Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Januari 2012

Bila "DIA" Mungkir Janji.

Sedih + kecewa + terkilan + tersentap.
Hati mana tak sentap bila beria-ria janji.
Tiba-tiba tak jadi....

Semalam sedang ibu syok dok siapkan 
program panitia dalam format baru tiba-tiba terima sms.
Terkedu dan tergamam + tersentap seketika.
Rasa nak jerit je kuat-kuat..
Sms berbunyi:
"Pemantauan ke PSS anda pada 11.1.2012(Rabu) diBATALKAN
dan pemantauan akan dibuat pada 9.1.2012 (Isnin).
Harap maklum.

Mau ibu tak meroyan.
Ayat pertama tu buat ibu sengeh sampai ke telinga  dan tiba-tiba
senyuman manis ibu (manis la sgt..) bertukar kelat....
Rupanya pemantauan diawalkan dari tarikh asal.
Bukan ibu tak bersedia.
Semua program dan fail dah siap tetapi masalah
sekarang ni Buku Program dan Fail2 ibu telah dipinjam
oleh rakan guru PSS (GPM).

Konon2nya ibu ni seorang fasilitator GPM Zon/Daerah.
So rakan-rakan GPM dari sekolah lain akan datang cari ibu dan 
pinjam apa yang patut sebagai sumber rujukan
sebelum pemantauan bermula.

Tup-tup Pemantau nak datang pagi Isnin.
Mana ibu nak cari kawan-kawan GPM ni.
Rumah depa bukannya dekat.
Lagipun mereka pun janji nak pulangkan hari Isnin/Selasa nanti.
Dah la pagi Isnin tu ibu terpaksa handle Majlis
"Watikah Perlantikan Pengawas dan Pustakawaan".
Banyak benda nak dibuat.
Tak haru macam ni.....

Yang ibu terkilan bila email dan surat menyurat telah dihantar pada ibu
pada tarikh 11.1.2012 tetapi dipinda sesuka hati disaat akhir.
Bukankah itu menyusahkan banyak pihak.

Dan ibu juga terkilan dengan rombakan format baru Program.
Bayangkan semua rakan-rakan guru dah siapkan semua
program sebelum cuti tiba-tiba terima arahan
format ditukar kepada yang baru.
Terpaksalah kami bertukus lumus menyiapkan dalam jangka masa
3-4 hari saja.

Cuti hujung minggu terpaksa mengadap komputer.
Kalau ibu tak kisah sangat sebab anak2 dah besar dan
Ayah memahami tugasan ibu.
Rumah dah tunggang langgang macam tongkang pecah....
Tetapi yang sedih bila ibu
dengar keluhan rakan-rakan yang punya anak-anak kecil.
Dan ada sebahagian suami yang tidak memahami tugas seorang guru
yang bekerja tak tentu masa......

Dengan sekolah ibu yang kekurangan 4 orang guru sejak sebelum cuti.
Bayangkan bila perkara2 yang sepatutnya tidak berlaku
dipandang remeh dari pihak berwajib dan orang-orang atasan..
Tapi dari kita macam-macam diminta segera....
Adilkah????????
Siapa yang tak stress......

29 ulasan:

IMANSHAH berkata...Reply To This Comment

kalau tak endah, nanti sekolah pula busuk namakan..takde pilihan lah kak

NzA berkata...Reply To This Comment

to imanshah
betul tu Iman, kita seboleh2nya nk jaga reputasi n nama baik sk......

Norsalmi berkata...Reply To This Comment

Akak bersimpati dgn Yah.. Kita selalu jadi mangsa keadaan.. Mereka menagih hasil kerja yg cemerlang tp jarang memahami keadaan kita.. Sabar Yah.. Akak yakin Yah bolehh..

Zefa NorAsmara berkata...Reply To This Comment

Semoga usaha kak nza dihargai pihak sekolah dan pihak atasan. Namun hanya Allah yang akan membalas segala usaha kebaikan kita nanti..

ps: tahniah kak, kerana menjadi seorang guru yg berdedikasi.. :D

nur berkata...Reply To This Comment

mula2 baca mcm dipospon.. rupanya pospon lagi awal.. good luck!!

ummiross berkata...Reply To This Comment

jadi cikgu ni seronok, tapi perkara2 macam ni memang boleh buat kita stress kan NzA.

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

susah juga kalau tiba2 jadi macam ni kak nza. kelam kabut dan tak tentu arah jadinya. apapun izan doakan semuanya akan berjalan lancar esok ye kak nza...

Ena berkata...Reply To This Comment

owh.. mcm tu pulak jdnyer.. susah juga tu kan.. tp rasanya kami pun pernah lalui benda ni kak.. bila semua dah ready.. tp dibatalkan pada hari majlis berlangsung.. org dah ramai hadir.. booth jugak dah berderet ngan pameran masing2... sudahnya tak jadi..

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Depa memang suka sangat buat kerja macam tu. Nak apa2 cepat2, esok nak hari ni mintak. Kdg2 tengahari ni miting, pagi baru bgtau. Keja last minute tu selalu sangat. Tukar tarikh ikut suka hati. Memang bengang & stress sangat.

L berkata...Reply To This Comment

stressnya.. huuu.. macm2 kan. ntahla cmna bila L jadi cegu nt.. huu

jom baca sekejap =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

mmg stress,tmbh kesian dekat cikgu yg ada anak kecil n suami tak memaham itu..

NzA berkata...Reply To This Comment

to k.mie
itulh nasib kita k.mie, slalu jadi mangsa penindasan n keadaan...Setiap perubahan dibuat secara drastik tnpa memikirkan keadaan kita......InsyaAllah k.mie, yah cuba selesaikan sebaik mungkin....

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
Thanks zefa krn memberi kata2 semangat.....itulh keadaan kami...

NzA berkata...Reply To This Comment

to nur
2lh pasal....bkn mkin lmbat ttp mkin cpt.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
betul tu ummi...stress sgt2....

NzA berkata...Reply To This Comment

to izan
mmg amat menyusahkan kita izan..dh slalu jadi camtu......Thanks izan, doakn segalanya brjln lancar.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ena
kt mana2 jabatan slalu trjadi prkara2 camni kan ena..kalau xsusahkan org ramai xpe......entahlh.

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
2lh, trkdg rasa kita ni mcm kuli..bila nk minta n xsabar ttp bila depa buat salah kita juga yg kena betulkn.....akak pernah ckp kt GB kalau nk mesy mesti ckp sehari seblm agar boleh prepare......

NzA berkata...Reply To This Comment

to L
itulh cabaran kita L bila brdepan dgn brmacam2 ragam org2 atasan.....kalau xcari kesalahan xpe....

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
2lh, kesiankan kalau buat kerja dgn brmcm2 tekanan.....stress tau.

mamaijat berkata...Reply To This Comment

....."saya yang menurut perintah"...

sesuka sesuki ajer mereka yea...
dan yang boleh di kata...
sabar ajelah...
buatlah yang termampu...

azieazah berkata...Reply To This Comment

Wahh siap watikah segala bagai.

Saya selalu baca banyak blog para guru yang selalu merungut, komplen, dan emosi pasal kerja perguruan mereka.

Dan sehingga hari ini, saya sangat bersyukur kerana tak jadi guru. Saya seorang yang tak sabar dan garang, jadi kalu cenggitu punya la susah kerja guru, saya tak fikir saya boleh.

Kawan baik saya sendiri akhirnya berenti jadi guru, masuk jabatan. Lompat tinggi dia!

azieazah berkata...Reply To This Comment

Tapi dalam pada itu, tanpa guru2, cemana pula anak generasi kita nak menjadi orang berilmu kan?

Sungguh hebat para guru yang sanggup berkorban nih..

Sabar tu kena duduk tangga teratas!

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
sbb pegang kata2 tulh mamaijat kita mampu menyelesaikan segala tugasan w.pn penuh ranjau....stress xpyh nk ceritalh.......

NzA berkata...Reply To This Comment

to azieazah
itulh realiti kehidupan kaum guru..penuh dgn ujian n dugaan. Trpaksa menjaga byk hati maklumlah client kami ratusan malahan ribuan org...trsilap langkah akn kecundang.
Bygkan trpaksa brdepan dgn tugasan yg bukan kerja kita..trkdg kena jadi kerani, tukang kebun, tukang cuci, jadi jururawat, kuli, pengasuh n mcm2 lagi..apapun kami ikhlas demi anak2 murid.....

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

alahai sian akak....mmg kelam kabut dibuatnye bile ape yg di susun di ubah mengejut camtu....dah tu camne kak....

harap2 sume under control kak yeak....

wan nurul hezrina berkata...Reply To This Comment

adeh kak mmg stress..mmg org ingat tugas guru mudahkan tapi sbnrnya hanya guru2 taw.huhu..nak2 mmg terasa yang ada anak2 kecik2.kesiannya..

sabojerlah ek kak=)

NzA berkata...Reply To This Comment

to lieya
mmg kelam kabut dibuatnya..rasa nk je jerit kuat2...hu.hu.hu...

Alhamdulillah semuanya brjln lancar.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to nurul
itulh realiti kehidupan kami sebenarnya..trlalu byk tekanan n beban kerja yg diluar bidang..apa pn "SAYA YG MENURUT PERINTAH"......

About me