
Pagi-pagi Jumaat kami masing-masing dah sibuk.
Pendaftaran pelajar baru ke tingkatan 1.
Angah tolong uruskan Naurah.
Setelah menolak ke SBP Sains Kluang,
akhirnya Naurah ke Rancangan Khas Agama di SMKBG.
Naurah mengikuti jejak langkah kakak2nya menolak ke sekolah berasrama.
Walaupun ramai rakan2 guru dan family terkilan dengan penolakan itu
tapi itulah yang terbaik untuk anak-anak ibu.
Bagi ibu dan ayah, walau dimana anak-anak belajar mereka
tetap akan cemerlang jika tekun belajar kerana cikgu semua dari produk yang sama.
Kami cuba buktikan....InsyaAllah...
Naurah juga ditempatkan di kelas 1 Ibnu Sina kelas yang sama pernah diduduki
Along, Angah dan Beby dulu.....
Beby jugak ke sekolah untuk pendaftaran.
Beby terus melangkah ke kelas pertama, 5Sains1....
Good Luck untuk SPM.
Si ibu juga sibuk ke sekolah sejak 3 hari yang lalu.
sempat posing sebelum ke sekolah.
Farouk masih lena beradu................zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........
Tinggallah dia di rumah sorang-sorang.