Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 November 2014

Hanya Kerana Nama

Minggu lepas malam-malam ibu terima call dari Angah.
Sayu je suara dia.
Lepas tu dengar pulak teresak-esak dihujung talian
Hati ibu mula risau.
Bila anak-anak berjauhan hati ibu sentiasa dilanda kerisauan.

Laaaaaa...ini puncanya...Nama kad pelajar masa degree tercatat nama "Nadiah"....
sedangkan kad pelajar masa asasi dulu "Farah".
Angah paling tak suka bila orang panggil dia Nadiah or Nadia atau sewaktu dengannya.
Alahai anak.......Punyalah susah ayah nak cari nama tu. Farah Nadiah, kan sedap bunyinya.......
Katanya dia terpaksa "menderia" sepanjang pengajian di sana dengan menggunakan
nama itu pada kad....alahai...
Makin sukalah best friend Angah dok usik-usik dia.
Makin lajulah juraian airmata Angah......kih.kih.kih.....
Angah memang terkenal dengan gelaran 'bintang airmata'....
Apa saja yang mencuit hati kecilnya akan mengundang airmata....
Anak 'pramatang' ibu yang amat sensitif tapi berdikari.

Selingan :
Ni gambar yang Angah wassap.....
Bersedia untuk present  mooting  dan debate subjek Law......
Inilah pakaian rasminya...hitam putih.
Agak-agaknya bila peguam berpakaian "hitam putih" ada sesuatu mesej disebalik warna tu kot...
Bagi ibu itulah namanya"Hitam Putih Kehidupan"......he3x....

Bila tengok gambar ni teringat masa ibu sebaya Angah...kurus dan tinggi lampai.
Rasanya ibu lagi kurus dari Angah kot.
Kalau kat sekolah cikgu-cikgu dan kawan-kawan selalu usik ibu..
"Z, awak sesuai jadi model atau pramugari la...."
Entah cikgu perli ke apa masa tu...maklumlah ibu boleh tahan kuat berangan
dalam kelas.....hahaha.....

Masa tu sibuk nak gemukkan badan....
Sekarang dah kembang semacam walaupun berangan nak kurus semula........

Good luck Angah.
Ibu percaya Angah mampu lakukan yang terbaik kerana pengalaman 1 tahun bergelar
pelajar asasi law dulu banyak membantu.....
Semoga anak ibu terus cemerlang dan cemerlang.
Ibu sangat bangga dengan anak-anak ibu.

p/s:
Seawal pagi ibu memecut ke sekolah...
Dalam hati penuh debaran.
Walaupun  tak ada anak ibu mengambil UPSR tapi
debaran tetap sama walaupun anak-anak murid.
Kejayaan mereka kebahagian kami yang bergelar guru.
Good luck semua......
Emmmm neves.....

25 November 2014

Farouk Mencari Ilmu Akhirat

Hari ini masuk 3 hari Farouk tiada disisi ibu.
Bermula 22.11.2014 hingga 6.12.2014 Farouk mendalami ilmu akhirat
di Kem Smart Quran (KSQ).
Tahun ke 2 Farouk dihantar selama 2 minggu di Madrasah Raudatul Muttaqin.
(Tahun 1 klik SINI)



Hati ibu mana tak sedih....bohonglah kalau ibu kata tak rindu pada jejaka terhangat ibu.
Kami jarang berpisah.....Farouk sentiasa setia disisi ibu.
Hari pertama baru 1 jam dia di sana ibu dah tak tentu arah.
Hari ke 3 jiwa ibu gundah gulana.
Ibu menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti...
Kelmarin ibu melawat ke tempat Along dan Angah...semalam ibu berdating dengan ayah,
hari ni je ibu dah kepenatan walaupun pagi2 ayah dah sibuk ajak berdating lagi.
Terbayang-bayang  Farouk memeluk ibu..mencium pipi ibu....
membelai kaki ibu (katanya nak cari syurga ditapak kaki ibu....he3x.....).

Ibu kuatkan hati...ibu perlu berkorban seketika.
Biarlah Farouk mendekatkan diri pada Allah.
Ibu dan Ayah ingin melihat Farouk menjadi anak yang soleh....
anak yang cemerlang dunia dan akhirat.
Satu-satunya waris lelaki dalam keluarga kami.
Dan semoga Farouk bakal mengantikan atok-atok ibu
yang bergelar ulamak  dan abah ibu yang bergelar tok guru......InsyaAllah....

Good luck Farouk.
Timbalah sebanyak mungkin ilmu akhirat di sana.
Kejarlah taman syurga disana .......

Ilmu yang tak mampu ibu dan ayah berikan sebaik ustaz dan ustazah
yang lebih pakar di sana.
Basahilah bibir Farouk dengan khalimah2 Allah.......InsyaAllah.
Hanya ilmu agama mampu menerangi alam kita di sana nanti......

Sesungguhnya saat ini ibu terlalu rindukan Farouk......

24 November 2014

Kerana RIndu

Hujung minggu dihabiskan dengan mengukur lebuh raya Utara-Selatan...
keluar masuk tol demi mengubat kerinduan pada anak-anak.
Bermula perjalanan dari BG ke Melaka.
Keluar tol di Ayer Keruh...
Jemput Along di kolej kediaman UTeM....
Keluar semula ke lebuh raya.....
Meneruskan perjalanan ke UiTM Seremban.

Menghala ke destinasi....
Mungkin 2-3tahun ni , ibu akan mengukur jalan ke sini
dan juga Kuantan.....

Tiba di sini sudah petang..

Mujurlah Along dan Angah belajar di IPTA yang jalannya sehala.
Cuma Beby seorang menghala ke Pantai Timur....

Walaupun penat namum segalanya akan hilang bila melihat wajah 
anak-anak di depan mata........

 Wajah riang-ria 3Farah bila dapat bersama.
Dalam kereta pun cukuplah mereka melepaskan rindu.

Siblling merangkap BFF 

Kami tumpang solat di kolej kediaman Angah.
Cepat sungguh masa beredar.
Ibu terpaksa meninggalkan Angah...
Nasib baik kali ini Angah tidak ber"drama" airmata.....

Meneruskan semula perjalanan memasuki lebuhraya.
Hari semakin gelap...jalan sesak dan tiba-tiba hujan turun
dengan lebatnya berserta angin kencang...
Memang menghalang pandangan.
Semua kereta menyalakan lampu kecemasan dan bergerak dalam 40km/j....
Apapun kami meredah juga hujan.....

Terus melencong keluar semua ke plazza tol AyerKeroh
untuk pulangkan Along semula.

Meneruskan perjalanan ke Selatan dengan hujan yang lebat.
Jalan yang sesak teruk..bertambah sesak dengan adanya kemalangan
di jalan sebelah menghala ke Melaka...
Sebuah bas terbalik melintang jalan.
Kalau tak silap ibu lebih kurang 40km jalan jem.

Tiba di rumah dah lewat malam........
Rumah kembali sepi tanpa mereka.......




About me