Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Januari 2012

Master Chef Naurah vs Master Chef Najdah.

Petang semalam tak ada aktiviti ke mana-mana.
Awal persekolahan sibuk yang teramat.
Masak pun cincai-cincai je....

Chef Najdah (15 thn 2 bulan) dan Chef Naurah ( 11 thn 10 bln)

Bila petang-petang perut mula rasa lapar. 
Ibu sekarang sibuk dengan kerja-kerja sekolah.
Bukan anak-anak je ada HW ye , cikgu-cikgu pun sama.
Nasib baik la semalam kat rumah ibu ada 2 orang 
Master Chef volunteer nak masak untuk minum petang.
Bestkan kalau setiap hari ada orang tolong masakkan......

Potato Wedgess Master Chef Naurah
Master Chef Naurah  masak potato wedgess....

Resepi:
6-7 biji kentang di kopek + dipotong + rebus + garam
Toskan.
Gaul dengan serbuk lada hitam.
Kemudian masukkan kentang ke dalam tepung gandum
(jangan bancuh air ye aunty...guna tepung kering).
Goreng dalam minyak panas......

Orang pertama rasa mestilah ibu Naurah.
Ibu kata sedap.
Seronok sangat Naurah rasa....

Potato Stew Master Chef Farah Najdah
Sediakan dulu bahan ye aunty2....

Proses memasak bermula....

Tara....dah siap. Bila dah siap orang yang pertama rasa resepi ini semestinya beby sendiri.
Sebabnya Beby risau nanti ibu komen macam-macam.
Bila rasanya dah ok, baru Beby bagi ibu makan.

Resepi Potato Stew :
5 Biji ubi kentang
Sebatang lobak merah
2 batang saderi
2 bawang besar
2 bawang putih
Halia
Dada ayam
Serbuk cili / cili paste
Garam
Lada hitam
Serbuk perasa

Cara :
1. Potong ubi kentang, lobak merah, saderi, dada ayam dan bawang besar dalam potongan dadu. Jangan terlalu kecil.
2. Cincang bwang putih dan halia.
3. Tumis bawang putih dengan halia.
4. Masukkan ubi kentang dan lobak merah. Biarkan selama 5 minit dan kacau. Biarkan ubi kentang dan  lobak merah empuk.
5. Seterusnya masukkan  saderi dan bawang besar dan biarkan selama 5 minit lagi.
6. Masukkan dada ayam dan kacau.
7. Masukkan serbuk cili atau cili paste empat senduk kecil. Kacau sehingga sebati.
8. Masukkan air sebanyak 300ml dan biarkan mendidih.
9. Masukkan garam,serbuk perasa dan lada hitam secukup rasa.
10. Biarkan mendidih sehingga 10 minit dan sentiasa kacau.
11. SIAP ! ngehehe~

p/s : jangan letak terlalu banyak air.Resepi ni ditulis sendiri oleh Master Chef Farah Najdah.

Amboi-amboi bukan main lagi 2 beradik ni menceroboh blog ibu ye.
Gitulah bila datang kerajinan melampau anak-anak nie.
kalau la setiap hari tolong ibu masak macam ni kan bagus.
Tapi syarat kena bangun pagi-pagi buta.......

24 ulasan:

cikguNae berkata...Reply To This Comment

Wah! rajinnyiiiiaaaa anak2 dara akak

lama saya tak jengah sini...
Selamat Bertugas!

mummyrinazone beauty berkata...Reply To This Comment

anak dara akak nie nnt masukkan mastercef musim kedua=)nurulpun suka buatkan merah kentang goreng mcm naurah buat.potato wadges=)

Unknown berkata...Reply To This Comment

rajinnya depaaaaa.......

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

syoknya kak bila ada anak2 yg rajin masak dan volunteer nak jadi masterchef gantikan ibu...

nampak sedap plak potato stew masterchef farah najdah...

Nur berkata...Reply To This Comment

Bestnya kak, ada masterchef tolong masakkan.
Yati hari-hari masak sampai boring rasa air tangan sendiri. Teringin nak rasa lauk kedai. Hehhe..

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA,bertuahnya ada anak perempuan, rajin pulak tu menolong ibu, ummi tunggu menantu masaklah nampaknya..hihi

NzA berkata...Reply To This Comment

to nae
bab2 makan rajinlah anak2 tu cz ibunya dh trlebih bz..xsmpt nk layan mrk....hi....

NzA berkata...Reply To This Comment

to nurul
he.he.he...best jugak tu..boleh la ibu goyang kaki....

NzA berkata...Reply To This Comment

to alimaz
trpaksa rajin cz ibunya tramat bz....

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
sskali weekend dpt la depa tu kecahkan dapur ibu....hi....
boleh thn gak rasanya....

NzA berkata...Reply To This Comment

to yatii
sskali je depa dpt tlg..sekurg2nya xleh depa kelaparan...hi...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
masa hr xsk jelh depa boleh tlh..tu pn ikut mknan kegemaran depa....hi.hi.hi...
Xlama lg brmenantulh ummi.....

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....WAH!!!!!ibu dah boleh berehat sikit...
dah ada yang boleh membantu...
Alhamdulillah....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
membantu masa weekend je mamaijat.....hr sk ibu jugak la masak....

wahida berkata...Reply To This Comment

wah...uolls...hebat memasak ye..tahniah!!

meh auntie nak rasa sikit potato wedges tu...tak tahan air liur auntie tgk...

NzA berkata...Reply To This Comment

to wahida
2lh, abis dikerjakan dapur n blog ibunya nie.....

he.he.he..meh sini....boleh thn gak rasanya.

Salmi berkata...Reply To This Comment

Wah, rajin anak2 dara Yah! Macam ibunya jugak..

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.mie
budak2 tu kalau dtg angin rajin camtulh k.mie....kalau dh dtg M nya ok la ngadap TV.....he...

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Sekali lagi ibu maryam berangan2.. maryam masak kat dapur tu besar nanti. Oh bahagianya.. :D

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

rajin anak dara akk memasak..sy dulu waktu sebaya dieorang nak kedapur pun malas.haha..

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
InsyaAllah, moga maryam minat memasak...hi....

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
akak pn sebenarnya xminat memasak trutama masa zaman sk dulu...entah la depa ikut sapa?????

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

untung sgt akk ada ank2 dara buleh diharap utk memasak ... tabik ahh ;)

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummihanie
he.he.he.......depa tu ikut mood hanie....

About me