Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

31 Disember 2011

Souvenir dari Korea, Vietnam, Thailand, Paris, Sarawak, CHighland n P.P

Panjang la pulak tajuk n3 ibu kali ini...
Takpelah, janji gembira....

Suka, gembira, bahagia bila diri ini sentiasa diingati dan
dihargai oleh orang-orang sekeliling.
Ada aje souvenir yang ibu terima.
Bulan ini saja banyak sungguh ibu terima souvenir...
Gembira sangat.....

Ni souvenir dari adik ibu yang baru balik Korea minggu lepas. 
Adik K juga ada bagi souvenir dari Vietnam dan Paris tetapi tak sempat nak snap.
Maklumlah adik kerja disyarikat perlancongan dan boleh dikatakan setiap bulan terbang sana sini.
Sampai adik K dah rasa bosan untuk terbang kerana kerap sangat
meninggalkan anak dan isteri tercinta....
Apa nak buatkan, demi tugas......

Tapi yang paling best, ibu dan anak-anak tak pernah dilupakan.
Dan kami yang paling banyak terima souvenir....
Yang bestnya adik K tak pernah lupa beli FM untuk kakaknya ni.
Ibukan peminat tegar FM....
Thanks a lot dik....

Thanks uncle kerana bagi hadiah untuk Farouk....

Budak ni yang selalu dapat lebih sebab dia kamching dengan Uncle K.
Semua yang dipakai dari kepala sampai ke kaki(stokin) uncle yang bagi....
Dah macam-macam koleksi t-shirt dan souvenir dari seluruh dunia yang
Beby dapat dari Uncle K tu.....

Ini dari Uncle K juga..Ni dia beli kt Thailand sebelum berangkat ke Korea...

Ini pula dari adik ibu Ahmad Zaki yang baru balik dari bercuti di Sarawak
dengan family 2 minggu lepas.
Ibu dapat kain batik borneo, ikan terubuk masin dan anak-anak dapat cenderahati kt atas tu
dan t-shirt......
i like...

Ini batik Sarawak juga.
Ibu dapat dari Ummiross yang amat pemurah tu.
Masa cuti ibu ada order sebanyak 44 helai kain batik.
27 helai untuk buat uniform kami......klik sini .
Thanks a lot Ummi...sayang Ummi...Muah....
Bertambah koleksi kain batik Sarawak ibu.
Maklumlah sejak kena Ummiross ibu jadi peminat kain batik Sarawak.....

Sekembalinya dari balik bercuti, ibu terima 1 sampul surat dari seseorang.
Suspen juga.
Rupanya Ummi Hanie yang cantik jelita tu
bagi cenderahati untuk ibu bagi pengomen terbanyak.
Memang ibu tak tahu langsung tentang hadiah ni semua kerana
agak lama ibu menyepi dari dunia blog.
Thanks hanie....Suka sangat-sangat.
Banyak pula tu......

ni pula dari rakan sekerja ibu yang pergi bercuti di CHighland dan Penang.....
Thanks Mizah dan Ina......

p/s:
Semoga Allah murahkan rezeki kalian....amin.

30 Disember 2011

Kami @Jepun

Jepun la sangat...hi.hi.hi.....
Anak-anak masih dalam mood cuti.
Ibu dan ayah pula dalam mood dah pokai.
Masing-masing sibuk dok bodek Ayah nak pergi bercuti lagi untuk
penutup 2011.
Alahai anak-anak, tak puas-puas pergi bercuti.........
Katanya teringin nak ke Melaka sekadar shopping
dan jalan-jalan.....

Si Ayah pula jenis yang tak banyak songeh.
Maklumlah si Ayah ni seorang yang pendiam dan tak pandai menolak
permintaan anak berbanding ibu
yang tidak akan teragak-agak menolak
ajakan jika tidak setuju.

5 lawan 1, sudah semestinya ibu kalah.
Ayah ambil sikap berkecuali kerana ayah bertindak sebagai driver kami....
Jawabnya ibu kena mengalah dan anak-anak tersenyum gembira....

Model tetap ibu di Jepun..Oppss!!!!di Dataran Pahlawan Melaka.........

Anak-anak ibu peminat fanatik shushi...
Benda alah nie la yang depa nak cari sebenarnya.
Hampir muflis ibu dibuatnya.
Setiap kali makan mesti kena sediakan lebih RM100+....
Nasib baik ayah tak suka sushi..........

ronda-ronda BandaraRaya Bersejarah-Melaka....
Sesak dengan orang ramai dan pelancong.......

Bergambar di depan Taming Sari....

 Posing dulu sebelum aktiviti shopping bermula......

Kami berpecah kepada 3 kumpulan.
Along, Angah dan Beby (3F) nak ke Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan.
Entah apa la mereka nak cari.
Katanya nak beli baju kat Butik Padini.
Farouk pula ajak ayah nak ke Muzium.
Ibu dan Naurah hanya ronda-ronda disekitar kawasan tu aje....
Tak de mood nak ikut mereka semua tu......

Farouk dan Ayah sedang meninjau tempat yang hendak dituju.......


Ibu dan Naurah ke Dataran Pahlawan.
Lepak-lepak dan window shopping di Mahkota Parade.
Nyaris ibu nak rembat handbag.
Nasib baik ada Naurah yang jadi penyelamat.
Katanya : "Ibu, handbag ibukan  dah banysk...banyakkkkk sangat..
Tak baik tau membazir...Allah marah..
Hu.hu.hu....tersentap ibu..terus letak balik dan tak jadi nak beli......

Kita posing jelah kakak ye....

@Dataran Pahlawan

Lepak-lepak dengan Naurah hingga menjelang Maghrib...

Sementara menunggu solat Maghrib....

Selesai solat Maghrib sambung window shopping lagi....

Penat ronda-ronda ibu dan Naurah singgah McD.
Yang lai n entah kemana.
Hilang jejak.
Kami janjii berkumpul di depan surau.......

p/s:
Ramai rakan bertanya kenapa ibu sedih.
Sebenarnya xde apa2 yang serius.
Sekadar ada salah faham sikit dengan best friend ibu.
Semuanya dh settle......
Thanks semua kerana ambil berat...

29 Disember 2011

Penceramah Huru-Hara...

Semalam mesyuarat, hari ini mesyuarat.
Lepas mesyuarat terus sambung dengan "in house training".
Dan ibu antara Pengerusi Panitia yang telah hadir 
kursus KSSR selama 1 minggu pada bulan lepas.

Ingatkan minggu depan baru nak buat kursus
tapi GB suruh selesaikan segera.
Mak aiiiii!!!! tanpa sempat nak prepare apa-apa.
Main tibai semacam je.
Entah faham ke tidak apa yang ibu sampaikan.
Hentam jelah nyah.....ha.ha.ha......

Lepas tu sesi soaljawab.
GB dan PK mengasak dengan bermacam-macam soalan.
Rasa macam kena interview pulak.....he.he.he....

 Termenung si ibu bila tiba-tiba rasa macam hadiri interview minta kerja pulak....
Macam-macam soalan yang ditanya...
Ada aku kisah.......

 dah termenung, pura-pura tertunduk malu la pulak.
Konon-konon control ayu la tu....
Ada ke penceramah camtu.....??????.

bukan main gelak pula......
Pembantu dibelakang setia membuat catatan..
Catat jangan tak catat.....
Bagus..bagus...nanti tambah gaji ok....he.he.he....

Alhamdulillah, ibu dibantu oleh rakan-rakan yang sama-sama berkursus
dalam subjek masing-masing tetapi punya objektif yang sama......
Nak jimat masa dan tenaga punya pasal kami saling berganding bahu membuat
huru hara di bilik mesyuarat...ha.ha.ha.....

KSSR=Kerja Semput Sampai Rebah......

p/s:
Hari yang agak sedih....hu.hu.hu...
Maafkan aku N....

About me