Awal pagi Sabtu ibu, ayah dan Farouk bertolak ke SMJK Pulau Sebang , Tampin
untuk menghadiri kejohanan taekwando.
Farouk turut mengambil bahagian dalam perlawanan nie.
Sejak berumur 5 tahun Ayah hantar Farouk ke kelas taekwando bersama 4Farahs.
Gambar sewaktu 5F mengikuti kelas taekwando.
Kalau tak silap ibu masa ni Farouk berumur 6 tahun.
Kami tiba di Tampin awal pagi.
Singgah bersarapan dulu di pekan.
Pendaftaran diuruskan oleh Sir Firdaus.
Peserta ni digabungkan dari 3 buah negeri-
Johor (Muar), Melaka dan Negeri Sembilan (Rembau).
Ayah selaku juru gambar yang setia.
Dah 2 tahun Farouk "bercuti" dari arena taekwando sebab Along, Angah sambung belajar di universiti.
Beby dah tamat dan berjaya memperolehi black-belt.
So Naurah dan Farouk ambil kesempatan merehatkan diri jugak.
Akhirnya awal tahun 2014 ayah berjaya memujuk Farouk sambung semula
kelas taekwando.
Banyak skill farouk dah lupa agaknya......
Perlawanan bermula 9 pagi.
Perlawanan yang pertama Farouk (biru) berjaya menewaskan lawannya.
Farouk menang dan layak ke perlawanan seterusnya.
Terlopong mulut ibu dan ayah.
Sungguh ibu tak sangka Farouk begitu tangkas di gelanggang.
Hilang segala sifat manja dan lembik dia.
Farouk mampu menjatuhkan lawannya sebanyak 3 kali.
Ibu macam tak percaya si bujang ibu begitu tangkas dan kuat......
Isi perut dulu sementara menanti perlawanan penentuan kemenangan/kekalahan.
Bila disisi ibu mulalah nampak kemanjaan dia.
Agaknya sebab ibu dan ayah masih anggap dia baby boy kot.....Adeh...
Perlawanan seterusnya bermula sesi petang.
Dengan sabar ibu dan ayah menanti.
Antara aksi Farouk yang sempat ibu rakam.
Perlawanan ke 2 Farouk di tewaskan oleh lawannya.
Apapun ibu dan ayah amat bangga dengan Farouk.
Kalah menang adat perlawanan.
Bergenang airmata Farouk bila dia kalah.
Biasalah Farouk tu.
Bintang airmata....he3x.......
Lebih kurang pukul 4 petang barulah tamat perlawanan.
Ayah singgah dulu dipekan Tampin.
Ayah hadiahkan Farouk sepasang kasut sebagai beri sokongan.
Sesi isi perut.
Kat Pekan Tampin ni ada sebuah restaurant nasi beriani terkenal.
Tapi tangan Farouk dengan lajunya tunjuk KFC.
Adeh....redha jelah ibu.
Ikut ajelah selera dia.
Ibu dan ayah berkongsi 1 pinggan je.
Maklumlah tekak "orang tua" dah tak lalu nak telan KFC nie.
Kami meneruskan perjalanan keSeremban kerana ayah ada jemputan Makan Malam
di The Royal Bintang And Spa.
OTW Farouk tertidur kepenatan........zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...
Bukan main lena dia tidur.
Sampai di RnR Senawang (TQSM Aziela tolong betulkan..ibu ni bermasalah typo kalau edit guna tab)
ibu kejutkan dia untuk mandi
dan tukar baju bagi acara dinner........
Bukan main lena dia tidur.
Sampai di RnR Senawang (TQSM Aziela tolong betulkan..ibu ni bermasalah typo kalau edit guna tab)
ibu kejutkan dia untuk mandi
dan tukar baju bagi acara dinner........
11 ulasan:
Wah....memang tangkas. Terlambung lawannya.... Syabas Farouk. Adam pun dah lama sangat tinggalkan kelas. Dok yellow belt juga la lagi. Kak, RnR Senawang kot...kalau nak pergi Seremban, tak lalu Rawang...hehehe
to Aziela
2lh, he3x...xsangka boleh thn dia punya stemina tu..
Oppsssss....TQSM aziela...typo la tu...nnti akak betulkn...Rawang dh nk ke perak.....he3x...
Wah bestlah masuk pertnadingan..harap faiz dpt ikit mcm farouk...anak ayu tu pun bintang air mata
Syabas Farouk teruskan usaha ye :)
waa kira permulaan yang baik but farouk tu, tahniah.
NzA..comelnya gaya Farouk tido...
Ala... Comelnya Farouq tidur...
Tahniah Farouq walaupun kalah dalam pusingan kedua. Usaha lagi.
Pulau Sebang tu dah nak dekat dengan kampung saya...
Tahniah farouk..kalau la acik tau awalkan Nza ada diseremban..boleh juga acik hantarkan kuih untuk NzA rasa.
Salam Akak~
bagusnyeeee.. semua anak2 ade seni mempertahankan diri. baik jugak untuk anak pompuan kan~ sekurang2nye ade jugak skill utk pertahankan diri.
Alahaiiii.. sian dia kepenatan~
Padanlah Sabtu yang baru lalu ni bila hantar anak ke sekolahnya nampak banyak budak-budak taekwando. Rupanya ada pertandingan.
Berbeza ya mama's boy ni di depan ibu dan bila perlu berdikari. Bagus juga kalau begitu sikapnya. At least, kita tahulah dia boleh je menjaga diri tanpa kita :)
disini ada kak ibu tulis ye.... kesibukan kak ibu tak sempat nak menyapa... kalau tahu kak ibu ke seremban memang akan curi masa jumpa dengan kak ibu
Tahniah Farouk!
Moga Farouk juga berjaya memegang talipinggang hitam suatu hari kelak.
Catat Ulasan