Bila kesedihan melanda , ubat yang paling mujarab bagi ibu ialah melukis.
Terapi minda yang amat-amat berkesan pada ibu.
Hari ini ibu menyendiri.
Membawa diri yang gundah gulana disuatu sudut yang terpencil di blok B.
Suatu tempat yang mampu membuat hati ibu tenang.
Sendirian melayan kesedihan diri dengan aktiviti menconteng dinding....
Berbekalkan warna dan berus....
Memerah otak untuk merealisasi sebuah karya yang tidak seberapa.
Melahirkan seorang watak Iman Amsyar, abang kepada Baby Qaisara Balqis.
Seorang abang yang tidak sabar-sabar ingin melihat adiknya membesar dengan sihat....
Disamping itu ibu menzahirkan seorang gadis kecil yang ibu namakan Qaisara Balqis.
Seorang bayi kecil yang akan membesar dengan sihat seperti
yang ibu coretkan di dinding ini.....
Inilah doa ibu,
inilah harapan ibu....
Wahai Qaisara Balqis....
Dan hari ini, ibu sampai terlupa makan dan minum.
Waktu rehat berlalu tanpa ibu sedar.
Leka......di suatu sudut ini....
Kalau berterusan, merupakan petanda yang baik untuk ibu jadi langsing....
Demi mencari ketenangan jiwa yang dalam kerisauan...
Merawat hati yang tidak keruan.......
Rakan-rakan tercari-cari kemanakah hilangnya ibu hari ini.
Cikgu H merindui teman bergaduhnya...
Anak-anak murid sibuk datang ingin membantu........
Semua itu tidak melemahkan semangat ibu untuk terus melukis....
Dan esoknya ibu akan ke sini lagi membawa diri .
Untuk seketika waktu ibu jauh dari gelak ketawa rakan-rakan.
Semoga ibu mampu merawat kedukaan dan kesedihan ini..
p/s:
Qaisara Balqis, kau sering dalam ingatan ibu.
Namamu sering di dalam doa2 ibu.
Teruskan berjuang untuk melawan kesakitan itu.......
37 ulasan:
ibu cantinya lukisan patung ibu tu berbakat betul lah
to Bee
thanks Bee..inilh kerja ibu bila stress....hu.hu.hu....
Kak Nza, suka sangat tengok budak lelaki & perempuan yg kak Nza lukis tu, comel sungguh!
Qaisara Balqis, semoga kesihatanmu akan bertambah baik lagi, sayang.
cantiknyaaa =)
betul, melukis boleh jadi satu terapi stres jugak. pernah jugak lukis2 kat dinding bilik =)
pandai toll akak lukis..nurul doakan qaisarah cepat2 sembuh
TO DINAS
thanks my dear......salah satu utk hilangkan kerungsinan melanda jiwa..
TQSM krn xputus2 brdoa utk Qaisara....
to munna
thanks..
betul tu munna..sekurg2nya dpt lupakan seketika kesedihan hati....
to nurul
thanks nurul...
TQSm diatas doa2 nurul utk qaisara.....amin...
pandainya akak lukis.....sy riso kalo akif nt suh sy lukis ape2 sb xpandai huhuhu
Sedih Mama QS .... Qaisara segera sembuh ye....
lukisan yang membawa maksud yang pelbagai.. haptik dalam diri :)
to suhaina
akak minat melukis sejak kecil ttp xdelh pndai sgt...setakat gmbar kartun bolehlh.....
to MamaQS
thanks mamaQS krn memahami kesedihan diri akak...hu.hu.hu....
to amna
org seni tahu menghayati dr pelbagai sudut....
cantiknye akak lukis n kaler. sronok sy tengok. jgn bersedih ok akak. senyum ok
to mamasyaza
thanks su.....cara utk hilangkn stress....
akak lukis semua ni? cayalah..cantiknya....
semoga adik balqis kuat...
TO WAHIDA
lukis2 smbil melayan perasaan yg sedih........thanks wahida...
cantik sangat lukisan akak! kita sama2 doakan bby qaisara cepat2 sembuh ye kak...
.....adikku NzA......
lukislah..luahkan..keluarkan apa yang terpendam...jika ianya dapat mengurangkan...meringankan apa yang adikku tanggung...
.....pesanan mamaijat....jangan sampai lupa makan minum...itu x baik ye!!!!berpada padalah....
.....Doa mamaijat terus bersamamu untuk baby Q.....
Insyaallah,semuanya akan kembali seperti biasa....
amin.
salam perkenalan..izin memberi komen...saya suka hasil seni anda..pandai melukis ya?
Moga Allah mempermudahkan setiap urusan NzA...amin
to izan
thanks izan..cuma cara ini mampu membuatkan akak tenang...juga terima kasih krn xjemu2 brdoa utk Qaisara balqis.....
to mamaijat
menitis airmata ini mendengar kata2 semangat dr seorg kakak...xtrucap dgn kata2...xtrbalas segala budi....terima kasih wahai kekandaku..krn amat2 memahami kesedihan hati adikmu....InsyaAllah semoga Allah prkenankan doa2 kita...amin....
to saniah
terima kasih saniah..salam kenal juga..juga terima kasih di atas doa2....
comelnye kak...lukisan yg ada makna disebaliknya.. kreatif akak~
Yah yang akak kenal sejak dulu.. masih dgn minat yg sama.. Sambil berbual tangan tetap menzahirkan kreativiti..
Moga Qaisara cepat sembuh & menceriakan keluarganya semula
Akakkk.. cantiknya. Berbakat sungguh kak Nza ni.. suka3x..
Semoga qaisara cepat2 sembuh. Semoga mamanya tabah, kak Nza juga..
baru tau kak nza ada bakat melukis jugak..comellll sgt kak nza zahirkan watak iman amsyar dan qaisara balqis tuh...apepon, terus brdoa semoga baby qaisara sembuh dari penyakitnya..insyaAllah..
Cantik lukisan akak..berbakat & berseni.. ^^
moga baby Qaisara cepat sembuh kak..
to mamalieyna
semua tu trhasil semata2 utk 2 buah hati ibu yg sdg dirindui....
to k.mie
minat kita sama k.mie..kalau lepak2 dikantin, itulah kerja kita..melukis dan melukis..siap buat koleksi lagi kan....he..he.he..
thanks k.mie krn xputus2 brdoa utk qaisara...
to zefa
thanks zefa..setakat lukis gmbar kartun bolehlh....akak brkongsi minat yg sama dgn kak salmi....
thanks zefa krn sentiasa mendoakan qaisara....
to lily azliana
xdelh pndai sgt lily..sekadar gmbar simple....luahan hati dlm bentuk karya utk 2 org buah hati yg akak syg.....
thanks lily krn xputus2 brdoa utk qaisara..
to lily
thanks lily...lukisan yg simple je tu...
thanks juga krn xputus2 mendoakan qaisara...
salam kak Nza
lukisan bagai terapi yag baik kan kak
terapi minda yg bisa membuang jauh gundah di hati
to intan
setuju dgn intan..salah 1 cara nk release tension....
akk mmg kreatif..cantik betul..
Catat Ulasan