Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 Julai 2020

Anak-anak Bulus PKP

Assalamulaikum.
Bersua lagi.
Kali ni ibu tepek gambar anak-anak bulus yang lahir semasa PKP.
Lahir pada 28 April 2020.
Anak-anak ni lahir dari dua ibu berbeza tapi keduanya bergabung tenaga membesarkan anak-anak.
5 ekor anak mummy Shopee dan 3 ekor anak mummy Grey.
Grey dan Shopee ni bermadu.
Dah 2 kali mereka lahirkan anak pada tarikh dan hari yang sama.
Mummy Grey dan Mummy Shopee.

Hari pertama baby dilahirkan.

8 ekor anak-anak bulus bergabung di dalam satu sangkar.

Kemain berpeluk-pelukkan.

Inilah selonggok anak-anak bulus PKP.
Seekor mati semasa berusia 1 minggu.
Mungkin masa lahir dah sakit.
Dan seekor mati diusia 1 bulan.
Ibu pun tak pasti sebab apa...Mungkin keracunan.
Ibu namakan mereka Corona, Covid, Zombie, Gemuz, Kuruz, dan Manja.

Hai..kami kembar 3.Nama kami Corona, Manja dan Covid.

Corona dan Manja.

Covid dan Corona. Dua-dua muka serius je.

Saya Manja

Saya Manja. Muka saya comel dah ayu berbanding kembar saya.

Saya Covid. Muka saya agak serius.

Kami pun kembar. Nama kami Gemuz dan Kuruz.


Saya Gemuz. 
Saya suka makan sebab tu badan saya lebih berbanding adik beradik lain.

Saya Zombie. Saya antara paling cerewet bab-bab makanan.
Jenuh ibu belikan pelbagai jenama Kibbles tapi satu pun Zombie tak makan.
Zombie sanggup berlapar. Sampai kurus kering badan Zombie.
 Nak tak nak ibu terpaksa bagi Zombie makan nasi + wet food.
Barulah Zombie makan......

Saya Cow. Usia saya tak panjang.
1 bulan je ibu sempat jaga saya.
Balik kerja ibu lihat saya dah terbaring kaku.....huhuhu....

Tidak lama lagi Geng PKP  ni akan menerima adik baru walaupun umur mereka baru  masuk 3 bulan.
Produktif betul la mummy diaorang ni.

#BerkongsiRezeki
#CatLovers


25 Julai 2020

Cara Mudah Membuat Telur Masin

Assalamulaikum semua.
Bersua kembali.
Kali ni ibu nak share cara memproses telur masin daripada telur ayam.

Bahan-bahan :
250 gram garam kasar-masakkan dengan air dan sejukkan.
10 biji telur ayam.
5-7 ulas bawang putih dihiris nipis-nipis.
10 biji cili dipotong-potong sedang.

Masukkan semua bahan-bahan di atas.
Biarkan selama 10-15 hari.

Ibu lebih suka goreng telur masing berbanding direbus.
Cara mengoreng :
1 biji telur masin
Setengah biji bawang hollen @ bawang besar.
Kacau sebati..kalau nak sedap hancur-hancurkan telur kuning sebelum digoreng
Goreng dan siap dihidangkan.

Selamat mencuba

16 Julai 2020

Resepi Mudah Kerepek Bayam Brazil

Assalamulaikum.
Bersua kembali dengan resepi simple ibu.
Kali ini cara nak buat kerepek bayam simple.


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
Minyak masak
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Bayam Brazil.

Cara-cara :
Bancuh tepung gandum dan tepung jagung + perasa
Panaskan 4 sudu besar minyak dan curahkan ke dalam bancuhan tepung.
Kacau sebati dan masukkan air secukupnya agar adunan menjadi agak pekat.
Masukkan bayam brazil dan gaul sebati.
Goreng ke dalam minyak panas.

15 Julai 2020

Resepi Murtabak Mini

Assalamulaikum semua.
Hari ini ibu nak kongsi murtabak mini yang selalu ibu fozen kan.
Meh kita tengok resepinya.


Bahan-bahan:
Kulit popia
Minyak masak
4 biji bawang hollen-potong dadu
2 ulas bawang putih-cincang
4 sudu besar rempah kari daging-bancuh dengan air
5 biji telur ayam
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan minyak.
Tumis bawang hollen + bawang putih dan rempah kari daging.
Bila naik minyak masukkan telur dan kacau sebati.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Guna 2 keping kulit popia setiap murtabak.
Lipat 4 segi dan gunakan air untuk lekatkan popia.
setelah siap bolehlah dibakar di atas kuali.
Gunakan sedikit minyak atau majerin semasa membakarnya.

Selamat mencuba.

13 Julai 2020

Resepi Kek Labu Sukatan Cawan

Assalamulaikum.....Bersua lagi.
Hari ni ibu nak share resepi Kek Labu.
Sukatan ikut cawan je ye.

Kek Labu...yang garis-garis hitam tu sebenarnya kek sponch yang berbaki kat rumah.
Nak elak membazir jadinya ibu potong-potong dan susun sekali dalam loyang.

Bahan-bahan :
Bahan A
2 cawan labu yang telah direbus dan dilenyekkan.
1 cawan minyak masak
1/2 cawan gula pasir
1 atau 2 biji telur
secubit garam
*kisar dalam mesin pengisar.

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bancuh Bahan A dan Bahan B
Bakar pada suhu 180 darjah = 60 minit (Bergantung pada jenis oven masing-masing)



11 Julai 2020

Petua Hindari Serangga Pada Pokok

Bersua kembali....
Ibu nak kongsi petua untuk hindari serangga perosak.
Habis pokok bayam brazil dan daun kunyit ibu rosak akibat gigitan serangga pada daunnya.
Hari ni ibu sekadar nak share sedikit tips untuk menghindari serangga pada pokok.

1. Kulit Telur
-Kisar kulit telur dan tabung di sekeliling pokok.

2. Bawang Putih
-Tanam beberapa ulas bawang putih bersama hasil tanaman.
Kalau tanam dalam pasu boleh cucuk sekali beberapa ulas bawang putih.

3. Semburan Cecair
 -1 sudu serbuk cili / 5 biji cili padi dikisar
-1 sudu besar sabun cuci pinggan
-1 botol mineral (500ml) air
-1 sudu besar soda bikarbonat
-5 ulas bawang putih.....

Selamat mencuba.




9 Julai 2020

Tahniah Beby #Teacher2b

Jumpa Draf lagi
Kisah entah berapa tahun lepas.
Beby pun dah nak tamat pengajiannya.

5.3.2018
Urusan pendaftaran Beby sebagai siswazah jurusan 
Pendidikan Bahasa Inggeris (TESL) di UiTM Puncak Alam 
berjalan lancar.
Alhamdulillah. 
Terima kasih Allah
#Teacher2b
Sekurang-kurangnya ada juga salah seorang anak ibu mengikut jejak langkah ibu bergelar cikgu....
Wajah ceria bakal seorang teacher

Urusan berjalan lancar.

Selamat tinggal Beby.
Belajar elok-elok.
Moga terus cemerlang.

8 Julai 2020

UMRAH-Kota Mekah Part 1

Bersua lagi dengan kisah ibu yang dah berlapuk.
Draf yang dah bersawang dan penuh habuk...he3x.

Kenangan umrah kali ke 2/Nov 2018.
Alhamdulillah rezeki ibu, Allah sekali lagi menjemput ibu ke sana dalam jangka masa 
tak sampai 2 tahun jarak dengan umrah ibu yang pertama Dec 2016.

Tiada tempat yang paling indah dan menusuk kalbu melainkan Kota Mekah.
Tanyalah sesiapa saja yang penah jejak kaki ke sini pasti sentiasa merindui Kaabah.
Allahhu akhbar.

Ibu dan Ayah.


Dan yang paling indah bila ibadah umrah dilakukan bersama insan2 tersayang.

Alhamdulillah tahun ni rezeki Farouk pulak mengerjakan umrah.
Terima kasih Allah.

Farouk bersama kawan baru....

Hero-hero kesayangan ibu.

Telaga zam-zam. 
Belakang tu ada sebuah perkampungan dan di situlah 
tempat tinggal atok ayah dan atok mak.
Di situ jugalah tempat abah dilahirkan.

Keindahan Kota Mekah yang sering jadi impian ibu untuk ke sini setiap masa.

Bertabahlah ibu kena jadi model en suami.
Kenang-kenangan katanya.

Dan lagi..

Suasana di Kota Mekah

Ibu dikelilingi hero-hero kesayangan. Ni semasa di Gua Hirah


Group Umrah Juara. 
Memang perkhidmatan terbaiklah.

Ya Allah Ya Tuhanku...jemputlah lagi ke sini....Insyaallah..Amiin3x.






7 Julai 2020

Akhirnya Labu Pergi Jua

Labu salah seekor kucing kesayangan ibu.
Hampir 3 tahun Labu jadi sebahagian ahli keluarga kami.
Seekor kucing jantan yang sangat manja.
Tak banyak kerenah cuma agak cerewat dalam memilih makanan.

Uniknya Labu ni ia tidak mengiau macam kucing lain tapi bunyi "maaa...maaa..."
bila nampak ibu.
Kadang-kadang orang yang dengar kali pertama pun pelik dan hairan.

Dah hampir 4 bulan Labu hilang namun Labu tetap dalam ingatan ibu.
Ibu pun tak pasti Labu sesat atau dibaham anjing liar...
Semoga Labu menjadi salah satu saham pahala untuk ibu "di sana". 
Insyaallah
Labu jadi kesayangan 5F

Labu dalam kenangan

Tak pernah tak sayang....

Rindu tak bertepi.

Hanya pencinta kucing saja yang faham bagaimana sakitnya bila kehilangan makhluk ini.
Mereka adalah sebahagian dari keluarga kami.




4 Julai 2020

Beby dan Konvo

"Kisah tertunggak 3 tahun yang lalu."

11.4.2018

Kisah tahun lepas yang ibu tepek dalam draf.
Kenangan indah menyaksikan kejayaan anak-anak.
Selang 2 hari ibu dan Ayah hadiri majlis konvokesyen Angah dan tiba giliran Beby pula berkonvo di
PICC-Putrajaya Internasional Covention Centre.
Alhamdulillah. Bahagianya seorang ibu dan Ayah menyaksikan anak-anak naik kepentas.
Hilang segala penat lelah melihat kejayaan anak-anak.

Sekarang Beby sedang menyambung degree dalam bidang 
Pendidikan Bahasa Inggeris (TESL )
di UiTM. 
Adalah seorang pelapis ibu dalam bidang pendidikan.
Terima kasih Allah.

Beby a.k.a Farah Najdah

Ayah...Beby...Ibu

Saat gembira dan bahagia.


Ayah...ibu dan Naurah.

Pra-Konvo.

Ibu doakan semoga Beby terus cemerlang dalam bidang pendidikan dan pekerjaan nanti.
KLIK SINI :
KONVO Angah
KONVO Beby

1 Julai 2020

Angah dan Konvo

"Kisah tertunggak dalam draf 3 tahun yang lalu...eeemmm"

9.4.018  di UiTM Kampus Rembau.

Detik bersejarah buat angah.
Alhamdulillah....Kali ke 2 
Allah memberi ibu dan ayah peluang menyaksikan detik bersejarah
kejayaan anak-anak.
Kali pertama kami hadir menyaksikan Along menerima ijazah 
dan kali ni giliran angah pula.

Tahniah Angah kerana dinobatkan sebagai penerima 
degree Kelas Pertama.
Ibu dan ayah juga amat bersyukur kerana Angah juga terus 
menerima tawaran bekerja disebuah syarikat terkenal 
di Damansara setelah tamat degree.....
Kini Angah memegang jawatan Account Executive.
Cita-cita setiap pelajar pastinya untuk
menyarung jubah konvo dan menerima ijazah.
Angah dan ayah.
Tulang belakang anak- anak.

Ibu..angah ...dan...ayah.

Adik beradik. Beby seorang tidak dapat hadir
kerana selang 2 hari Beby pula berkonvo.

Orang yang paling gembira menyaksikan kejayaan anak-anak.

Bersua dengan rakan sekolah ibu dulu.
Kebetulan anak-anak belajar tempat yang sama.

Terima kasih Allah di atas segala rezeki yang Engkau berikan...
Aamiin.

KLIK SINI :
KONVO Angah
KONVO Beby

About me