Semalam kita digemparkan dengan berita kemalangan bas rombongan SK Parit Raja Batu Pahat
yang membawa guru dan murid-murid dari KL..
Awal pagi ibu terima khabar, salah seorang penumpang yang parah adalah rakan baik ibu.
Ya Allah....rasa nak luruh jantung ibu.
Sedih, risau, bimbang dan takut.
Tidak putus-putus ibu berdoa terutama terima berita-berita
yang menakutkan tentang mangsa.
Antara keratan akhbar.
Petangnya ibu berkejar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar
kerana kemalangan itu berlaku di Daerah Muar..
Agak sudah lama kami tidak bersua.
Rasanya dah dekat 12 tahun sejak ibu bertukar ke kg ayah dan N
bertukar ke Batu Pahat.
Kami sering bertanya khabar di FB saja.
Bergegas masuk ke wad dengan bantuan 3 orang pekerja hospital
yang menunjuk arah setelah ibu gelabah turun naik lif berkali-kali.
Tiba-tiba terdengar suara lemah memanggil ibu.
Ya Allah...tergamam seketika.
Melihat kakinya berbalut serta ditanam besi, dahinya pun berbalut dengan 12 jahitan.
Yang menyedihkan anaknya masih di icu...Patah kaki dan tangan retak.
Lebih sayu suaminya telah pergi mengadap ilahi awal tahun ini secara mengejut diusia
yang masih muda.
Ya Allah, hebatnya ujianMu pada rakanku.
Itulah tanda kasih sayangMu..
Tidak dapat nak lawan kesedihan ini.
Namun ibu kuatkan diri, menghampiri N,
N mengengam erat tangan ibu.
Masih lemah bicara dia.
Hampir menitis airmata yang cuba ibu tahan.
Ya Allah...
Kagumnya dengan ketabahan N,
Sembuhkanlah sahabat hambaMu ini.
Sembuhkan lah anak dan rakan-rakannya.
permudahkan segala urusan dan semoga N di bawah lindungan kasih sayangMu
Ya Allah.