Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Disember 2014

From Penang With Love

Bersua kembali.
2-3 hari ibu menyepi membawa diri.
N3 sebelum ni adalah auto publish je.......
Macam la sebelum ni tak menyepi...hahaha.

Hari ni ibu nak kongsi kisah percutian kami.
From Penang With Love la sangatkan.
Cuti hujung tahun ni kami tak terbang jauh ke obesi macam tahun lepas
klik SINI dan SINI.
Sekadar bercuti dalam negara Malaysia yang terchenta.
Cuti ni pun ayah bisik-bisik pada malam anniversary
kami yang lepas.

Kami pergi bercuti ke Penang ni selama 3hari 2malam.
Bermula 27-30.12.2014.
Last sekali ibu ke Penang tahun 2012.
Tak banyak yang berubah....lagipun tak sampai 2 tahun.

Bertolak hari Khamis malam Jumaat.
Jemput bujang terhangat ibu di Kem Smart Quran.
Minta izin dengan ustaz untuk pinjam Farouk selama 4 hari....

Perjalanan di lebuhraya Utara-Selatan mengambil masa selama hampir 7 jam.
Kami bertolak pukul 10 malam dan tiba 4.30 pagi.
Mem besar sedap je berdengkur disebelah driver.
Driver terpaksa bersengkang mata memandu sorang2....
Ada jugak Ayah minta ibu drive.....mula la ibu bagi alasan
sakit kepala...sebenarnya sayang nak sambung tidur....ha3x...

Tiba di Penang seawal 4.30 pagi.
Ayah sempat melelapkan mata seketika sambil menanti azan Subuh.
Destinasi pertama kami singgah.
Masjid Kapitan Keling.

Selesai solat subuh kami ke jeti feri.
Bujang terhangat ibu  masih berjubah...
Maklumlah malam tu lepas jemput Farouk dari Kem Smart Quran 
kami terus bertolak ke Penang......
Naik kereta terus Farouk tidur sampai ke pagi.
Memang tak sempat tukar baju.

BFF...Ayah dan Farouk.......

Bersarapan nun di seberang sana....
Saja jelah Ayah bawa 2F naik feri.
Tak sahkan kalau pergi Penang tak naik feri.
Murah sangatttt makanan kat situ....
Kami makan nasi lemak dan roti canai.


Pemandangan indah Penang dari atas feri.
Dalam laut tu banyak obor-obor.

Iman muda posing atas feri....

Sebelum check in hotel sempatlah ayah bawa kami pergi shopping-shopping
sepanjang Chowrosta.
Itu pun Naurah dah mula mengadu penat la....sakit kaki la..panas la..
Si ayah memang kaki window shopping...ronda-ronda tak hinggat.......
Akhirnya ibu dan Naurah mengalah dipertengahan jalan.
Ayah mulalah dengki ibu...sms yang dia sekarang sedang bershopping kat
Mydin la...shopping sana la..sini la.....emmmmmm
Malas ibu nak layan......

Gambar ni ibu pinjam dari en google.....
Kami menginap di Hotel Continental Penang.
Kalau dulu kami menginap di Cititel Hotel...
Dekat je antara ke dua2 hotel.


Kami dapat bilik aras 14.
Bilik boleh tahan luas untuk kami berempat....
(*3Farah tak dapat ikut kerana Along dan Angah sibuk dengan presentation dan exam
Beby pulak tak dapat cuti..huhuhu.)
Macam biasa bila sampai hotel perkara pertama yang
dicari kanak-kanak rebina berdua ni adalah swimming pool...
Kat lif dah check senarai semak kedudukan swimming pool tu.
Kebetulan bilik kami mengadap swimming pool di aras 6.
Campak je barang-barang terus ajak pergi swimming pool......
Adehhhh......

2F dah tak sabar-sabar nak berendam......
Ibu taksabar-sabar nak rebahkan badan kat tilam empuk.
Redha jelah dengan permintaan 2F nie.


Inilah tempat yang paling mereka teruja.
Awal-awal dah cakap mereka  tak nak kemana-mana sebab
semua tempat dah pernah pergi....
2F : Kalau cuti kita rehat-rehat jelah...jalan-jalan kan penat....
Alahai......

Dah tak perduli panas terik yang membakar......

Daripada berdua berendam sampai penuh 1 kolam......masih tak puas-puas...
Mem besar dah bosan tahap ultramen......
Entah berapa banyak gambar ibu upload ke insta..buat status kat fb..
berwassap dengan group family dan rakan2 masa tunggu 2F ni berendam...
Nampak tak bertapa bosannya jadi penunggu tu....

Akhirnya hujan turun dengan lebatnya....Hurrayyyy........
Bertapa gembiranya ibu......maka dapatlah ibu bersenang lenang kat bilik....

Hari ke 2 dan ke 3 pun sama....
Sedap je tuan kecik ni berehat setelah kepenatan yang melampau......
Tau pun penat....Muka pun dah rentung....
Ibu cakap kat ayah nanti rumah baru ayah siap, silalah bina kolam besar2.
Tak payah lagi bawak budak 2 orang ni pergi bercuti.....
Biar berendam kat rumah je......

Bayangkan mereka berendam sehingga matahari terbenam....
Ibu suka view ni.
Ibu snap dari aras 6 tepi kolam renang.......

Ni pic masa pergi b.fast...Makanan kat sini so-so je.
Sekepala RM14 je untuk b.fast..
Lepas je isi perut terus ajak pergi swimming pool lagi dan lagi......
Emmmmm...stress betul la....

 Muka perenang utama negara....ha3x....

Malamnya ibu keluar dating berdua dengan Ayah.
2F dah kepenatan mengalahkan perenang negara.
Ajak keluar dah taknak.
Awal-awal dah zzzzzz......
So kami berdua jelah keluar shopping-shopping....makan-makan...
ronda-ronda....emmmmmm..sunyi pulak tanpa anak-anak.
Mulalah ibu sedih tiba-tiba...terbayang suatu hari nanti ibu dan ayah
berdua macam nie.......oooooo.....sayunya hati...
Dalam sayu hati habis jugak semangkuk sup kambing ibu hirup...ha3x...
Ibu dan Ayah pekena sup kambing ala mamak.

 Misi utama ibu cari nasi kandaq....
Memang feveret ibu.
Amat sesuai dengan selera dan tekak ibu nie....
Kat luar hotel bersepah restaurant   nasikandar.
Harga pun ok.....

Akhirnya percutian 4hari 3malam dipendekkan jadi 3hari 2 malam saja.
Agaknya ayah dah mati kutu tengok 2F habiskan masa di swimming pool...
Ibu pun dah mati kutu dok jadi peneman 2F berendam pagi petang....

Akhirnya ayah tukar program lain.......(*tungguuuuuuu...).
Selamat tinggal Pulau Pinang....
InsyaAllah kami datang lagi......

1 Disember 2014

Kini Pengusaha Butik

Yelah sangat tu.....tajuk saja buat gempak.
Hari ni nak cerita kisah puteri ke3 ibu.
Sekarang Beby sedang bercuti Sem selama 2 bulan.

Hari ke3 cuti Beby bisik-bisik pada ibu yang dia nak kerja part time.
Katanya tuan butik tempat dia kerja part time lepas SPM dulu asyik call tanya bila Beby cuti....
Emmmmm...ibu sebenarnya belum puas beramah-mesra + gosip-gosip dengan Beby.
Ibu iakan aja permintaan Beby dan ayah sentiasa menerima keputusan ibu tanpa banyak soal.....

Beby seorang anak yang berdikari......minat berniaga....
Melencong dari course yang dia belajar sekarang.
Cita-cita nak jadi lecture BI tapi Beby juga minat berniaga....
Takpelah......semua tu memberi pengalaman buat Beby.
Disamping dapat menjana pendapat dapatlah dia isi masa cuti panjang ni.

Yang paling kelakar bila ibu tanya:
Ibu : Beby nak beli apa dengan duit gaji tu...
Beby : Beby nak kumpul buat beli kereta....
Haaaaa.....terkejut beruk ibu.....alahai anak...menggunung cita-cita Beby...
Moga impian tercapai nanti......ha3x......

28 November 2014

Merasmikan Pizza-Hut BG

Tahniah kepada anak-anak yang berjaya mendapat 5A  dalam UPSR.
Tahniah juga buat anak saudara ibu dan Adam (anak Aziela)....
Ibu turut bangga dan gembira dengan kecemerlangan kalian.
Terkenang pengalaman manis 4Farah dihari pengumuman UPSR......

Bagi yang tak capai target jangan bersedih kerana tidak semestinya
kita tak cemerlang dalam UPSR kita akan kecundang dan gelap masa depan.
Dari pengalaman ibu yang bergelar guru,
ramai diantara anak-anak murid yang result UPSR suam-suam kuku
kini berjaya bergelar doktor, peguam, engineering, guru dan 
bidang profesional lain......
Ok jangan sedih2 ye...yang penting usaha dan tawakal....
Dan bagi yang cemerlang teruskan langkah anda hingga
berjaya ke menara gading.....InsyaAllah...

Eh....panjang pulak cikgu ni berceloteh.....adeh...
Ok berbalik kita pada tajuk asal.
Kalau buat karangan BM memang confirm E dalam tangan....he3x...
Tajuk tak boleh blah....hahaha....sila jangan percaya.
Sebenarnya area rumah ibu ni ada sebuah restaurant fast food baru dibuka.
Adalah dalam 0.3km je gitu...
Rasanya dah dekat 2 minggu kot dibuka.
Balik sekolah mesti mata Farouk tertumpu ke situ sambil-sambil buat 
nyanyi "pizzahuuuuttttt".
Ibu buat-buat tak layan.
24 jam rasa tak cukup-cukuppppp....

Awal cuti sekolah Farouk pulak dihantar ke Kem Smart Quran.
Tiba-tiba jiwa ibu tak tentu arah....
Rindu anak-anak punya pasal..mulalah ibu syahdu sorang-sorang.
Kat rumah tinggal berdua je dengan Naurah....

Tetiba rasa nak pergi jadi "perasmi pizza-hut BG"......
Maka tanpa berfikir panjang cepat je Naurah setuju......

 Tinggal 1F......huhuhu....

Selera dynasor si ibu yang tak sedar diri.
Bila Big Box sampai baru perasan  hanya ibu berdua je dengan Naurah....

Terkejuzzzz ibu....Alamak sapa nak makan semua ni kakak......adeh.
Dalam kepala ibu masih ingat 5F ada disisi......
Angau betul ibu.....

 Posing dulu sebelum makannnnnn.....

Yang paling sadis bawak pulak Naurah yang jenis tak kuat makan dan
si ibu yang sedih tiba-tiba........
Tak luak pun kami makan.
Emmmmmm.....tamak haloba + tak sedar diri akhirnya
Big Box tu kami tapau je bawak balik......

Itu jelah kisah perasmian kami di pizzahut BG.....

p/s:
Untuk 4hari 3malam kami pergi bercuti.
Cuti yang ayah bisik2 sempena anniversary kami.......
InsyaAllah kita jumpa lagi...

About me