Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

23 April 2013

Pantai Air Papan @ Mersing.

Kisah Sabtu dan Ahad.
Ayah angkut kami semua ke Mersing.
Perjalanan dari BG ke Mersing memakan masa hampir 4 jam.
Kami bertolak pada 7.10 pagi dan sampai ke Mersing lebih kurang pukul 11 pagi.

Sampai je di Bandar Mersing, 
Ayah bawa ke tempat kenangan masa ibu tinggal di sana.
9 tahun juga ibu tinggal di Mersing.
Bandar Mersing tidak banyak berubah.
Banyak kenangan pahit manis di sini.
Berkawin di usia muda, baru bergelar guru, mempunyai 3 orang anak kecil dan berjauhan dari keluarga.
Ayahlah bertindak sebagai abang, sebagai guru, sebagai pelindung
dan ayahlah segala-galanya buat ibu saat itu.......
Gambar yang ayah snap dari bilik persidangan........

Muara sungai....

Model Ayah.
Masa ni ibu malas nak turun kereta akibat pening-pening lalat melalui jalan yang bengkang bengkok.......
So Ayah jadi cameraman..
Ayah tahu ibu suka buat catatan dairy dalam blog.
Setiap catatan mesti ada gambar-gambar kenangan........hehehe.....

Perjalanan menuju ke pantai....
Sana sini pantai.
Seronok betul Farouk dan Naurah.
Maklumlah, Muar jauh dari pantai.
Pantai ni pemandangan di belakang rumah ibu masa menetap di Mersing dulu....

Pantai Air Papan.
Terletak lebik kurang 7 km dari Bandar Mersing.
Banyak kenangan terpahat di sini......

Farouk dah tak sabar nak mandi.
Sedang tunggu kakak Naurah tukar baju.
So kena jadi model ayah lagi....hehehe....

Dah tak sabar nak berendam.

Posing dulu......

Muka bosan Farouk sebab kena paksa bergambar....hehehe.....

Saat yang ditungguuuuuuuu.............

Punyalah Farouk gembira dapat berendam......
Tapi kami tak lama di sini kerana ayah kena check in di Timotel Hotel..
 Petangnya ayah dah mula berseminar......
Nanti kita lihat apa aktiviti kami di bilik hotel....
Tungguuuuuu.......

22 April 2013

Selamat Ulang Tahun Angah.

Selamat Ulang Tahun yang ke 18 untuk Angah.
Dah besar anak ibu.
Cepat sungguh masa berlalu.

Gambar terkini di Pantai Air Papan Mesing semalam.
Kebetulan ayah bawa ke Mersing tempat kelahiran Angah 18 tahun yang lalu.....

Naurah dan Angah...dua-dua lahir kat Hospital Besar Mersing...
Dua-dua disambut oleh orang yang sama..
Dua-dua punya perangai yang hampir sama.....
Pakai tudung pun warna yang sama.....walah!!!!

Malam tadi kami dah celebrate birthday Angah di MarryBrown.
 3FARAH......

 3FARAH tanpa Along disisi.

 Sekarang Angah berkongsi cerita dengan Beby sejak ketiadaan Along disisi......

 Terpinggir......

Fish n chip......

Beberapa keping gambar kenangan masa angah kecil.
Rindu saat ini...

Ibu doakan agar Angah sentiasa dibawah lindungan kasih sayang dan rahmat Allah.
Menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat.
Menyenangkan hati orang-orang disekeliling.
Cemerlang dan berjaya dalam impian dan cita-cita Angah.
Ibu doakan agar tahun 2013 terus memberi sinar indah untuk Angah.
Ibu amat bangga memiliki permata yang berharga seperti Angah dan anak-anak ibu yang lain.......

p/s:
Hari ini Along mula final exam.
Doa buat Along...

Al-fatihah.....
Ya Allah,
Permudahkan segala urusan anaknda Farah Nabilah.
Berikanlah kesihatan yang baik, dada yang lapang, ketenangan buat anaknda.
Terangkan hatinya, mindanya, ingatannya....
agar anaknda dapat mengingati apa yang telah dipelajari, dibaca dan didengarnya.
Semoga anaknda Farah Nabilah dapat menjawab setiap soalan yang diberi
dan semoga anaknda memperolehi kecemerlangan.....
Ameen...ameen..ameen.......

20 April 2013

Nombor 1256 Memberi Tuah....

Maaf ye kekawan, minggu ni ibu sibuk sangat.
Memang tak sempat nak buat n3 walaupun banyak kisah yang berlaku....
nantilah ibu akan catatkan dairy ini satu persatu bila kesibukan reda......

Minggu ni ibu sibuk dengan persiapan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40.

 Macam biasa kalau ada program ibu akan diletakkan di bawah AJK hadiah.
Sudah sebati dan serasi sejak posting sampai sekarang.
Entahlah...pelik + ajaib jugak.......

  Walaupun ibu diletakkan dibahagian menyedia...membungkus...menyampaikan hadiah tapi ibu tak
pernah ada "luck" macam orang lain....
Sepanjang 11 tahun di SKPK memang nasib tak pernah menyebelahi ibu......
Pernah dapat sekali hadiah tapi hadiah tu terpaksa 
dilepaskan kepada orang lain kerana kasihan punya pasal.
Baikkan ibu......Cit!!!! prasan!!!!!!

Dapat si comel ni pun oklah.
Comel sangat-sangat.....Tak jemu ibu tatap wajah comel itik nie.
Tetiba dalam hati rasa nak je sorok anak itik comel nie.
Mulalah rancangan jahat menguasai fikiran.....hish...hish....tak baik tau...
Tapi itu kata hati je...realitinya tak mungkin ibu lakukan begitu.....

 Hari kemuncak.
Kami pakai tema hijau....
Posing dulu sebelum tetamu datang.
Bila tengok gambar ni nampak amat ketara ketinggian ibu tu.
Adakah terlebih minum susu???? atau terlebih makan kalsium????
Tapi abah dan mama memang tinggi so ibu adik beradik pun jadi tinggi la......
Keturunan mix kot jadi macam tu?????????

Dan akhirnya nombor 1256 membawa  tuah pada ibu kali ini.
Semua kawan-kawan terlopong mulut sebab tak sangka ibu dapat.
Depa pelik kot sebab selama ini tak pernah tengok ibu dapat hadiah cabutan bertuah
walaupun ibu sibuk dok agih hadiah di depan......
Kali ni ibu dapat no 3.
Exited tau + jakun + malu2 kucing + hati berbunga riang.......hik.hik.hik.....

Orang yang dah terlebih jakun posing lagi di atas permintaan kawan-kawan.
Macamlah menang kereta....aduyai...buat malu kaum jelah......
Kecoh 1 dunia pulak....Orang lain dapat hadiah mewah tak kecoh macam ibu pun...
hehehe...

Bila kawan tanya ibu nak buat apa dengan dapur tu,
dengan lancarnya ibu kata nak bagi Along bila dia kawin nanti.
Bila cerita kat Along, gelak sakan dia.
Along: Apalah ibu nie...along baru 19 tahun ibu dah sibuk nak suruh kawin.....
Aduyai, ibu yang tak sabar nak bermenantu.......

*Ada sambungan tentang kisah hari ini ye....
Bukan kisah ibu tapi kisah lain pulak....tungguuuuu!!!!!..

p/s:
Sabtu dan Ahad kami ikut ayah berseminar lagi.
Minggu lepas ibu tak dapat ikut ayah kerana ada urusan lain.
Tak pasal kang ayah merajuk lak.......huhuhu.....

17 April 2013

MasterChef Farah Nadiah.

Lagi-lagi cerita Farah Nadiah a.k.a Angah.
Anak-anak lain jangan jeles ye....hehehe....

Sudah hampir 4 bulan Angah berada di rumah.
Dan sudah 4 bulan Angah belajar memasak secara tidak formal di rumah.
Sambil belajar angah banyak membantu meringankan beban ibu.
Itu motif utama okey..."Tolong kurangkan beban kerja ibu".......i like it!!!

Berbagai-bagai resepi yang simple telah angah cuba.
Kari, masak sweet sour, masak merah, kurma...bla..bla..bla....
Alhamdulillah, 
sekarang masakan angah dah mampu tandingi  keenakan masakan ibu 
( Cit!!! macamlah ibu teror no masak...statment orang2 perasan tahap gaban..hehehe...)

Jom kita intai-intai masakan yang  angah masak minggu nie..
Gambar ini pun ibu curi-curi snap sebab tuan badan dah cakap " hak cipta terpelihara"...
Maksudnya ibu tak perlu tayang kat blog tapi ibu tayang jugak...
Suka hati ibulah kan...ini blog ibu.......hik.hik.hik....
Sorry angah.......nanti suatu hari nanti anak-anak angah nak tengok tau.......hehehe.....
 Ayam masak lemak.
Memang lemak berkrim.
Selama ini Farouk tak pernah sentuh ayam masak lemak tapi kali ni Farouk kata  sedap..
Sentap ibu tau....huhuhu....

 Ikan masak lemak cekur.
Percubaan pertama Angah yang berjaya.
Kuahnya pekat dan lemak berkrim.
BB dan ayah makan tak hinggat.
Terguguat pulak ibu rasa...Aduyai.....

Ikan masak 3 rasa.
Bila menjelang petang ibu buat spotcheck....LICIN!!!!!!
Alamak!!!!Angah guna ilmu apa ni pikat ayah dan adik-adik makan sampai licin......
Masa ni ibu rasa nak je bersara masuk dapur. Sedih tau.......motif :jeles!!!!

Hari ini angah masak ayam masak merah.
Tak sempat nak snap gambar, lauknya dah LICIN!!!!!!
Pelik + ajaib pulak ibu rasa.
Agak-agak Angah ada baca jampi apa ek??????
(Kes jeles lagi nie.....)

Semoga segala ilmu yang Angah dapat memberi pengalaman dan imput
yang berguna untuk diri Angah.........
Tak sabar nak tunggu giliran Beby pulak.........!!!!!!

15 April 2013

Anugerah Cemerlang SPM Kali ke 2 ???

Ini adalah n3 yang dah basi sebenarnya.
Ibu dah peram dalam draf agak lama.
Tak kisahlah baca n3 basi dari baca kisah fitnah memfitnah yang berleluasa di FB...huhuhu...

Beberapa minggu lepas ibu dah buat n3 tentang Hari Anugerah Cemerlang (siri1)Angah.
Masa tu ibu bapa dijemput hadir dan majlis dirasmikan oleh VIP.
Sempatlah ibu meluangkan sedikit masa untuk meraikan kejayaan Angah.
 Klik SINI.

Sekolah Angah adakan sekali lagi Hari Anugerah (siri 2) khusus untuk pelajar-pelajar pula.
Siri ke 2 Angah dan rakan-rakan dijemput untuk menerima Anugerah dan saguhati berupa wang. 
Klik SINI

Ibu baru dapat gambar-gambar ni FB sekolah Angah minggu lepas
so baru sempat tepek di sini sebagai kenang-kenangan......

 Angah berbaju + tudung biru bersama rakan-rakan yang cemerlang dalam SPM 2012.

 Setiap pelajar diberi peluang membuat ucapan dan beri tips kecemerlangan kepada semua pelajar-pelajar calon  SPM 2013.

 Giliran Angah pulak menyampaikan ucapan dan memberi motivasi kepada adik-adik yang bakal menduduki
SPM termasuk Beby.......
Macam nyanyi pulak ibu tengok...hehehe....jangan mare angah.

Menerima cenderahati berupa jam dan wang.
Bila tengok gambar nie, ibu akui Angah juga mewarisi ketinggian ibu....hehehe...
menyempat je ibu nie......Cit!!!!!!

p/s:
Moga tahun depan ibu dijemput lagi untuk menyaksikan kecemerlangan
Beby pulak....Boleh tak Beby...boleh tak???????

p/s:
Terima kasih di atas doa2 untuk ayah....
Sorry ye sebab ibu belum sempat nak balas komen2 tu....
Kesibukan melanda......huhuhu...

14 April 2013

Selamat Ulang Tahun Ayah , Al-Fatihah Buat FIL n BIL.

Hari ini hari ulang tahun kelahiran Ayah yang ke 50.
Dah masuk 5 series dah umur ayah.
Umur kami  agak jauh berbeza.
Semasa ayah dah melangkah ke sekolah, ibu baru mengenal dunia.

Walaupun jarak umur ayah dan ibu agak jauh berbeza namun ayah adalah suami terbaik buat ibu.
Ayah adalah ayah yang terbaik untuk anak-anak ibu.
Ayah seorang suami dan ayah yang sangat sporting, cool, penyayang dan memahami....
Ayah tidak pernah sesekali mengongkong kami dan kami amat hargai kepercayaan
yang ayah berikan.....

Walaupun saat ini ayah tiada disisi demi tugas,
namun ibu dan anak-anak redha......
Ayah bukan milik kami sekeluarga tapi ayah adalah milik masyarakat........
Moga Allah memberkati segala jasa-jasa ayah......

Selamat ulang tahun yang ke 50 ayah.
Terima kasih di atas segala-galanya.

Ya Allah,
Panjangkanlah jodoh kami hingga ke jannah.
Siramilah kasih sayang kami sekeluarga dengan rahmat dan kasih sayangMu..
Limpahilah kebahagiaan buat kami sepanjang hayat....
Jauhilah kami dari segala hasad dan dengki...
Jadilanlah kami sebuah keluarga yang sentiasa dekat padaMu Ya Allah.......

Pada tarikh yang sama 10 tahun yang lalu,
bapa kesayangan  ayah merangkap FIL  kesayangan ibu telah
kembali ke rahmatullah....
Sehari sebelumnya BIL juga abang ayah juga telah kembali ke alam sana.
Peristiwa sedih dan memberi tamparan hebat pada ayah dan kami sekeluarga.
3 bulan hidup ayah penuh kesedihan.....
Al-Fatihah buat Almarhum Hj Hassan B Sidek (FIL)
dan Al-Marhum Ismail B Hassan (BIL)

Semoga mereka berdua ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman....ameen.

13 April 2013

Along, Asthma dan Peperiksaan...

Sejak minggu lepas Along di serang asthma dan migrin.
Ibu risau sangat, risau peristiwa lampau berulang.
Setiap kali exam, Along sering sakit.
Teringat lagi peristiwa semasa Along menduduki PMR dan SPM.
Along terpaksa jalani exam dibilik rawatan dan dikuarantin.
Bayangkan macam mana perasaan ibu dan ayah saat itu....

Alhamdulillah Allah memberi rahmat dan kasih sayangNya pada Along. 
Bila result keluar Along mampu dapat A dalam subjek2 tersebut.....
Syukur sangat-sangat....

2 minggu lagi Along dah final exam .
Exam yang akan menentukan penempatan dia ke university.
Ibu risau sangat kerana minggu ni dah 2 hari along tak pergi kuliah.
Minggu ni juga dah 2X felo bawa Along ke klinik sebab sesak nafas.....
Ibu tahu Along anak yang kuat.
Cuma dia agak manja. Maklumlah dia anak sulung dan cucu sulung sebelah ibu........

Hari ini ibu melawat Along di KMM tanpa ayah.
Ayah terpaksa outstation selama 3 hari.
Malamnya ayah call dan maklumkan pada Along, ibu akan kesana bersama angah.
Banyak nasihat yang ayah berikan pada Along.
Pada dasarnya ayah nampak cool dan langsung tidak menunjukkan kerisauan
berbanding ibu yang tak senang duduk...
tapi siapa sangka jauh di sudut hati ayah terlalu risau
tentang along.....

Wajah ceria Along bila dapat berjumpa ibu dan adik-adik...
Lega hati ibu melihat keadaan Along yang semakin pulih.
Walaupun suaranya masih menunjukkan dia masih belum pulih sepenuhnya.
Dan bertambah bahagia bila melihat Along begitu berselera menjamah makanan yang ibu masak.
Katanya dia terlalu rindukan ibu, terutama masakan ibu......huhuhu....
Moga Along terus pulih sehingga menjelang hari peperiksaan..In ShaAllah...

Farouk mula dengan aktiviti bebas.
Dah rupa rumah sendiri pulak........

Doa untuk Along:
Ya Allah,
Kau berikanlah perlindungan dan kasih sayangMu kepada anaknda Farah Nabilah...
Sembuhkan lah anaknda Farah Nabilah dari sebarang kesakitan yang ditanggungnya..
Berikanlah dia kekuatan untuk hadapi ujianMu ini..
Semoga anaknda Farah Nabilah mampu hadapi peperiksaan dengan tenang..
lapang dadanya... kuat ingatannya....tajam mindanya.....terang hatinya...
Semoga anaknda Farah Nabilah dapat mengingati setiap apa yang dipelajarinya...
apa yang dibacanya....apa yang didengarnya....
Ya Allah..permudahkan segala urusannya..
Permudahkan anaknda Farah Nabilah mampu menjawab soalan dengan
tenang tanpa gangguan dari segi kesihatan dan kekusutan...
Ameen..ameen..ameen...Ya Rabbal'alamin..

p/s:
Good luck juga untuk kedua orang adik kesayangan ibu yang sedang menduduki exam...
Ahmad Zakimi(Dr Zek) yang sedang menyambung pelajaran untuk bergelar doktor pakar 
dan  Khairul Anuar yang bakal jejaki langkah abangnya bergelar doktor.......
Semoga mereka berdua juga diberi kelapangan dan dipermudahkan segala urusan.....inshaAllah.

10 April 2013

Lagi-lagi Keychain Felt.

Bisnes Angah masih berjalan dengan jayanya.
Banyak permintaan dan tempahan yang diterima setiap hari.
Alhamdulillah, rezeki Angah sementara menghabiskan sisa-sisa cuti panjangnya.
Jeles pulak ibu tengok......!!!!!

Jom tengok hasil kerja angah dan ada kalanya si ibu menyibuk jugak untuk
hilangkan stress...
Terkadang si ibu yang "over" dos pulak.
Leka dengan kerja-kerja seni nie.....
5F-Along, Angah, BB, Naurah dan Farouk....Cute je ibu tengok.
Keychain ini mengambarkan 5F yang bergitu akrab.
Bertapa dalam jiwa Angah sentiasa ada 5F.....

 Ni projek minggu lepas.....Semua dah licin....

3 ekor ulat buku pun dah habis dijual......

Stok yang ini pun dah selamat dalam sekelip mata.....hehehe.........

 Tempahan dari rakan FB...TQSM Lily kerana bagi sokongan.

 Pelbagai jadi objek yang dihasilkan....

Tempahan dari bekas guru angah...Cikgu Khudhairi, peminat tegar lamberta....

Yang pasti rezeki ada dimana-mana jika kita rajin berusaha....
Usha tangga kejayaan......

p/s:
Sapa2 nak order boleh hubungi ibu..
1 tu antara RM2-RM2.50/unit tidak termasuk pos..

8 April 2013

Alahai De' Salma...

Sejak akhir-akhir ni ibu mula selesa dengan tudung berjenama De'Salma.
Setelah mencuba dari semurah-murah hingga semahal-mahal tudung 
(takdelah mahal sangat pun tudung-tudung koleksi ibu tu....hehehe..).
Bukan harga jadi ukuran tapi keselesaan yang ibu utamakan.
Maklumlah ibu nikan buruh di sekolah.
Perlu banyak pergerakan dari satu tempat ke satu tempat.
Masa ibu begitu terhad.
Memang kalau di sekolah tak ada masa nak betulkan tudung bagai.....

Awal tahun ni ibu mula berjinak dengan jenama De'Salma.
Nama klasik dan mungkin belum femes emos lagi.
Kainnya amat selesa bagi ibu.
Yang penting tak perlu bersusah payah nak mengosok bagai.
Gosok sedikit pun dah ok untuk dipakai..
Motif :Dasar orang yang m*l*s.....

Masa pakai balik kampung hari tu adik ibu, Atie pun mula jatuh chenta dengan De'Salma.
Katanya nampak selesa n ayu sangat bila ibu pakai.
Haya...ni kes bodek kakak ke apa????hehehe
Kembang kempis jap hidung ibu....

Apa lagi......mulalah Atie minta si kakaknya tolong orderkan.
Bukan 1 tapi berhelai-helai.
Alahai adik comel ibu sorang nie.
Kalau bab-bab melawa memang nombor 1.
Tak nak kalah dengan si kakaknya.
Tapi dimata ibu, walau apa yang Atie pakai memang nampak cantik + ayu.
Kenapa la tudung-tudung tu nampak kembang semacam pulak ye.
Dasar orang tak pandai nak snap gambar....hehehe...abaikan.

Nilah yang ibu dah order....4 untuk Atie...1 je untuk si kakaknya.......
Motif: si adik nak lawan koleksi yang kakaknya dah ada.......

 Atie yang kecik comel berbaju pink empat dari kiri.
Orangnya kecik je macam anak dara.
Kalau cakap dia dah ada anak yang dah sekolah tadika memang orang tak percaya.
 Tapi awas, atie seorang cikgu Sejarah yang tegas + garang tau.
Gambar ni masa kami di Ho Chi Minh Airport.

p/s: 
TQSM Atie kerana selalu sponser baju kurung untuk anak-anak ibu (3F).
Bukan 1 tetapi berpuluh-puluh helai.
Sepanjang Along di Matrik semua baju Along ditaja oleh Su Tie kesayangnya nie.
*Sebenarnya Atie selalu baca blog ibu nie.....

7 April 2013

Makan Jangan Tak Makannnn...

Dah lama ibu tak tayang makanan kat blog nie.
Maklumlah, sekarang Angah yang ambil alih tugas memasak.
Bila Angah masak dia siap bagi amaran agar tak masukkan
masakan dia dalam blog...
Segan katanya....hehehe......

Biasanya hujung minggulah ibu akan ke dapur untuk
mengambil alih tugas angah tu.
Maklumlah, anak-anak dan ayah dah rindu masakan ibu yang "terbaik" nie.
Hahaha...sila jangan muntah ye.......

Sarapan dihujung minggu.
Hari Sabtu ibu terbabas  tidur sampai lewat pagi.
Berkejar ke dapur untuk sediakan sarapan.
Kebetulan sos "ayam masak merah" yang angah masak masih berbaki.
Makaroni yang siap direbus masih berbaki.
Ibu campak-campak ke dalam kuali + kicap manis....
Begitulah kalau dah "rajinnn" sangat.
Paginya Naurah dan Beby ada kelas.
Alahai kesian anak-anak ibu.
Tak sempat mereka bersarapan akibat kelewatan ibu......
So ibu sendirian bersarapan makaroni sambil melayan internet.....

 Suatu petang hari yang berlainan tiba-tiba perut rasa lapar.
Sambil layan tenet sambil layan burger home made.
Macam mana badan ibu tak gebuzzzz sekarang.......

Tiba-tiba tekak teringin nak makan kerabu kaki ayam.
Rasanya resepi kaki ayam berasal dari Kelate @ Siam kot.
Memang sedap dan senang untuk disediakan....
Kalau sesiapa nak cuba, resepi klik SINI.

"ZON BAHAYA" bila rumah terletak berhampiran dengan restauran fast food.
Dalam seminggu 3-4X mesti pekena benda alah nie.
Amat tidak elok untuk kesihatan.......

Teringin nak makan takoyaki pulak..
Alahai nafsu makan yang amat-amat BAHAYA!!!!!

6 April 2013

Farouk....Alhamdulillah.

Agak lama juga ibu tak buat n3 tentang Farouk.
Kebelakangan ni ibu asyik buat n3 tentang kejayaan 4FARAH
(Along, Angah, Beby dan Naurah)
 tetapi Farouk seolah-olah terpinggir.
My name is Farouk.
I am 10 years old.
Dah besar anak bujang ibu.

Pencapaian Farouk tidak secemerlang 4FARAH.
Sedari sekolah rendah 4 FARAH  akan berulang alik
turun naik pentas menerima hadiah kecemerlangan tetapi tidak untuk Farouk.
Pencapaian akademik Farouk dalam katagori sederhana saja.
Semua ibu akibat sikap dia sendiri.

Tapi tahun 2013 ibu rasa amat gembira kerana sikap Farouk dah banyak berubah.
Kalau di Tahap 1 ibu amat risau dengan sikap Farouk.
Amat-amat m*l*s ,banyak main dan kurang tumpuan dalam kelas.

Tapi Alhamdulillah sekarang dia banyak berubah.
Betullah kata mamaQS, anak lelaki lambat sikit nak tunjuk belangnya.
Maklumlah Farouk satu2nya anak bujang ibu.
Sebelum ini ibu berada dalam ZON selesa dengan prestasi 4 FARAH.

Berkat doa ibu yang tidak putus-putus,
berkat doa rakan-rakan....
dia sudah mampu bersaing dengan rakan-rakan sekelas.
Pendapat positif ibu terima dari rakan-rakan guru :
Cikgu K : Y, Farouk tu rupanya seorang anak yang pandai.
Saya tak sangka bila lihat kertas ujian Matematiknya.
Dia berpotensi....

Cikgu H : Kak, Farouk tu seorang murid yang bijak tau.
Kalau saja ajar cepat je dia faham cuma dulu dia tak beri tumpuan dalam kelas...
Tapi tahun ni saya lihat dia dah banyak berubah.
Markah BI dia pun ok sangat-sangat..........

Alhamdulillah keputusan Ujian 1 ada peningkatan yang memberangsangkan.
Walaupun markah Farouk tidak berada di atas tapi ibu lihat dia berpotensi untuk terus
bersaing jika dia terus berubah sikap.

 Sekarang ibu sudah tidak perlu jadi ibu tarzan lagi.
Dia sudah tahu menyiapkan HW tanpa di suruh.
Syukur sangat-sangat.
Moga Farouk juga mampu jadi pelajar cemerlang seperti 4FARAH.
InsyaAllah.....amin.

4 April 2013

Terima Kasih Angah...

Maaf ye sebab kebelakangan ni ibu dah makin kurang bw dan
update blog pun tak semeriah dulu.
Kengkang masa membataskan niat ibu untuk jadikan blog ini sebagai catatan dairy harian...huhuhu...

Hari ini pun n3 ringkas.
2 hari lepas ibu terima call daripada kaunselor sekolah angah.
Jemputan untuk terima anugerah cemerlang SPM bagi kali ke 2.
Majlis pertama KLIK SINI.

Pada Hari Anugerah yang pertama Angah menerima sijil penghargaan dan piala 
tapi kali ini Angah dapat wang dan cenderahati berupa jam.
Tak perlulah ibu catatkan berapa nilai wang yang angah dapat..
"Rahsia biarlah rashia"...cewah!!! macam la banyak sangatkan....
Tapi tetap bersyukur kerana itu adalah rezeki buat angah.

Pada majlis ini pelajar cemerlang juga diminta untuk memberi ucapan
sebagai motivasi kepada adik-adik yang bakal menduduki SPM 2013.
Hati ibu terus berdegup kencang lagi kerana tahun ini giliran Beby pula
menduduki SPM.
Terima kasih Angah kerana hadiahkan ibu kecemerlangan....

Moga Beby juga menghadiahkan ibu kecemerlangan seperti Along dan Angah
beri pada ibu dan ayah...InsyaAllah (risau sangat2...huhuhu...)

p/s:
Minggu depan kesibukan makin ketara kerana sekolah ibu
akan dikunjungi "orang2 atasan".
Harap agar jangan nak korek mencari kesalahan je tapi moga kedatang membawa
seribu ilmu untuk dikongsi bersama.........

3 April 2013

MasyaAllah.....Sabar jelah....

2 hari ibu menyepi untuk mencari ruang pada diri untuk terus tabah dan kuat.
Ibu tahu Allah sentiasa bersama disaat kita kesedihan dan sukar......
Alhamdulillah, Allah beri ibu seribu kekuatan untuk lalui semua itu.
Terima kasih yang tidak terhingga di atas doa-doa kalian
untuk Adik Yu.
Semoga Allah makbulkan doa-doa kita semua...InsyaAllah.
TQSM semua....

N3 ni dah lama juga ibu perap.
Hari ini baru berkesempatan untuk edit sedikit sebanyak.
Kisah kehidupan seharian ibu yang bergelar pendidik di sekolah rendah.
Mengajar anak-anak kecil perlu banyak kesabaran.
Terkadang ibu perlu banyak beristifar dan jadi seorang yang penyabar...

Selain mengajar Matematik ibu juga merupakan Pengerusi Panitia Seni
sejak dulu kini dan mungkin untuk selamanya.
Subjek yang paling dinanti-nantikan oleh kanak-kanak ribena nie ialah DSV(Dunia Seni Visual)
dulu dikenali dengan Pendidikan Seni Lukis.
Saat inilah mereka release tension walaupun saat ini terkadang si cikgu jadi
amat-amat tension melayan kerenah anak-anak kecil nie.

Ingat ye cikgu kalau cikgu mengajar DSV cikgu kena banyak sabar, 
cikgu tak boleh marah-marah,
cikgu kena sentiasa sabar.,
cikgu kena sentiasa senyum,
cikgu biarkan mereka bebas meneroka alam,
cikgu kena jadikan mereka seorang yang kreatif dan inovatif....
*Pesanan daripada JU ( jurulatih utama)..

So masa subjek DSV ibu akan bertukar menjadi seorang cikgu yang palingggggg baik,
ibu jadi cikgu yang paling ayuuuuuu, 
penuh kesopanan dan kesusilaan ( rukun negara ke 5 tuuuu....),
ibu jadi seorang cikgu yang "sabar" ditahap "maksimum".....
Dan ibu perlu jadi tukang cuci, tukang sapu, tukang lap, "orang gaji" yang paling rajin...
Percaya tak??????
Ibu pun tak percaya walaupun ianya adalah realiti dan bukannya fantasi....hehehe....
Silalah percaya!!!!!!

Di akhir PdP (dulu dikenali sebagai PnP) bilik seni seolah-olah dilanda ribut taufan.
Di sana-sini bertepek dengan 'water colour'...berus dan bekas air bersepah sana sini.
Surat khabar yang mereka gunakan sebagai pelapik dah jadi macam "budu"......
Yang paling syok, kanak-kanak ribena ni bersuka riang keluar/masuk bilik seni
untuk jemur hasil "seni" yang indah dimata mereka juga "indah" dimata cikgunya nie.
Baju basahan yang mereka pakai dah tak ada rupa.
Penuh dengan "water colour" sana sini.
Setengah tu sengaja main renjis-renjis berus kat baju dan tudung...
Aduyai....
Silap-silap cikgu yang akan dipersalahkan oleh ibu bapa kerana
tak "peka" mengawal mereka.

Bila cikgunya bagi arahan berkemas masing-masing menjawab serentak:
"Alah Cikgu...Kejapnya masa DSV...."!!!!!!!!!
Aduyai...terduduk kepenatan si cikgu selepas selesai kelas.
Adalah beberapa orang membantu dengan mengambil kesempatan melengah-lengahkan
masa untuk masuk ke kelas seterusnya........

Mereka mengajar ibu erti sabarrrrrrrrrr............

1 April 2013

Mohon Doa Dari Kalian....

Ibu terpanggil untuk membuat n3 untuk adik kesayangan ibu di seberang lautan.
Terlalu banyak ujian dan dugaan yang telah dilalui oleh adik Yu.
Adik Yu merupakan salah seorang pelajar cemerlang di universiti perubatannya.
Adik Yu tiada masalah dalam pelajaran kerana setiap kali dia duduki peperiksaan
dia sentiasa hadiahkan kami dengan khabar gembira.
Sekarang adik Yu berada ditahun akhir dan InsyaAllah tidak berapa lama
lagi akan bergelar doktor.....

Cuma adik Yu sering diuji dengan masalah kesihatan dan masalah sampingan.
Saat ini keadaan kesihatannya banyak menganggu kehidupan sehari-harinya.
Hati seorang kakak, sering resah, sedih, sayu, gelisah dan perit bila memikirkan
keadaan adik Yu yang jauh beribu batu.

Tiada apa yang mampu ibu lakukan selain berdoa dan berdoa.
Kalau diikutkan hati ingin ibu terbang ke sana untuk bersama-samanya.
Terlalu berat ujian dan dugaan yang adik Yu perlu harungi.
Allah menguji kerana Allah tahu dia mampu hadapi semua itu.
Tapi terkadang dia tewas juga bila hidup sendirian diperantauan.


Cuma satu permintaan ibu.
Mohon sama-sama berdoa secara tulus dan ikhlas buat adik Yu.
Semoga sedikit sebanyak doa-doa ini mampu mengurangkan penderitaan yang ditanggungnya.

Al-Fatihah untuk Muhammad Khairul Anuar B Abdullah
Ya Allah..Aku mohon padaMu,
Kau lindungilah Muhammad Khairul Anuar,
Kau lindungilah Muhanmmad Khairul Anuar dari segala perasaan hasad dengki,
Kau lindungilah Muhanmmad Khairul Anuar dari orang yang busuk hati,
Kau lindungilah Muhanmmad Khairul Anuar dari segala kesukaran, kesulitan dan kesusahan,
Kau sembuhkanlah Muhanmmad Khairul Anuar dari segala penyakit yang ditanggungnya,
Kau permudahkanlah segala urusan Muhammad Khairul Anuar di sana,
Kau limpahilah kasih sayangMu kepada Muhammad Khairul Anuar.
Kau kuatkan hatinya, semangatnya dan ketabahannya melalui setiap ujian dariMu Ya Allah.
semoga Muhammad Khairul Anuar terus dikuatkan iman dan semangatnya.
Ya Allah........semoga Muhammad Khairul Anuar sentiasa dibawah limpahan kasih sayangMu.
Amin..amin..amin..Ya RabilAlamin....

p/s:
Tak dapat nak ibu luahkan bagaimana perasaan ibu saat ini...............


About me