Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 Mac 2012

Emm...Sibuk Sokmo.

Hari ini memang tak ada peluang langsung untuk menjenguk FB dan blog.
Kalau ikutkan memang sibuk sokmo.
Mood pun melayang ke laut.

 Hari ini ibu cuba menyiapkan serba sedikit fail KSSR.
Ye ke sikit???????
Cuba perhatikan kertas dalam fail tu.
Kertas sebanyak tu perlu diisi setiap kali jalankan P&P.
Pentafsiran individu.
Dalam 1 kelas ada 40+++ murid dan setiap orang perlu ditafsirkan......
Bayangkan jika setiap kali mengajar + sehari +seminggu + sebulan + setahun.
Kertas-kertas tu nanti kena angkut dengan lori.......

Yang ada anak-anak Tahun 1 dan 2 dah sedia maklum tentang KSSR.
KSSR-Kerja Sarat Sampai Rebah.
Bila dengar iklan kat radio rasa nak je lempang2 muka si juru cakap tu.
"KSSR menyenangkan kerja-kerja guru, ibu bapa dan murid-murid.....
(lebih kurang macam tulah bunyinya iklan tu.).....
Senang la sangat..Cakap memang senang.....
Yang cikgu-cikgu ni rasa macam nak pitam.
Tak gitu mamaijat, kak Salmi, Mulut Payau dan rakan sealiran ibu??????
Hish membebel lak ibu.........
Saya Yang menurut Perintah = Redha + Pasrah.

Dan hari Sabtu ni ada Karnival Ko-Akademik pulak.
Hari ini ibu terima surat perlantikan....

Disamping itu terpaksa  mencuri masa melatih peserta Matematik
yang mewakili sekolah ke karnival nanti.......

Mood=penat + lesu...
Tak sempat nak BW.....hu.hu.hu....

21 Mac 2012

Program Anti Dadah 2012

Program Anti Dadah peringkat sekolah ibu dijalankan sebelum cuti sekolah lagi.
Baru hari ni ibu terheggeh-heggeh buat n3.

Naurah semasa pertandingan mengarang esei.

Tekun mengarang.....

dan hasilnya Kakak Naurah menang dalam pertandingan.
Hadiah disampaikan pada hari Isnin........

Farouk masuk pertandingan mewarna poster....

Ada ke orang mewarna duduk macam tu farouk....
Siap tongkat dagu dengan lutut....
Alahai.....acuh tak acuh je Farouk warna......

Hasil kerja Farouk yang belum siap masa ibu sedang meronda-ronda
dan snap gambar...... 
Farouk tak menang pun sebab tak siap mewarna......
Lagi pun budak-budak perempuan mewarna lebih cantik dan teliti....

20 Mac 2012

Ayah @ Beijing, China.

Sekadar tepek 3 keping gambar kenangan Ayah yang ibu dah edit.
Banyak sangat gambar.
Malas ibu nak pilih.
Yang ibu hairannya, ayah banyak bergambar dengan kenderaan......
Pelik tapi itulah kenyataan........
Macam la kat Malayisa ni tak de kereta......
Ha.ha.ha.......
Bukan main lagi bawa dslr n kamera kompak.......
Objek itu juga jadi pilihan.........

Tujuan utama ayah ke sana adalah menghadiri Persidangan Pendidikan  Asia
berkaitan bidang pendidikan di pusat pengajian tinggi , kolej2 dan sekolah2.
Setiap tahun Ayah kena menghadiri 3 persidangan utama berkaitan
pendidikan iaitu Persidangan Asean, Asia dan Dunia......

Tapi banyak  gambar-gambar Ayah ditempat pelancongan....
Sebenarnya ibu jeles sebab tak dapat ikut AYah.
Alahai anak-anak ibu, bila la nak habis sekolah nie....hu.hu.hu.....
Kelakar tengok pic Ayah yang tengah tu..
Terkangkang semacam jerrr.....macam patung....ha.ha.ha....

p/s:.
Dah berura2 kena terbang lagi........hu..hu..hu...menchi!!!!

About me