Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 Disember 2012

Bawa Haluan Masing-masing.

Pagi-pagi Jumaat kami masing-masing dah sibuk.
 Pendaftaran pelajar baru ke tingkatan 1.
Angah tolong uruskan Naurah.
Setelah menolak ke SBP Sains Kluang, 
akhirnya Naurah ke Rancangan  Khas Agama di SMKBG.
Naurah mengikuti jejak langkah kakak2nya menolak ke sekolah berasrama.
Walaupun ramai rakan2 guru dan family  terkilan dengan penolakan itu
tapi itulah yang terbaik untuk anak-anak ibu.
Bagi ibu dan ayah, walau dimana anak-anak belajar mereka
tetap akan cemerlang jika tekun belajar kerana cikgu semua dari produk yang sama.
Kami cuba buktikan....InsyaAllah...
Naurah juga ditempatkan  di kelas 1 Ibnu Sina kelas yang sama pernah diduduki
 Along, Angah dan Beby dulu.....

 Beby jugak ke sekolah untuk pendaftaran.
Beby terus melangkah ke kelas pertama, 5Sains1....
Good Luck untuk SPM.

Si ibu juga sibuk ke sekolah sejak 3 hari yang lalu.
sempat posing sebelum ke sekolah.
Farouk masih lena beradu................zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........
Tinggallah dia di rumah sorang-sorang.

27 Disember 2012

Annual Dinner @Marina Bay, Muar.

Malam tadi sekolah ibu anjurkan annual  Dinner @family day di Marina Bay Muar.
Acara bermula pada 8.00 malam dan tamat pada 11malam.
Banyak juga acara yang dijalankan untuk anak-anak kecil, anak-anak remaja,
cikgu2 lelaki/perempuan....

Ibu tak sempat nak snap gambar...
Cari gambar kat en google jerrrr....
Marina Bay terletak di tepi muara sungai Muar di Tanjung Emas.
Dekorasi dah macam berada kat i-city pulak.
Banyak pokok2 lampu di dirikan dihalaman......

 Bermacam-macam menu dihidangkan seperti BBQ kambing, kerang, kupang, ikan cencaru dan ayam.
Makanan lain seperti nasi goreng, meehoon goreng, telur sweet sour dan macam-macam.
1 kepala dewasa RM35 dan kanak2 RM20.

 Ibu dan Ayah angkut semua anak-anak kecuali Along....huhuhu...
Rindu Along...esok Along balik....yes!!!!!!
Ni gambar yang ibu kidnap dari  FB sekolah.
Cuma ada gambar ayah ( baju putih) , Beby, Farouk dan Naurah je.
Gambar ibu dan angah takde akibat terlindung......huhuhu...

 Ada terselit pic ibu bertudung biru sedang memangku 
Baby tecik berbaju merah tu dan Angah bertudung coklat.......
Masing-masing sedang menanti acara bermula....

Naurah yang suka posing....

Budak yang tidak suka makan.
Padhal dah seharian dia tak makan....
Membazir je ibu bayar untuk dia...
Sekadar minum air jer....huhuhu.....

p/s:
Kesibukan dah mula melanda......
Kerja dah datang menimbung seperti sedia kala.
Rindu nak cuti lagi dan lagi....huhuhu.....

26 Disember 2012

Bercanda @Teluk Batik, Perak.

Hari ke 2 di Perak, Kami ke Pantai Teluk Batik.
Bukan main seronok lagi kanak-kanak rebina nie.

Perancangan awal nak ke wet world tapi budak2 lebih suka ke pantai.....
Seawal 9.00 pagi abang long bawa kami berkelah di sini.....


Bujang ibu yang penakut.
Suka main air tapi penakut......

Di sana, abang long ( anak-anak ibu panggil Baba) yang mengantikan ayah.
Melayan kanak-kanak rebina mandi dan main pasir...
Anak-anak ibu amat rapat dengan Baba dan Ummi (kak long dan abang long).
Sejak kecil mereka dibawa ke sana ke sini memandangkan masa tu kak long belum ada
rezeki untuk mendapatkan cahayamata....
Yaya tu satu2nya anak tunggal kak long/abg long
dapat setelah mereka berkawin lebih 11 tahun.....


Di bawah terik matahari mereka berempat bergelak ketawa..
Terpekit-pekit ...terjerit-jerit...bila Baba mengusik....

Baba @abang long jadi mangsa buli kanak-kanak rebina......
Sabar jelah....

 Entah apalah Naurah dan Yaya main.....

Bukan main berselera mereka makan.....
Kak long (baju oren)  masakkan bermacam-macam makanan untuk di bawa ke sini...
Ada meehoon goreng, nasi, lauk ayam masak kicap, gulai udang besar, sambal tumis n macam2.
Kak Long memang teror memasak.....
Terbaik!!!!!!!!

Lepas makan sambung mandi lagi.
Farouk berlari sebab Baba usik nak campak dia ke laut...Kelakar betul....

Lebih kurang pukul 3.00 petang kami berangkat pulang.
Masa tu hujan turun dengan lebatnya.

p/s:
Hari ni ibu dah mula ke sekolah hingga sesi persekolah bermula...
Meeting...meeting...meeting...

About me