
Salam rindu semua.
Mood berblog masih ke laut.....
Hari ni ibu nak cerita tentang maid yang tidak berbayar.
Last year ibu dah ada "maid" free.
Mood berblog masih ke laut.....
Hari ni ibu nak cerita tentang maid yang tidak berbayar.
Last year ibu dah ada "maid" free.
Masa tu Along tamat SPM dan menunggu panggilan ke matrik.
Tahun ni ibu dapat seorang lagi "maid free".
Giliran Angah pula mengambil alih tugas Along.
Ringan la sikit tugas ibu di pagi hari.
Sekarang Angah sedang belajar memandu kereta.
InsyaAllah akhir bulan ni angah test lesen memandu.
(tak lama lagi dapat pulak "kakak supir" free...)
(tak lama lagi dapat pulak "kakak supir" free...)
Sambil-sambil tu angah tolong ibu masak bila tak ada kelas driving school......
Kalau sesiapa yang sering ke blog ibu akan tahu Beby adalah masterchef kat rumah ibu.
Angah lebih suka menolong ibu dalam kerja-kerja berkaitan dengan kerja perkeraniaan.
Dan angah memang tak minat masak.
Maklumlah budak skema.....hehehe......
Gambar kenangan angah (paling kiri) bersama best friendnya.
Ibu kidnap daripada FB kawan Angah.....
Maklumlah budak skema.....hehehe......
Gambar kenangan angah (paling kiri) bersama best friendnya.
Ibu kidnap daripada FB kawan Angah.....
Misi utama Angah sekarang belajar memasak.
Bila Angah tak ada kelas memandu, angah akan masak untuk kami sekeluarga.
Alhamdulillah, setelah gigih belajar masak pelbagai resepi,
ibu akui angah memang ada bakat juga dalam memasak.
Cuma sebelum ni tak pernah ingin mencuba....
Alhamdulillah, setelah gigih belajar masak pelbagai resepi,
ibu akui angah memang ada bakat juga dalam memasak.
Cuma sebelum ni tak pernah ingin mencuba....
Setakat ini angah dah cuba beberapa resepi asas seperti masak kari, rose black pepper, tomyam,
ayam masak nyum-nyum (suka suki ibu letak nama resepi tu), masak kurma
dan beberapa masakan lain...
Jom layan gambar yang sempat ibu snap.......
Gambar masakan lain ibu tak sempat snap sebab ibu makan sampai xhinggat....
Misi pertama angah belajar masak karipap.
Abaikan inti karipap yang dah mula meleleh keluar tu......
Karipap dah siap.
Dan sila abaikan bentuk karipap yang pelbagai.
Almaklum la kanzzzz......
Almaklum la kanzzzz......
Percubaan pertama yang berjaya walapun kulitnya agak tebal....
Tomyam ayam + udang.
Boleh tahan jugak rasanya....
Ayam goreng rangup.....Aikkkk!!! semuanya kepak!!!! Ada 6 ketul semuanya.
3 dah di bedal oleh ibu dan farouk....hehehe.....
Apapun, setiap pembelajaran akan memberi input yang amat berguna untuk diri kita.....