Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 Februari 2013

Karnival Pengajian Tinggi Negara @ MITC Melaka.

Kisah basi sebenarnya tapi ianya tetap dicatat dalam diary 4Fn1Mf-Family.
Rasanya tak adalah basi sangatkan sebab hari ni baru hari Selasa.....
Apa-apa jelah ibu....

Hari Sabtu Beby a.k.a Farah Najdah ikut rombongan sekolah ke Melaka.
Ada karnival  di MITC Melaka.
Biasanya cikgu akan bawa calon SPM ke sana.
Tahun lepas Angah pun pergi tetapi di Johor Bharu.

Balik dari karnival macam-macam ibu dengar kisah beby.
Kejap nak ambil course itu la..ini la...macam-macam.
Apa-apa jelah Beby, yang penting SPM nanti Beby dapat kejayaan cemerlang....

Gambar-gambar ni ibu ambil daripada kamera ibu yang dipinjamkan pada Beby.
Maklumlah dia memegang jawatan Ketua Editor sekolah
dan sering berebut kamera dengan ibu dan ayah.
Terkadang dia rembat DSLR ayah dan terkadang dia rembat kamera digital ibu.
Bila bagi yang lama pandai pulak dia demand nak guna kamera yang baru manjang.........

Jom layan gambar jelah.
Entah apa la motif  gambar nie....

Pintu masuk...






 Rombongan Cik Najdah singgah di Dataran Pahlawan.
Area sini memang banyak la muzium untuk dijejaki.....

 Pakwe mana la pulak budak Beby ni jumpa....
Pakai macam askar Jepun....hehehe.....

dan banyak-banyak tempat, kat depan pokok ni pulak dia posing....Alahai anak.....

25 Februari 2013

Pavlova vs Melty Vanila Coc

Petang semalam pavlova dan melty yang ibu order sampai depan pintu rumah.
Ibu order melalui rakan sekerja  melalui FB.
Ibu dah pernah makan pavlova sebanyak 2X tapi ibu belum pernah rasa melty tu....

 Pavlova yang nyummy....sekelip masa je licin......

Melty vanila coc......

TQSM Mizah...memang sedaplah......

24 Februari 2013

Membawa Haluan....

Sejak hari Jumaat Ayah outstation ke Terengganu selama 3 hari.
Semalam seawal pagi 7 pagi ibu keluar rumah kerana ada meeting PPIM di Muar.
Seawal pagi juga Beby bertolak ke Melaka kerana ada karnival kerjaya di MITC.
Seawal pagi Angah hantar Farouk ke sekolah kerana latihan merentas desa.
Seawal pagi Naurah ke Kelas Khas di Sekolah Agama.
Masing-masing membawa haluan berbeza.....

 Mesyuarat rutin awal tahun untuk guru pemimpin PPIM.

 Mesyuarat sekadar di dewan sekolah.....

Tiada meja disediakan, maka.... peha mengantikan meja....

Petang2"kakak supir" yang baru dapat lesen terigin nak bawa kereta.
Maka si puan besar perlu berada disebelah.
Belajar kereta kancil, tapi berangan nak pandu MPV..
Belajar kereta manual tapi kedua-dua buah kereta adalah auto.
Terpaksa menyesuaikan diri dalam situasi berbeza.....
Syabas kerana "kakak supir" cepat menyesuaikan diri.

 Kakak supir bawa puan besar ronda-ronda sekitar pekan yang agak sibuk.
Sudah ada keyakinan melalui jalan 2 lorong dan berhenti di trafik light....

Berhenti seketika untuk membasahkan tekak...

Coconut shake untuk kakak supir adik beradik dan jugak untuk puan besar.....

sambil tu cari popcorn..Dah 2-3 hari puan besar mengidam nak makan benda alah nie..
Akhirnyaaaaa.....lalala...

About me