Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

27 Jun 2014

Patah Tumbuh Hilang Belum Berganti

"Patah Tumbuh Hilang Belum Berganti"
Itulah situasi kami saat ini.
Kami kehilangan 3 orang rakan guru serentak tapi belum
berganti.
Salah seorang lagi rakan guru cuti bersalin selama 3 bulan pun
tiada penganti.
Walaupun kekurangan guru namun PdP tetap berjalan lancar.
Hanya kami saja yang tahu bagaimana menyelesaikan semua itu.
Walaupun setiap kami terpaksa berkorban waktu rehat namun
ianya tidak ada halangan demi anak-anak didik.
Ibu tepek sekeping je gambar di sini.
Gambar kenangan terakhir bersama Ustazah Noorul (7 dari kiri) dan Ustazah Ros (8 dari kiri).
Seorang lagi Ustazah Kira tidak dapat hadir kerana jauh di Perak.
Kami doakan agar mereka terus suksess ditempat baru bersama azam yang baru
dan suasana yang serba baru.

p/s:
ibu bercuti selama 4 hari.
Hari Khamis kerana kemenangan JDT.
Ahad kerana awal Ramadhan....

25 Jun 2014

Selamat Hari Tua #Throwback

Kesibukan dengan urusan duniawi sampai ibu terlupa tentang hari kelahiran sendiri.
Nampak tak bertapa semakin usia meningkat senja aktiviti neutron kat otak makin pasif.
Semalam ibu langsung tak buka tab walaupun ada kedengaran bunyi w.apps bertalu-talu.
FB sudah lama di block di sekolah.

Balik sekolah terus ke klinik gigi.
Terlanjur bawa Naurah appoiment ibu pun join sekali cuci gigi.
Agaknya ibu cuci gigi di klinik masa belajar kat IPGM dulu la.....kesian gigi ibu.

Berbalik kepada tajuk,
Selesai urusan baru sempat buka FB, Insta, w.apps dan sms.
Terharu di atas ucapan dan doa2 terutama daripada mama dan abah, anaknda, adik beradik,
kaum keluarga, rakan2, bekas anak murid dan yang mengenali diri ibu.

Bertambah tua lagi setahun usia ibu....
Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan nikmat yang terlalu besar buat ibu.
Dikurniakan kesihatan yang masih baik,
memiliki keluarga yang bahagia,
dikelilingi mama, abah dan adik beradik yang sangat hebat,
anak-anak yang menyenangkan hati,
kecemerlangan anak-anak,
kehidupan yang selesa walaupun sekadar sederhana,
dikelilingi rakan-rakan yang sangat baik dan mengambil berat...
Nikmat yang tidak ternilai buat ibu seorang insan lemah yang serba kekurangan.

Ucapan puteri sulung......Along.

Ucapan puteri ke 2...Angah

Kejutan daripada insan2 tersayang..Terima kasih semua terutama
anak-anak ibu.
Ibu sayang kalian melebihi nyawa ibu.

Sebiji kek yang disponser oleh rakan baik
Ayah merangkap "daddy"angkat 5F.
Terima kasih sir Lee.

5F, sanggup berkongsi duit untuk belikan ibu sepasang sepatu yang sangat cantik.

Terima kasih semua di atas penghargaan ini.
Bahagia bila diri ini sentiasa disayangi dan dihargai.....

24 Jun 2014

Ibu dan Pemantau PSS Cemerlang

1 minggu ibu bertapa di PSS.
Menyiapkan apa yang patut.
Tak cukup pagi, petang ibu ke sana lagi.

 Jiwa ibu tidak tenteram dan gundah gulana sejak menerima surat "chenta" ni minggu lepas.

5 buah sekolah yang terpilih dan senasib dengan ibu daripada 200+ sekolah.
emmmmm....entahlah, tak tahu tang mana terpilih...

Seawal 8 pagi rombongan "meminang" datang menyerang.
4 orang jejaka ensom berjalan penuh bergaya dengan mengepit fail datang menyerbu PSS ibu.
Alhamdulillah ibu tetap cool..
Menyambut mereka dengan senyuman yang paling "manis"...eh!manis la sangat....

 Sesi "interview" bermula.
Permulaan one by one....

 Maka bermula pertemuan one by 2 and 3 and 4.....
Serentak dan berasak-asak diaju dengan macam-macam soalan.....
masing-masing menyoal bertubi-tubi.
4 lawan 1....adehhhhhh
Berasap + berabuk + berpeluh +...bla..bla..bla....

Makcik ni masih boleh ketawa gelak-gelak...senggeh2 berserta auta dan fakta......belasah jelah minah.

Bermula pukul 8-11.45 pagi baru selesai.
Itu pun berserta lawatan ke beberapa bilik khas.
Naik turun tangga...keluar masuk bilik...
menapak dari satu tempat ke satu tempat berserta penerangan.
Sakit lutut 'makcik' yang dah tua ni mendaki dari tangga ke tangga.
Masuk keluar ke bilik-bilik khas untuk dapatkan bahan yang diminta.
\Rasa nak je guna 'remote control' untuk dapatkan semua tu........

Lihat bertapa seriusnya kami berbincang....
bertapa kusyuknya ibu mendengar penerangan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Berkat kerjasama rakan-rakan ibu semua.
Komen yang ibu terima sangat-sangat positif dan membina.
Satu je yang tak tahan, sebelum balik tuan pemantau cakap 1 je dia nak komen:
"Kenapa jam kat dinding tu jarumnya tak bergerak puan?...."
Tiba-tiba mata ibu tertumpu kat dinding.
Ibu : Jam tu zaman Jepun lagi Tn haji.....
He3x......
Fuhhhhhh......Lega bila ianya selesaiiiiii.

p/s:
Alhamdulillah, semalam kali ke 2 ibu pergi ziarah kawan baik ibu
yang exident.
Keadaan Cikgu N dan anaknya bertambah baik.
Terima kasih semua di atas doa2.

About me