Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Januari 2012

Jejaka Idaman Malaya

Hari ini ibu didatangi seorang jejaka idaman Malaya.
Waduh, berdegup kencang jantung ibu
bila si jejaka yang teramat kacak bergaya
mengatur langkah menuju ke tempat ibu.
Rasa maunya gugur bukan setakat jantung ibu tetapi
rambut ibu juga.
Hebatkan!!!!!!

Siapa yang tidak berdebar-debar tiba-tiba
didatangi oleh si jejaka yang tidak diundang.
Jangan salah sangka ye.
Sebenarnya si jejaka idaman Malaya tu adalah
Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)...
Tiba-tiba datang bertandan tanpa diundang.

Aduhai..Malangnya nasib ibu untuk kesekian kalinya.
Ibu terpilih lagi untuk dipantau.
Ini kali ke 3 ibu dipantau untuk Tahun 2012.

Walau apapun P & P berjalan lancar.
Anak-anak murid yang pertama kali bersama ibu hari ini
turut memberi kerjasama.
Bayangkan hari ini kali pertama ibu diarahkan mengajar
Matematik Tahun 1 akibat kekurangan guru.
Semua itu berlaku secara
drastik ,bombastik + drumstik (tiba-tiba teringin nak makan aiskrim...).
Sudah lebih 9 tahun ibu tidak mengajar pelajaran teras tahun 1.
Bayangkan!!!!!!

Alhamdulillah, Allah tetap memudahkan urusan ibu.
Ibu seolah-olah diberi petunjuk.
Menyiapkan apa yang patut pagi tadi.
Bertanya dan meminta dokumen dengan cikgu Transisi.
Entah kenapa ibu begitu beria-ia hari ini.
Syukur padaMu Ya Allah........

Pegawai itu  turut seronok bersama kami.
Sesekali dia tersenyum dan ketawa bila anak-anak becok bercerita
tentang kisah Upin & Ipin.
Sebenarnya si cikgu tak ada idea + blur kerana tersentap.
Si cikgu mengajak anak-anak bercerita.
Tajuk cerita "Arnab dan Kura2"
Tetapi murid-murid melencong bercerita tentang
si Upin & Ipin bela kura-kura.
Entah si Mail mana pula bela Arnab...ha.ha.ha...

Murid A:  Cikgu, Upin dan Ipin pun ada bela Kura-kura tau.


Cikgu :  ye ke??? comel ke kura-kura mereka tu? ada berapa ekor??
(Dalam dada cikgu penuh debar tetapi berlakon macam tak ada apa-apa berlaku...hu.hu.hu..)


Murid B : Comell cikgu, tapi sekor je.
Cikgu...cikgu...Mail..kan ada bela Rabbit tau.


Cikgu : Mail mana pulak ni Alia???


Murid B : Alah..Mail kawan Upin dan Ipin tu..Cikgu tak kenal ek???.


Cikgu : ooooo...ye ke? Cikgu jarang tengok la cerita ni.
Pukul berapa cerita tu???..Nanti cikgu nak tengok la..
Mesti bestkan....????(pura-pura la tu......)


Murid C : Pukul 2 cikgu..tak..tak pukul 6..
Nanti cikgu tengok tau......
(sambil si cikgu menulis nombor yang disebut..
konon2 berlaku penerapan dalam subjek Matematik...)


Cikgu : Ok..nanti cikgu tengok..Oklah masa dah habis..
nanti kita cerita lagi ye.....
(Dalam hati cikgu..YAHOOOO.....selamat aku dari bala yang menimpa!!!!!!)


Cikgu : Ok , murid-murid....ucap terima kasih pada Encik di depan ni..
Murid-murid ucap terima kasih sambil melambai-lambai riang..
anak-anak sekarang penuh dengan riang ria dan 
Pegawai PPD turut melambai-lambai keseronokan....

Fuh!!! mau tak berpeluh ibu dibuatnya.
Rasa nak je ibu berlakon pengsan...
Baru gempak...ha.ha.ha...

Pegawai PPD berbincang serba sedikit dengan ibu.
Dan diakhir pertemuan Pegawai PPD berkata:
Tahniah cikgu, Program Transisi berjalan lancar. Saya pun seronok.
Ibu a.k.a si cikgu : Terima kasih Encik......

Tahun ini nasib ibu agak malang.
Asyik kena pantau je.

Hari pertama dipantau oleh Nazir
Komen Jemaah Nazir semasa taklimat :
1. Saya ucapkan Tahniah pada cikgu Z kerana penulisan 
Rancangan Pembelajaran Harian 
paling lengkap dan bertepatan dengan KSSR.
2. Saya juga telah meninjau PSS cikgu Z..
Alhamdulillah, saya kagum...kemas, ceria, dan 
sedia menerima murid-murid walaupun pada hari pertama.
(Kembang kempis hidung ibu tetapi control ayu.....ha.ha.ha....tak menahan...)

Pemantauan ke 2 (Semalam) oleh PTP
Komen :
Tahniah cikgu Z, PSS awak cemerlang..
Saya akan datang lagi untuk percalonan PSS Cemerlang.
(Siap tercatat dalam ruangan komen :TAHNIAH! TERUSKAN KECEMERLANGAN)
Dalam hati berbunga cinta tetapi jiwa tidak seronok kerana akan bertambahlah kerja ibu..
Kawan-kawan mengutuk2 manja..."Z kau ada skandal ke dengan En R tu..???
Suka betul dia datang sini..Mesti ko GPM feveret dia......!!!!!!
Ha.ha.ha...skandal la sangat.....ada aku kisah!!!!!!!!.

Pemantauan ke 3 oleh PPD
Komen : Tahniah cikgu..teruskan usaha cikgu.....

Semua komen-komen tu sebagai cabaran dan motivasi peribadi
untuk ibu untuk terus menabur bakti.
Semoga ibu terus diberi kekuatan dan keikhlasan dalam menjalani profesion yang ibu pilih.
Dan semoga ibu tidak terus hanyut dengan pujian2 yang diterima kerana setiap pujian boleh menjadi racun jika kita tidak merealisasi sebaik mungkin....
Ya Allah, Peliharalah hambaMu yang lemah ini...amin.

Fuh!!!!!esok agak-agak ada lagi ke orang nak datang memantau??????

26 ulasan:

HASNAH berkata...Reply To This Comment

waa.. mesti calon guru cemerlang ni.. Insyaallah!! tahniah nza..

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....so PROUD of you my dear sis....

keep up your GOOD job.....
semuga terus mendapat rahmat & keberkatanNYA....

.....teringat zaman muda & zaman sihat kite..

.....kini zaman mamaijat dah nak ke penghujung....
Alhamdulillah...

sob sob sob...

NzA berkata...Reply To This Comment

to Hasnah
xdelh has, nza buat semua tu utk kepuasan diri.......Apa pn thanks krn sntiasa menyokong...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaijat
thanks kak.
Sedihlah mamaijat cakap mcm tu..saya sntiasa mendoakan kesejahteraan n kesihatan yg baik utk mamaijat...saya blm puas brbicara dan mendengar kata2 semangat dr mamaijat...saya ingin mamaijat terus brtandan di alam maya saya.....hu.hu.hu...sedih tau.....

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Tahniah kak! Selamat maju jaya!!

NIA berkata...Reply To This Comment

whoahhh tahniah sis~!

NzA berkata...Reply To This Comment

to zefa
thanks zefa krn sntiasa beri kata2 semangat....

NzA berkata...Reply To This Comment

to sizuka
thanks dik....

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Tahniah kak..
Moga terus cemerlang..^^

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
thanks lily.....

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

wahhh... izan cukup kagum dgn kak nza ni. boleh lakukan tugasan dgn cemerlang meskipun di saat2 drastik macam tu...

tahniah kak....!

NzA berkata...Reply To This Comment

ti izan
thanks izan,....xdelh camtu cuma Allah byk beri akak petunjuk dan gerak hati...Alhamdulillah....

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Tahniah NzA...
semoga terus cemerlang....

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
thanks MP..dh xsanggup nk mengadap depa tu..hu.hu.hu....

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

hehehe...at least dalam tension..sempat jugak terhibur dengan keletah budak2 tu kak...hehe.

apa2 pun tahniah ya kak...all the best...

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Tahniah kak! Bangga dengan akak, fewit!

Lawak la usikan manja kawan2 akak tu, hehe

ummiross berkata...Reply To This Comment

tahniah NzA, seronok pulak dengar celoteh budak2 tu, ikhlas je bunyinya..

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

saspen je hanie bace ni kak..haha !

tahniah kak..u always did the best ;)

azieazah berkata...Reply To This Comment

Kenapa asyik orang yang sama jer yang dipantau? Alasan apa tu...

azieazah berkata...Reply To This Comment

Sekarang ni, para guru pun kena tengok citer yg murid tengok, baru updating... ye tak? :)

mummysyafie berkata...Reply To This Comment

insyAllah..akak akan jadi guru terbaik utk pelajar akak. satu hari nanti mereka akan berterima kasih pada cikgu yang mendidik mereka hingga berjaya..

saya mmg tak bleh nak jadi cikgu..kesabaran tidak sekuat itu. :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to siti murni
mmg nk gelak pn ada dgn gelagat budak2 kecik yg comel tu...hi.hi.hi..

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
thanks dinas..tensi...tensi..

ha.ha.ha..depa tu jeles kot dgn akak..wakaka....

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
thanks ummi..budak2 kecik ummi mmg ikhlas n jujur..trkdg menguji kesabaran n terkdg menghiburkan....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

wow hebatlah cikgu..tumpang hepy mendengar pujian.hikhik..

klu sy pun blur taktau mail mana...:)

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
thanks PK....semua tu buat akak jadi fobia...hu.hu.hu..

ha..ha.ha....2lh, manalh tau mail yg mana 1.......

About me