtmbah baik..thanks atas doa2 k.mie..

yah pn rancang nk berehat ttp tlh, suami suka bw anak p jln2..penat....

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
rasanya baru 2 thn kot yati ttp xmenarik la....

Alhamdulillah syukur berkat doa yati n rakan2..thanks yati...

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
2lh, tmpt n reka bntuk amat menarik ttp perisiannya xmemuaskan..xbrbaloi dgn byran yg mahal tu....

Alhamdulillah, syukur baby Qaisara dh bransur ok..berkat doa dinas n rakan2..thanks dinas....

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Cuti kami tak ke mana2 pun.. tp balik juga kejap rumah mak. Tu pun jem sana sini.. :-(

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
kalau ikutkan akak mmg xnk kemana2 ttp si ayah n anak2 yg ajak brjln.....

About me