Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Januari 2015

Along dan Wayar Berselirat

Ini bukan kisah kat ICU tapi kisah Along.
N3 yang dah agak lama ibu tulis tapi
tak sempat nak publish akibat
terlepas pandang.

Along pelajar Tahun 2 di IPTA yang dimonopoli oleh kaum adam.
Belajar dalam bidang yang banyak diceburi lelaki.
Kisah kena buli dan membuli....kih.kih.kih....

Inilah kehidupan harian Along di sana.
Setiap hari hidup Along dikelilingi dengan wayar....pc...komputer..gajet2....coding
memerah otak untuk program networking dan sewaktu dengannya...bla...bla..bla..
Syarat ke kuliah kena berpakaian t-shirt/blouse + seluar untuk memudahkan pergerakan.
Sangat berbeza dengan Angah yang perlu sentiasa berpakaian koprat dan Beby yang
sentiasa ayu berbaju kurung bila ke kuliah......

Lab kot Along...Ibu selalu usik macam minah kilang....muhahaha....

Bila balik bercuti Along sangat teruja bila terpandang wayar2 dan gajet2....
Habis dikerjakan semua benda alah tu....
Bila hp atau laptop ayah atau ibu ada masalah sekarang alonglah
jadi bahan rujukan kami......he3x......
Sedikit masa lagi kami dah tak perlu susah payah angkut lappy ke kedai
jika ada masalah.....Mudah-mudahan.....
Berangan je ibu....entah kemana la Along tercampak bila
bekerja nanti.....

Yang lebih sadis, sejak tahun lepas Along dah mula pandai jadi haker...
Hish...bahaya tu.
Patulah ibu lihat sejak kebelakangan ni FB along dan rakan-rakan
lain macam je....rupanya masing-masing memahirkan diri untuk pembelajaran mereka.

Ibu dah pesan..jangan salah guna kemahiran yang kita ada untuk lakukan
sesuatu yang salah...
Lakukan sesuatu untuk kebaikan orang-orang sekeliling.....

Tak sabar tunggu Along habis exam
Sem 3 next week.......

6 Januari 2015

Melaka di Awal 2015

Hari Ahad ibu luangkan sedikit sisa-sisa cuti bersama 4F.
Dah rindu sangat dengan Along.
Rasa dah lebih 2 bulan kami tak jumpa disebabkan kesibukan Along 
dengan presetation dan exam sem 3.

Maka bergeraklah kami ke Melaka untuk menjengah Along.
Jemput Along di kolej dan bergerak ke JJ.

 Feveret 4Farah dan tempat yang paling Farouk tak suka...ha3x...
Tak sah kalau pergi shopping tak merembat......adehhh...

 Farouk jadi model blender....
Kebetulan weekend tidak disediakan   plastik maka dengan redhanya Farouk tolong bawa
hasil pancingan ibu.....

Macam biasa bila kaki-kaki dah naik lengoh dan peluh dah menitik-nitik
walaupun dalam aircond.....acara seterusnya JJCM.
Malas dah nak menapak so kami singgah di Station Kopitiam Jusco Aeon.
Ni rasanya kali ke3 kami makan kat situ.
Oklah  makanannya, banyak pilihan dan harga pun berpatutan......

 Muka-muka kelaparan.....

3Farah....sedihnya Angah tak dapat bersama sebab Angah pun sedang sibuk dengan 
final exam sem 1.

Farouk order nasi goreng bungkus...at last katanya tak suka pulak..
Pada ibu nasi goreng tu boleh tahan sedap.....
Alahai.....budak sorang ni memang cerewet....

Antara menu yang kami pilih......
 Nasi daging tomyamm....

 Nasi goreng bungkus...dah selamat dikais2 si farouk.....
Katanya bukan bungkus tapi selimut.....apa-apa jelah Farouk.

 Nasi daging masak black pepper...

 Ibu pun tak pasti apa nama menu ni...
Boleh tahan sedap...isi sotong pun banyak dan mee nya rangup....

Selesai makan hari pun dah beransur gelap.
Pulangkan semula Along ke kolej kediamannya....
Walaupun seketika cukuplah untuk ibu merawat rindu ini......
Menghitung hari anak-anak cuti sem.......


5 Januari 2015

Mini Reunion SIS (Kisah Kebelakang)

Kisah basi yang terperam dalam draf.
Masa dan keadaan membuatkan banyak cerita jadi berlapuk dan berkulat.

Kisah balik kampung penghujung tahun 2014.
Ha, kan dah hampir setahun tu.
Tapi sebenarnya kisah ni pada pertengahan bulan 12 sebelum banjir besar melanda Kelantan.

Semasa balik bercuti ibu sempat
ber-mini reunion dengan kawan2 lama.
Projek spontan berjaya menyatukan kami.
Bayangkan dah 2 dekad kami
terpisah dalam mengejar impian dan setelah bekerja masing-masing
sibuk dengan keluarga.

Hari pertama kami berkumpul dirumah
N di KB.
Ya Allah, riuh rendah masing2 bila bersua.
Ada diantaranya ibu dah ingat2 lupa.
Memori dah kong dalam kepala.

Menu memang gempak habis.
Kami buat ala-ala pot luck....
makan-makan...gosip2...gelak2.....recall balik nostalgia
masa zaman remaja.
Tak sedar masa berlalu begitu pantas.....

Hari ke 2 kami berkumpul pula
di rumah H di Kg Pendek.
(Kawasan yang agak teruk dilanda banjir..)

Hari ke 3 dan terakhir kami berkumpul di
rumah Z di PM.

Seronok sangat rasa bila kami dapat luangkan masa bersama.
Berkongsi kisah sedih dan gembira.
Bahagia melihat anak-anak makin membesar
dan sedang menyambung deligasi kami dulu.

Entah bila lagi akan diberi kesempatan sebegini.......Terlalu indah untuk dikenang.

4 Januari 2015

Melangkah ke Tahun 2015

Salam Maulidur-rasul buat semua.
Sudah masuk hari ke 4 kita melangkah ke tahun 2015.
Banyak kenangan indah dan pahit yang telah ibu tinggalkan.
Tiada azam baru dan tidak pernah membuat azam cuma ibu ada harapan :

Family :
2014-
Syukur Alhamdulillah kerana 5F mampu membahagiakan ibu dan ayah.
Along, Angah dan Beby meneruskan perjuangan di menara gading.
Sekarang Along dan Angah sedang berjuang untuk periksaan akhir sem 3 dan sem 1.
Beby pula menghadiahkan kecemerlangan dalam result akhir sem 1 dan
Beby mendapat pointer tertinggi di kuliahnya....Tahniah Beby!!!Ibu sangat2 bangga.
Naurah masih maintain dengan result cemerlang di Tingkatan 2
Farouk juga mula menunjukkan prestasi yang membanggakan ibu...
Syukur Alhamdulillah......
Terima kasih Ya Allah kerana terlalu banyak hadiah Kau berikan
buat anak-anak ibu....

Tahun paling sedih bila ibu kehilangan Kak Long dan Abang Long tersayang.
Mereka pergi tanpa pesan setelah terlibat dalam kemalangan.
Ibu juga kehilangan seorang pakcik yang paling rapat dalam hidup ibu.
Terlalu sedih untuk di kenang....
Al-Fatihah....

Tahun 2014 juga 3 kali kereta ibu terlibat dalam kemalangan.
Ayah juga pernah terlibat dalam kemalangan tahun lalu.
Alhamdulillah sedikit ujian buat kami.
Syukurlah tiada antara kami alami apa-apa kecederaan.
Kereta je yang sakit dan perlu masuk bengkel...

Rumah:
Banjir besar melanda  negeri Kelantan.
Rumah pertama ibu tidak terkecuali dilandabanjir.
Hati risau mengenangkan keadaan rumah ibu nun jauh di Kelantan.
Cousin ibu a.k.a jiran telah
w.apps keadaan banjir di kawasan rumah kami.

Beginilah keadaannya...Rumah ibu di Kelantan, nampak sipi2 je kerana diampit oleh
rumah cousin dan rumah banglo seorang cikgu jugak.....

Inilah keadaan air banjir di kawasan rumah kami
Ni rumah cousin ibu dan rumah kami  guna pattern yang lebih kurang sama je...he3x....
Syukur Alhamdulillah air banjir tak sempat jejak masuk ke dalam
rumah walaupun nyaris-nyaris masuk..
Menurut cousin ibu dalam 2 inci lagi air nak masuk....

Emmmm...rumah ke 3 kami in progress.
InsyaAllah moga dipermudahakan urusan.
Janji dengan kontraktor siap sebelum raya kot.

Gambar ni   ibu snap sebulan yang lepas.

Banyak kenangan pahit dalam pembinaan rumah ke 3 kami ni.
Projek ni terbengkalai lebih 2tahun kerana ditipu kontraktor.
Bukan orang lain pun kontraktor tu tapi saudara rapat ayah sendiri.
Akhirnya ayah mengupah kontraktor lain untuk meneruskan projek itu.
Biarlah Allah yang membalas perbuatan jahat dia tu......
Ibu doakan agar 2015 ni  rumah kami siap tanpa halangan lagi.....InsyaAllah...Amin.

Tentang diri ibu....
Tak banyak sangat kisah yang menarik.
Cuma ibu amat-amat bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik.
Itu anugerah yang paling berharga.
Semoga di tahun 2015 ibu dikurniakan kesihatan yang baik untuk
terus berbakti kepada keluarga dan kerjaya ibu.
TIada apa lagi yang ibu kejarkan dalam kerjaya kerana bagi ibu
rezeki yang Allah bagi buat ibu sudah melimpah ruah....
Memiliki keluarga yang sempurna, memiliki rakan-rakan yang
baik-baik....persekitaran kerja yang enjoy....Alhamdulillah....

Percutian :
Tahun 2014 ibu cuma sempat habiskan cuti obesi di tempat yang dekat
saja iaitu USS Singapore  dan negara jiran terdekat..
Ibu berpunca cuti 3F dah tak sama dengan cuti ibu.
Banyak rancangan cuti obesi terbengkalai....
Kami banyak habiskan cuti di Msia yang tercinta saja.....
Tak se"ekstrem" 2013, yang mana kami sempat melancong kebeberapa buah
negara di obesi.

Dalam perancangan tahun ni ada beberapa tempat nak pergi tapi
entahlah sebab Naurah dan Farouk akan duduki peperiksaan PT3 dan UPSR
tahun ni...Pastinya cuti mereka akan penuh dengan tuisyen yang sekolah
mereka anjurkan......

Harapan ibu 2015 menjanjikan yang lebih baik buat kami sekeluarga....
InsyaAllah.

2 Januari 2015

Panorama Selepas Bencana Banjir 2014

Hari mana yang tak sedih...
Hati mana yang tak menangis...
Hati mana yang sanggup melihat saja....
Hati mana yang tidak sayu.....

Ya Allah....terlalu hebat ujianMu pada mereka.
Hanya mampu melihat dari kejauhan...
Hanya mampu membantu dari kejauhan...
Hanya mampu berdoa dari kejauhan....
Agar dipermudahkan segala-galanya....

Berat mata memandang...lagi berat bahu yang memikul.....
Fasa ke 2 selepas banjir.......
Ada hikmah disebalik kejadian ini....
Semoga mereka semua tabah.....

Biarlah gambar berbicara....
 SMK Manik Urai













p/s:
Teruskan berdoa dan membantu setakat termampu..
Biarpun mereka bukan sesiapa pada kita tapi mereka adalah insan terpilih untuk
lalui semua ini......
Mereka adalah saudara seagama kita....

Ya Allah....
Lindungilah mereka dengan rahmat dan kasih sayangMu 

*Banyak lagu gambar-gambar kemusnahan banjir di SINI

31 Disember 2014

Selamat Berjuang Along dan Angah

Penghujung 2014 bermula kemuncak perjuangan Along, Angah
dan kebanyakan pelajar-pelajar
IPTA di seluruh negara....
31.12.2014 juga hari terakhir adik ibu diluarnegara menduduki peperiksaan
perubatan  dan insyaallah bakal bergelar doktor muda tahun 2015.

Ibu yang lebih  berdebar berbanding anak-anak.......Along dan Angah

Minggu terakhir Along tidak ada istilah "study week".
Kesibukan Along makin ketara dengan  presentation disaat-saat
menjelang peperiksaan.....
Gambar yang Along w.apps.
Bersama lecture kejuruteraan dan rakan-rakan group Along.
Menurut Along gambar ni diambil setelah selesai sesi presentation...
Alhamdulillah ianya berjalan dengan jayanya.

Angah sempat habiskan "study week" dirumah selama 1 minggu.
Alhamdulillah....ibu rasa begitu kagum melihat kegigihan Angah
mengulang kaji.

Dalam kepayahan negara sedang dilanda bencana alam.
Ramai pelajar yang terperangkap semasa balik bercuti "studyweek".
Salah seorangnya anak saudara ibu K merangkap sepupu 5F yang belajar
satu universiti dengan Angah.
K juga mengambil course yang sama dengan Angah tapi
sekarang berada ditahun akhir pengajian degreenya.....
Bersabarlah....bertabahlah dengan ujian hebat ini...
Semoga Allah permudahkan urusan kalian.

Ya Allah,
Permudahkan Farah Nabilah, Farah Nadiah dan rakan-rakan mereka
menjawab soalan peperiksaan yang sedang dan akan mereka duduki.
Kuatkanlah ingatan mereka,
Cerdaskanlah minda mereka...
Tajamkanlah pemikiran mereka.
Permudahakan segala urusan mereka...
Berikanlah mereka ketenangan, ketabahan, kelapangan dan kesihatan yang baik....
Lindungilah mereka semua dengan limpahan rahmat dan kasih sayangMu...
Semoga mereka mampu cemerlang dunia dan akhirat....
Amin...amin...YaRabb....

Goodluck Along, Angah dan rakan-rakan seperjuangan.....
Ibu sering mendoakan kecemerlangan kalian......Amiin.

Selingan dari Insta ibu:


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU. 
Ibu tak pernah ada azam khusus untuk tahun baru tapi azam ibu
dibuat setiap hari......
Setiap hari ibu berazam menjadi yang lebih baik dari hari-hari semalam....

p/s:
Teruskan berdoa untuk mangsa banjir....

30 Disember 2014

Andainya Ibu Mampu

Jika saat ini ibu diterangi cahaya lampu..ditemani TV, laptop, tab dan handphone disisi...
Namun nun jauh di kampung sana mama,abah,adik2 dan anak-anak saudara
diterangi dengan cahaya malap "pelita alternatif dari tisu dan minyak masak".
Lebih 5 hari inilah sumber cahaya yang menerangi mereka dimalam hari....
Sumber cahaya inilah saja yang mampu memujuk si kecil Aqis dan Iman dari bergelap
dimalam hari........

Pelita minyak masak yang adik ibu hasilkan...
sebagai alternatif setelah talian letrik putus  lebih kurang seminggu dan lilin
kehabisan stok.
Menurut adik dia menggunakan  tisu sebagai sumbu.
1/3 bahagian tisu diletakkan pemberat disekelilingnnya (mungkin dawai/duit syilling-ibu tak pasti)
dan 2/3 terendam dalam minyak masak.

Jika di sini ibu membuka air paip sehabis deras......
Membersih badan sehingga wangi semerbak....
Buih sabun membuak2.....
Namun nun jauh di kampung sana mama, abah, adik2 dan anak2 saudara menjirus
badan dengan air dari perigi semata-mata....
Mandi sebagai syarat untuk menyegarkan badan.

Jika di sini ibu makan dengan pelbagai menu yang enak.....
Sehingga tidak mampu menghabiskan hidangan...
Namun nun jauh di kampung sana apakah lauk santapan mereka saat ini.......
Laparkah mereka.....makankah mereka..
Bagaimana dengan mama yang sakit dan perlu makan makanan tertentu sahaja.....
Bagaimana si kecil Aqis dan Iman yang masih kecil....
Apakah menu mereka hari ini....

Hati siapa yang tak sayu....
Hati mana yang tak sedih....
Ibu merantau beratus batu....tak daya berada disisi mereka
disaat-saat kepayahan dan kesukaran...
Terkadang terasa tidak bergunanya diri ini..
seorang anak...seorang kakak.....seorang ibu saudara.....seorang rakan....
Hanya mampu bertanya khabar berita di angin lalu....

Ibu sangat kagum dengan ketabahan mereka.
Langsung tidak menunjukkan kepayahan dan kesukaran.
Walaupun terkadang 3-4 hari kami terputus hubungan...
Sanggup ke pusat bandar untuk mencari sumber kuasa elektrik bagi memastikan hp berfungsi.
Untuk memaklumkan keadaan mereka di sana....
Katanya cuma sedikit teruji berbanding insan lain yang lebih hebat diuji.

Dari kejauhan ibu hanya mampu menadah tangan.
berdoa untuk kesejahteraan keluarga...kesejahteraan rakan2...kesejahteraan mangsa-mangsa
banjir tanpa mengira siapa mereka.
Mereka semua makhluk Allah.
Yang pasti mereka hamba Allah yang sedang diuji.....
Mereka memerlukan bantuan kita....
Sesungguhnya mereka semua adalah INSAN TERPILIH berbanding kita.....

TIADA KATA TERUCAP HANYA AIRMATA YANG MAMPU BERBICARA....

26 Disember 2014

Menangis Dari Kejauhan

Hati mana tak risau dan sedih bila menyaksikan bencana alam
yang melanda negara kita sekarang terutama di negeri kelahiran
ibu,... Kelantan dalam keadaan semakin kritikal..
Lebih sedih bila ibu hanya mampu memandang dari kejauhan...
menyaksikan satu persatu rumah keluarga dan rakan-rakan ditenggelami air.
Menyaksikan penderitaan mangsa banjir yang terpaksa menderita..

Dan saat ini ibu telah terputus hubungan dengan mama, abah
serta adik-adik....juga dengan rakan-rakan rapat yang sering
update tentang keadaan mereka di sana....
Terputus akibat talian internet sudah tidak berfungsi...sudah masuk 3 hari
bekalan elektrik terputus....mungkin handphone dah kehabisan bateri.

Hati bertambah risau dengan keadaan mama
yang tidak sihat....kaki mama tidak mampu
melangkah seperti orang lain dalam kata lain lumpuh....penglihatan
mama kabur kerana penyakit kronik...
Makcik @mummy yang juga tidak berdaya melangkah kerana tidak sihat.
Rumah mereka juga mula dinaiki air.
Seorang makcik bersama keluarganya terperangkap di KL yang baru tiba dari Mekah.
Rumahnya telah ditenggelami air separas dada.

Rumah sepupu ibu dan rumah yang ibu bina disana juga mula dinaiki air.
Semua penduduk di situ diarah berpindah.

Ya Allah...hati bertambah risau
bila mendapat berita hampir 1000 orang
penduduk kampung ibu terpaksa berpindah
kerana air naik mendadak.
Sebelum ini kampung ibu tidak pernah banjir.

Bagaimanakah keadaan mereka di sana.
Ibu hanya mampu berserah pada Allah...
Hanya mampu menadah tangan memohon doa agar keluarga ibu
terutama abah dan mama serta adik2..rakan-rakan...dan mangsa banjir
lain sentiasa di bawah lindungan dan kasih sayang Allah....amiin.

Gambar terakhir adik w.apps petang kelmarin...
"Kak, jangan risau...kami masih dalam keadaan selamat.....
Rumah abah/mama masih tidak ada tanda-tanda di landa banjir....
Tapi mereka terperangkap kerana jalan disekeliling telah dilimpahi air.

Sekitar Banjir di Pasir Mas 2014-Bandar tempat ibu dilahirkan
24.12.2014-Air sungai mula melimpah di bandar.....

Gambar pada 24.12.2014-Benteng di Dataran Air Muleh hampir pecah....

Seluruh bandar Pasir Mas telah dinaiki air....






26.12.2014-Air semakin deras melimpah melepasi benteng.....

 Sesungguhnya keadaan ini amat sukar bagi ibu namun ibu perlu kuat lalui semua ini...Hendak pulang tidak mungkin sama sekali.
Lapangan terbang jugak dinaiki air apatah lagi
jalan darat...
Ya Allah.....

Sama-samalah kita membantu setakat yang termampu....
Semoga ianya meringankan beban mangsa dan juga akan menjadi saham akhirat kita nanti...
InsyaAllah.


24 Disember 2014

AisKrim Baba

1st time n3 "tanpa bicara".

#rantaupanjangsebelumbanjir

p/s;
YaAllah..permudahkan saudara mara dan rakan-rakan
yang dilanda banjir.
Lindungilah mereka dengan kasih sayang dan rahmatMu......amiin.

21 Disember 2014

Banjir

Salam rindu semua.
2 minggu ibu habiskan sisa-sisa
cuti di Kelantan.
Minggu pertama cuaca agak baik.
Sempatlah habiskan masa bershopping
dan JJCM.

Minggu ke 2 hujan mula turun.
Musim tengkujuh telah tiba.
Sempatlah ibu bawa 2F melawat
kawasan yang dinaiki air
kerana rumah mama/abah
tidak pernah dilanda banjir.

Jalan-jalan tengok air.
Kami ke sisir sungai Kelantan.
Air memang mengalir deras.

Emmmm...kecil..besar..tua..muda tak lekang
dengan gajet.
Cuma si kecil Balqis aje yang exited tengok air.

Sebelum balik ibu singgah tesco yang
kononnya ditenggelami air.
Alhamdulillah keadaan kering tanpa
gangguan air.
Ibu sempat tinjau Bandar Kota Bharu.
Pun sama...tidak terdapat banjir
seperti yang diwar-warkan malah
segala aktiviti berjalan seperti biasa.

Otw jalan masuk ke kg ibu ditenggelami
sedikit air.
Bukan main exited 2F tengok banjir...

Ni gambar kawan ibu w.apps.
Rantau Panjang yang paling terjejas
teruk berbanding kawasan lain.
Ianya berpunca limpahan air
dari Sungai Golok yang terletak berhampiran
Bandar Rantau Panjang.

Ramai juga rakan-rakan ibu tinggal
di sana.
Moga mereka tabah lalui ujian ini..
Insyaallah.

p/s :
Masih belum berpeluang nak ziarah
rumah kawan2.
Laptop meragam tak dapat detect tenet.
Alahai.....sabar jelah.



About me