Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Mei 2013

Bila 5F Bersatu Kembali.

 Malam tadi kami mengambil kesempatan untuk JJCM
sempena meraikan birthday Along dan meraikan kejayaan angah (n3 akan menyusul).
Tiada sambutan yang dibuat sekadar JJCM bersama 5F.
Sementara 5F masih bersatu untuk seketika.......

 3Farah yang hampir sebaya...17 tahun...18 tahun dan 19 tahun......
Produktif betul ibukan setelah penantian selama 2 tahun berakhir...hehehe.....

 2F yang diraikan.
Selamat Ulang Tahun ke 19 along dan Tahniah untuk angah....
Semoga anak2 ibu dibawah perlindungan dan kasih sayang Allah.....

 Farah junior.....

Insan terpinggir.....kesian....
Ayah pun selalu OT....dah 4 hari meninggalkan kami.....huhuhu....

 Lepas JJCM, macam biasa singgah cuci-cuci dompet.
Mencari "organ dalaman"....hehehe....
Sekali tengok jumlah RM...Fuyoooooo!!!! dasyat jugak.......

Along dapat sejambak bunga dan banyak coklat sempena Hari Jadi..
Mungkin BFF along sudah sedia maklum, along ni peminat coklat.
Tak jumpa pulak gambarnya....
Cheese cake ibu dah tempah...lusa baru siap...Sabar ye Along.

Sambil tu tepek gambar2 yang dah basi di sini....hehehe.....
Saja jelah nak tayang hadiah hari jadi angah.

Birthday Along tapi tepek gambar birthday Angah....hehehe...
Jangan marah ye along......
Kek aiskrim hadiah daripada ayah......

Angah jugak dapat sebiji kek perisa blueberry hadiah daripada rakan-rakan lama.
Nyum..nyum..nyum....sedap sebab kek ni feveret ibu..cheese melimpah ruah.

 Hadiah daripada BFF....

Hadiah daripada adik beradik dan kawan-kawan.
Serba pinkkkkkk!!!!!!

Ok itu saja untuk kali ini.....ngee.....

16 Mei 2013

Kenangan Hari Guru 2013.

16 Mei setiap tahun,
tarikh keramat bagi yang bergelar guru.

 Tahun ini tiada perutusan dibaca.
Sekadar ucapan daripada Guru Besar, Ikrar dan Nyanyian Lagu femos-emos "Kami Guru Malaysia"
Tema tahun ini 1 Aspirasi 1 Agenda.....

 Sempat lagi posing kat atas pentas....

Agenda ke 2 ialah acara bersalaman dan penyampaian cenderahati untuk guru.

 Selepas itu acara sukaneka ringkas.
Tahun ini sambutan Hari Guru jadi isu sikit 
akibat MMI (Melindungi Masa Instruksional- klik sini .).
Tapi tak apalah....
Siapalah kami dimata orang-orang yang berjawatan besar.....
Sekadar insan terpinggir.....
Kami terima dengan hati terbuka dan redha.

Ni ha...Acara "Musang Berjanggut".
Memilih dan mengasingkan pelbagai jenis kacang-kacang tu...
Naik berpinau biji mata....
Kemain ibu duduk bersila...dah naik kebas kaki tu...aduyai.....

 Zoom sikit..
Nama kumpulan ibu "Beruang Comel".
Memang comel-comel pun ahli kumpulan kami.
Kumpulan paling kecoh, riuh rendah dan bising.....hehehe....

 Lepas tu main boling kelapa..
Kelakar...

 Acara yang paling kelakar bila anak-anak comel ni dijadikan 
model cikgu-cikgu yang gian nak jadi pereka fesyen.
Ibu risau juga tengok pengantin lelaki tu sebab muka dia macam dah nak menangis.
Cikgu-cikgu pula bukan main syok.........
Dan hasilnyaaaaaaaaa.............kelakarkan.....

 Cikgu-cikgu yang syok ni bergambar dengan model baju surat khabar.


Lepas tu masuk dewan semula......aduyai.....
Masa ni perut dah lapar....redha jelah.....
 Yang paling indah bila kumpulan ibu yang kecoh tu dinobatkan sebagai Johan.......
                                   Wakil kumpulan Beruang Comel menerima hamper....


Pertukaran hadiah sesama guru dan staf.......

 Ce teka ibu dapat anugerah apa......????????????

Barisan YAB yang telah memenangi pilihan raya  tanpa manifesto dan  kempen....hehehe...
Tahun ini diadakan undian 6 katogeri yang diundi oleh anak-anak didik dalam kategori :
guru paling sporting-Cikgu Fauzi
guru paling bergaya- Ibu la....hehehe...
guru paling comel-Miss Wan Khairiah
guru paling kelakar-Cikgu Ismail
guru paling penyayang-Cikgu Nik Fauziah (Guru Besar)
guru paling tegas- Cikgu Zainab (guru displin...).....

Tahun ni kiranya tahun ke 2 ibu menerima anugerah.
Tahun lepas tiada dibuat katagori.
Sekadar guru kategori popular.

Ibu menang dalam kategori ini......ngee.......
Apapun terima kasih anak-anak murid semua.
Entah manalah cikgu sorang ni dicop glemer + bergaya.
Agaknya sebab ibu suka pakai baju blink2 + sntiasa bertukar-tukar barang kemas + handbag kot....

Acara ditunggu-tunggu..
Pukul 11.30 baru makan...
Sejak pagi perut kosong......huhuhu.....
 Jamuan hari guru kali ini kami makan nasi kerabu + satey + bermacam-macam
 jenis kek dan pencuci mulut.
Akibat kelaparan + kepenatan terus hilang selera.
Ibu makan 2 suap je terus hilang selera sedangkan nasi kerabu tu memang sedap......huhuhu...

 Kek-kek yang disponser.... TQSM..moga bertambah murah rezeki semua..

Hadiah yang ibu terima daripada anak-anak didik.
TQSM semua diatas ingatan.
Moga tahun depan ibu diberi peluang untuk  meraikan hari yang amat bermakna ini...

p/s:
Selamat Hari Guru kepada rakan-rakan blog ibu yang bergelar guru.......

15 Mei 2013

Pasport dan Makan-makan

Petang Jumaat lepas ibu and the geng (3F) ke Pejabat Imigresen Muar
untuk urusan pasport Along.
Maklumlah, baru ada kesempatan untuk buat pasport untuk Along.

Tapi ibu jadi musykil jugak sebab gambar pasport yang diambil
dari kedai (latarbelakang biru) tidak diterima sedangkan baru beberapa hari lepas
 ibu baca n3 kawan baru renew pasport ok je.
Bila tengok link kat tenet yang diberi oleh seorang kawan (klik sini )
sekarang ada rombakan secara berperingkat.
Lebih pelik  perkara penting sedemikian tidak pula diwar-warkan kat TV.
Keadaan sedemikian menyusahkan banyak pihak.
Tak pasal-pasal pekerja di pejabat imigresen free je dapat jelingan maut dan
kata-kata tak puas hati dari pelanggan......
Ibu pun tak faham dengan kerenah macam nie.

Dah la along kena beratur masa nak dapatkan no.
Tup..tup...bila sampai kat depan kaunter, gambar Along tak diterima dan diarahkan
bergambar semula dengan bayaran yang lebih mahal dari kedai kat luar.
Apa salahnya tampal notis besar-besar kat pintu masuk pejabat tu.
RM12 bersamaan 4 keping gambar tanpa soft copy....
Lebih memeranjatkan bila tengok gambar kat pasport , gambar tu jadi hitam putih pulak.
Apa-apa jelah..Malas ibu nak bertekak...memang tak menang kita pun...

 Akhirnya selesai juga urusan walaupun kami amat terperanjat bila gambar dalam pasport tu
sekadar HITAM PUTIH...Hish!!!!
Bertambah musykil ibu dibuatnya.....

Selesai urusan kami singgah ke Giant untuk JJCM.....
Kami singgah kat RasaMas.
Sebenarnya nak hilangkan stress dengan kejadian tadi.
Tetiba je ibu jadi emo tak tentu pasal....huhuhu....

 muka budak kelaparan.....

Taraaaaaa.....saja nak tayang makanan walaupun Surat khabar yang canggih manggih di Malaysia kata sesiapa yang upload gambar makanan tu tanda-tanda orang sakit mental....
Ada Aku Kisah!!!!!!!....hehehe...
Malas ibu nak layan cerita remeh temeh kat FB.

p/s:
Terima kasih yang memberi ucapan sempena hari lahir along
dan mendoakan kecemerlangan buatnya....TQSM...

14 Mei 2013

Sweet 19.

Selamat Ulang Tahun yang ke 19 buat puteri sulung dan cucu sulung sebelah ibu.
Permata yang menjadi kesayangan semua.
Anak manja kepada ibu dan ayah, cucu manja kepada atok mama dan atok ayah
dan anak buah kesayangan semua......

Syukur Alhamdulillah kerana ibu dikurniakan sebutir permata yang amat berharga.
Tak sia-sia penantian ibu dan ayah selama 2 tahun.

Terima kasih Allah kerana anugerah permata yang indah buat kami.
Terima kasih Along kerana mewarnai hidup ibu dan Ayah.
Menghadiahkan kecemerlangan kepada family setiap kali peperiksaan
bermula UPSR, PMR ,SPM dan di matrikulasi.....
Kecemerlangan juga Along raih dalam peperiksaan SDEA (Sijil Darjah 6 Agama)
dan SDKA ( Sijil Darjah Khas Agama) dengan mendapat straight A's.
Menjadi seorang kakak yang bertanggungjawab, dihormati, disegani dan disayangi adik-adik.
*walaupun manja mengalahkan adik-adik...

 Saya suka makan......hehehe...

Ya Allah,
Semoga tahun 2013 ini menjanjikan sesuatu yang indah buat anaknda Farah Nabilah.
Semoga anaknda Farah Nabilah berjaya menjejaki kaki ke menara gading
seperti yang diimpikannya......
Semoga Farah Nabilah menjadi seorang anak yang cemerlang dunia dan akhirat.......ameen...
Kami sayang Along.......

13 Mei 2013

Kau Ibuku...Kau Guruku....

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua rakan-rakan blog
yang memberi ucapan tahniah buat ibu dan anak-anak.
TQSM.........

Status 2 in 1= Kau Ibuku..Kau guruku....
Ibu adalah " ibu" dan "guru" kepada 5F.
Setiap tahun pasti ibu akan menerima cenderahati daripada 5F.

Ibu sering mengingatkan pada 5F, setiap hari adalah hari ibu..
Dalam Islam tiada sambutan khusus buat ibu.
Ibu risau setelah meneliti link2 orang-orang yang luas bidang agama
mengatakan hukum menyambut hari ibu adalah "haram" walaupun ada segelintirnya
mengatakan "harus". Wallahhualam.
Maklumlah ibu bukannya seorang yang pakar dalam ilmu agama.
Ibu terpaksa berhati-hati dalam bidang berkaitan dengan hukum hakam....

Pesanan ibu kepada 5F agar sentiasa sedekahkah Al-Fatihah dalam setiap solat mereka
pada ibu dan ayah kerana itulah hadiah yang amat-amat berharga buat kami.........

Beby yang merangkap chef masak cookies untuk ibu dan adik beradik.
Tertulis 4FN 1MF ( 4Farah N 1 Muhd Farouk) love Ibu....
TQSM Beby kerana bersusah payah masakkan cookies tu..
Ibu amat-amat bangga..

Kad-kad ucapan hari ibu + hari guru  daripada anak-anak.
Kad yang dipenuhi dengan kata-kata yang membuat ibu terharu.
Ibu tepek disini sebagai kenang-kenangan dari mereka.

 Ucapan daripada Angah.....

Ucapan daripada Beby....

Ucapan daripada Naurah

Ucapan daripada Farouk....

Ucapan daripada Along...
Kesinambungan ucapan Along di blognya.. Klik sini.
TQSM my dear....



Baca sebaris ayat daripada farouk buat ibu dan 4F ketawa terbahak-bahak.
Nasib baik masa tu Farouk dah tidur.....hahaha......

Daripada Farouk.....
Pesan Farouk : ibu bacakan doa2 tu untuk Farouk ye.....pulak!!!!!!!!

Minyak wangi daripada Along, Angah dan Naurah.
4F sedia maklum si ibu suka minyak wangi....
Siang malam asyik berbedak + pakai minyak wangi je si ibu nie....hehehe...

Hati seorang ibu merangkap guru kepada mereka rasa amat-amat tersentuh.
Gembira dan sedih bercampur baur.
Terima kasih anak-anak ibu.
Ibu bangga kerana memiliki anak-anak yang hebat seperti kalian.
Semoga kalian tidak lupa untuk hadiahkan ibu dan ayah dengan doa-doa
dan Al-Fatihah disetiap solat kalian.
Ibu amat-amat bertuah kerana mampu bergelar ibu dengan kehadiran kalian
dan pernah menjadi guru kepada kalian...
Love you so muchhhhh.....

Kasih ibu membawa ke syurga.......
Sayang ibu.......

Sayang mama...Muah!!!!

11 Mei 2013

Mei Yang Indah...Terima Kasih ALLAH.

Mei banyak memberi kegembiraan buat ibu dan keluarga.
Kali pertama ibu bergelar "ibu" pada "Hari Ibu" 14.5.1994 dengan kelahiran Along..
Indahnya saat itu setelah penantian selamat 2 tahun  berakhir.
23 Mei Hari Lahir mama tercinta.....

16 Mei setiap tahun ibu diraikan sebagai seorang guru sempena Hari Guru.
Mei 2012 ibu di khabarkan dengan berita gembira kerana Along berjaya ke matrikulasi.
Mei 2013 kegembiraan berganda bila Angah pula mengikuti jejak langkah Along
berjaya ke matrikulasi.

Dan Mei tahun ini juga ibu dihadiahkan dengan sesuatu yang indah dalam kerjaya...
Tanpa di duga ibu menerima kenaikan pangkat tanpa perlu menyandang jawatan pentadbir.
Dan ibu merupakan guru paling junior di sekolah ibu menerima tawaran ini.

Sesungguhnya ibu sudah berjanji pada ayah dan anak-anak,
ibu akan jadi guru biasa sampai bila-bila.
 Demi kerana mereka, pangkat tidak pernah ada dalam kamus perkhidmatan/hidup ibu.
Itulah pengorbanan ibu pada keluarga.

Terima Kasih Allah kerana sering menghadiahkan kegembiraan dan kejayaan buat
ayah, ibu dan anak-anak.
Sangat-sangat bersyukur kerana Allah sering permudahkan perjalanan hidup ibu sekeluarga..
Itulah janji Allah...setiap kerja yang ikhlas pasti Allah hadiahkan dengan ganjaran yang lebih baik.
Semoga ibu tidak jadi hamba yang lalai dan leka....
Semoga ibu jadi seorang hamba yang sering bersyukur dan redha...
Syukur Alhamdulillah......
TQ ALLAH.......


*Kenaikan pangkat ibu bermula 1.1.2013 walaupun semakan bermula pada bulan Mei.
Terima kasih semua kerana sering mendoakan kebahagian dan kejayaan buat kami sekeluarga.....

10 Mei 2013

Terima Kasih BIL n Kawan-kawan.

Terima kasih ibu ucapkan di atas kata-kata nasihat serta perangsang
buat ibu.
Alhamdulillah, hati ibu kembali normal dari "sentap".
Tapi bak kata orang, luka yang sembuh tetap meninggalkan parut di hati.
Apapun ibu telah maafkan rakan ibu tu.
Moga ianya menjadi pengajaran buat diri beliau juga sebagai peringatan
buat ibu juga.

Sebenarnya banyak cerita yang ingin ibu kongsikan tapi mood melayang entah ke mana.
Hari ni ibu  tepek cenderahati yang ibu dapat daripada rakan dan adik...

Ni FM dari Korea yang dihadiahkan oleh rakan sekerja ibu
Pn Hamizah yang bercuti ke sana.
TQSM dear. Bertambahlah koleksi FM ibu....

Ini penanda buku yang ibu terima daripada JS.
Dah agak lama juga samapi ke tangan ibu dan baru sempat tepek di sini..
TQSM dear JS...sweet sangat.
Akak dah guna buat penanda pada Buku Rekod Mengajar.

Ni cenderahati daripada adik (BIL) yang baru balik daripada mengerjakan umrah di Mekah.
Selain daripada minyak wangi dan tasbih, SIL bagi ibu sehelai jubah + shawl.
Tak sempat nak snap sebab Along pulak berebut dengan ibu....huhuhu.......
TQSM dik kerana tak pernah lupa bawa cenderahati pada akak setiap kali balik dari oversea..

Kenangan ibu semasa di Chuchi Tunner Vietnam bersama BIL(berbaju merah tu.)
Masih muda tapi dah berpeluang round dunia....
Seronokkan.....Dah rezeki dia.......

p/s:
Baru balik dari pejabat imigresen untuk urusan pasport along....
Penattttt.........

8 Mei 2013

Alahai Kawan...Ibu SENTAP!!!!!

Sepanjang ibu bercuti PRU13 di kampung, memang ibu langsung tak bertenet.
Sesekali rasa sangat-sangat tenang dan damai.
Jauh dari baca status yang penuh kata mengata, fitnah menfitnah.....

Sampai ke BG hari dah malam.
Buka kejap FB untuk lihat status kawan-kawan.
Tiba-tiba ibu sentap bila baca status seorang rakan lama yang
selama ini ibu hormati.
Seorang rakan yang sama-sama belajar di kolej.
Seorang rakan yang bergelar pendidik dan
sekarang dah bergelar pegawai di PPD.
 Cecuba tengok petikan ni 
" Terima Kasih kpd anak2 perantau yg balik membuang NAJIS di Klate".
Indahkan bahasa seorang bergelar pendidik dan pemimpin masyarakat.
SYABAS dan TAHNIAH ibu ucapkan pada beliau.
Langsung tak sensitif dengan persekitaran.
Sebagai seorang manusia yang ada perasaan mesti hati ibu tersentuh dan terluka.
Bagaimana perasaan beliau jika ditempat ibu sebagai anak perantau.

Yang pasti bukan ibu seorang yang terluka dan terasa
dengan kata-katanya,
tapi kebanyakan rakan-rakan yang diperantauan amat2 terasa.
Peringatan untuk diri sendiri :
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata........(sila sambung sendiri).
Pesanan utk beliau : sila basuh taik2 yang kami sepahkan tu ye!!!!hambik ko...

Bayangkan kami yang bergelar perantau sanggup menghabiskan
masa, tenaga, wang ringgit demi menunaikan hak sebagai warganegara.
Tidak pernah 1sen pun ibu menuntut wang perjalanan yang
diperuntukan.
Ibu tahu tanggungjawab ibu sebagai warga negara Malaysia.
Mungkin "dia" boleh diumpamakan "katak di bawah tempurung".
Tidak bersyukur dengan apa yang dia ada.
Mungkin kami lebih "CELIK" bila berada diperantauan
berbanding "dia" di kampung sendiri.

Ibu sebagai seorang pendidik biasa@cabuk yang di perkampungan lebih "CELIK"
daripada beliau yang lebih berpangkat.....
Ibu dikelilingi rakan-rakan dari berbagai Agama, Bangsa dan Idelogi.
Kami saling hormat menghormati tak kira mereka berbangsa Cina,  atau India.
Kami saling memahami walaupun berbeza fahaman politik -
BN, PAS , PKR dan DAP.
Tiada istilah kata mengata, keji mengkeji....

Kita negara demokrasi dan kita sebagai umat Islam
perlu terima hakikat yang dah ditentukan Allah.
Setiap pertandingan pasti ada pihak yang menang dan kalah.
Kalau menang berpihak pada kita, maka kita perlu menadah tangan dan bersyukur.
Kalau ditakdirkan kalah, kita perlu redha dan muhasabah diri.
Jangan sibuk nak menunding jari menyalahkan orang lain.
Mungkin dia manusia yang dah 100% sempurna dari segi akhlak dan agama....

Bayangkan bagaimana orang yang jauh beratus batu boleh  menerima
 kekalahan dan kemenangan dengan tangan terbuka sedangkan beliau
yang duduk sekangkang kera sahaja melatah tak tentu pasal....
Bak kata orang "meroyan"...
Malah sesuka hati menunding jari pada orang lain.
Dalam hidup kita tak selalu di atas...ada masa kita di bawah.

Dan di bawah ini ibu buat status untuk rakan-rakan ibu yang berbangsa Cina.
Mereka rakan baik ibu sewaktu di alam persekolahan.
Mereka lebih berbudi bahasa dalam pertuturan.
Bukan ibu menyebelahi sesiapa tapi semua itu realiti.
Anak-anak ibu juga punya "daddy angkat"(Sir Lee Cheng Kin ) berbangsa Cina.
Sering mengambil berat tentang pelajaran anak-anak ibu berbanding "rakan"
yang sebangsa ibu yang tidak senang  dengan kejayaan anak2 ibu (orang2 tertentu...).
Dan ibu punya rakan blog " Aziela" yang berkawin campur dengan Cina Muslim.

Status FB ibu semalam.



Saksilah bertapa akrabnya hubungan kami sejak dulu hingga kini.
Dan saksikan macam mana kami berinterasi.
Penuh dengan adab dan sopan.
Kami umpama satu keluarga.
Saling memahami dan mengambil berat.
Langsung tiada perasaan PHD( perasaan hasad dengki ).
Malah kami sering bersaing untuk terus berjaya.

Semua ini beri pengajaran dalam hidup ibu.
Siapakah yang boleh ibu jadikan kawan dan lawan.
Selagi orang menghormati hak orang lain, selagi itu kita menghormati mereka.

Kesimpulan : 
Jaga kata-kata kita......

About me