Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 Februari 2013

Pavlova vs Melty Vanila Coc

Petang semalam pavlova dan melty yang ibu order sampai depan pintu rumah.
Ibu order melalui rakan sekerja  melalui FB.
Ibu dah pernah makan pavlova sebanyak 2X tapi ibu belum pernah rasa melty tu....

 Pavlova yang nyummy....sekelip masa je licin......

Melty vanila coc......

TQSM Mizah...memang sedaplah......

24 Februari 2013

Membawa Haluan....

Sejak hari Jumaat Ayah outstation ke Terengganu selama 3 hari.
Semalam seawal pagi 7 pagi ibu keluar rumah kerana ada meeting PPIM di Muar.
Seawal pagi juga Beby bertolak ke Melaka kerana ada karnival kerjaya di MITC.
Seawal pagi Angah hantar Farouk ke sekolah kerana latihan merentas desa.
Seawal pagi Naurah ke Kelas Khas di Sekolah Agama.
Masing-masing membawa haluan berbeza.....

 Mesyuarat rutin awal tahun untuk guru pemimpin PPIM.

 Mesyuarat sekadar di dewan sekolah.....

Tiada meja disediakan, maka.... peha mengantikan meja....

Petang2"kakak supir" yang baru dapat lesen terigin nak bawa kereta.
Maka si puan besar perlu berada disebelah.
Belajar kereta kancil, tapi berangan nak pandu MPV..
Belajar kereta manual tapi kedua-dua buah kereta adalah auto.
Terpaksa menyesuaikan diri dalam situasi berbeza.....
Syabas kerana "kakak supir" cepat menyesuaikan diri.

 Kakak supir bawa puan besar ronda-ronda sekitar pekan yang agak sibuk.
Sudah ada keyakinan melalui jalan 2 lorong dan berhenti di trafik light....

Berhenti seketika untuk membasahkan tekak...

Coconut shake untuk kakak supir adik beradik dan jugak untuk puan besar.....

sambil tu cari popcorn..Dah 2-3 hari puan besar mengidam nak makan benda alah nie..
Akhirnyaaaaa.....lalala...

22 Februari 2013

Makcik Supir Baru....

Pon.....pon.....pon.....
Tumpang lalu.......tumpang lalu......

Nak cerita pasal makcik supir.
Bertambah lagi ahli persatuan makcik supir kat rumah ibu....
Kelmarin Angah dan Beby serentak duduki ujian memandu.
Angah test  lesen kereta dan Beby lesen motosikal.
Alhamdulillah kedua-duanya lulus dengan jayanya.
Jaya ke...??? Apa-apa jelah yang penting lulus....

Bertambah senang la kerja ibu kerana sekarang Along dan Angah dah boleh pandu kereta.
Bertambahlah driver untuk kami pergi shopping kalau ayah outstation.
Lepas ni  ibu dah boleh jadi Puan Besar...la.la.la.la.....memang dah besar pun....huhuhu....

Pagi-pagi ibu dah tak perlu tergesa-gesa ke sekolah kerana
Beby dah mampu bonceng Naurah ke sekolah naik motosikal.
Syhhhh!!!!!! sebelum ni pun Beby dah pun bonceng Naurah ke sekolah walaupun
memegang lesen L..Ampun ye pak polis.....huhuhu...

Selamat datang ahli baru......

p/s:
Esok ibu ada meeting di Muar...Ayah meeting di Terengganu....

About me