Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label FAROUK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FAROUK. Papar semua catatan

9 Mac 2014

Tunai Janji.

5F yang amat berbeza personaliti namun 4Farah
 dah buktikan kecemerlangan mereka dalam UPSR dan PMR.
Along dan Angah dah buktikan dalam SPM hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Sekarang ni masa untuk Farouk pulak.

Farouk tidak secemerlang kakak-kakaknya.
Sejak tadika kakak2nya ulang alik turun naik pentas
menerima hadiah kecemerlangan akademik dan ko-kuriklum....
Mereka sentiasa berada dalam TOP3 dan TOP5 tapi
Farouk tidak begitu....

Barulah ibu dapat rasai perasaan seorang ibu yang amat-amat
mengharapkan kecemerlangan anak mereka kerana selama
ini ibu sentiasa berada dalam ZON SELESA.

Akhir tahun lepas, sebelum berangkat ke China dan semasa
ibu memenuhi impian Farouk ke Disneyland dia telah berjanji.
"Ibu, Farouk nak pandai macam Along, Angah, Kak Nana dan Kakak".
Farouk pun nak naik pentas terima hadiah macam kakak-kakak tu semua..... 
Hati ibu tercuit  dan tersentuh.
Mungkin selama ini Farouk rasa dia ketinggalan berbanding kakak-kakaknya.

Alhamdulillah di awal tahun Farouk dah mula naik pentas
menerima "batch" penghargaan NILAM.
Farouk tergolong antara 10 orang murid sekolah yang layak menerima NILAM
Ini bermakna Farouk dah membaca melebihi 360 buah buku......

Alhamdulillah, dia juga dah mula berani tampil ke depan.
Farouk masuk pertandingan deklamasi sajak.
Alhamdulillah walaupun sekadar dapat hadiah saguhati
tapi dia satu-satunya peserta Tahun 5 yang menang kategori
peserta Tahun 5/6.
Farouk juga dapat menjawab soalan kuiz spontan dengan penuh yakin..

1. Hadiah kemenangan deklamasi sajak.
2.Malu-malu kucing kena paksa bergambar oleh ibu...hehehe....
3. Bersama pemenang pelbagai kategori yang dipertandingkan.
4. Hadiah kemenangan kuiz.

Hari Jumaat Farouk terpilih untuk ikut serta dalam Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR.
8 orang murid tahun 5 dipilih untuk ikut serta.
Alhamdulillah, ibu lihat dia tekun mendengar, mencatat dan menjawab soalan2 
yang dikemukan oleh penceramah.
Farouk juga menerima cenderahati dari penceramah kerana menjawab soalan dengan tepat.
1. Cenderahati yang farouk dapat berupa alat tulis.
2 dan 3. Tekun mendengar dan membuat catatan.
4. Makan bersama abang senior....

Yang pastinya Farouk ada perkembangan positif walaupun
kadang-kadang ibu perlu bertukar jadi mak tarzan kerana
dia masih skip dalam menyiapkan home work dan kurang tumpuan dalam kelas....
Namun ibu tidak putus-putus mengamalkan amalan ini
untuk anak-anak ibu....
InsyaAllah, doa seorang ibu paling mujarab dan sentiasa diperkenankan 
olehNya....

22 Februari 2014

Farouk dan KFC

Godek2 n3 terjumpa draf yang boleh dikira basi tahap gaban + otomen..
Kisah beberapa bulan yang lalu.
Dan dalam tahun yang lalu.....
Ibu pn tak pasti macam mana boleh lupa nak publish n3 nie....Aduyai.
Sorrylah ye..kenangan tetap kenangan dan kena tepek dalam diary....

Kisah si bujang Farouk.
Kesian sungguh dia bila tiba hari lahir ayah asyik tak ada,
 ibu demam tak kebah-kebah.

Dah 2 minggu ayah sibuk dengan kerja diluar kawasan....huhuhu.....
Untuk tidak menghampakan Farouk,
Ayah curi-curi masa balik dan bawa dia makan-makan kat KFC
 memandangkan ibu tak larat nak ikut serta.
Malam esoknya ibu pulak bawa dia ke sana bersama Angah dan Naurah.

Cuma ada Angah dan kakak Naurah saja yang meraikan
birthday Farouk.
3F order Hot Box.
Tapi yang peliknya bukan dalam kotak tapi dah jadi Hot Plate pulak.

Masing-masing cuba habiskan burger dan ayamnya tapau bawak balik.

Macam terpaksa je Farouk nak habiskan burger tu....

Ni semasa di sekolah.
Murid-murid yang lahir bulan Oktober diraikan diperhimpuan mingguan...
Ce teka mana Farouk??????

20 Februari 2014

Retak Seribu

Kisah hari Ahad semasa kami hantar Along kembali ke Utem.
Satu-satunya harta kesayangan Farouk pecah berderai.
Ibu pun tak pasti macam mana tab Samsung kesayangan Farouk boleh retak seribu.
Masa screen tab Farouk pecah kami OTW dari Melaka ke Muar.
Mungkin Farouk terduduk di atas tab tu kot.
 
Kasihan ibu tengok Farouk saat tu.
Sedih je mukanya
Terdiam dan memandang sayu tabnya.
Dalam diam airmata berjurai membasahi pipi.
Sayu hati dan sedih teramat agaknya.
Tanpa suara berteman airmata....
Ibu tiba-tiba jadi sayu....
Naluri seorang ibu....huk.huk.huk.....

Farouk : Ibu, mahal tak harga tab?
Ibu : Mahal la jugak....Kenapa? (saja-saja ibu tanya buat-buat tak nampak)
Farouk : Baki duit belanja Farouk bulan ni ada berapa????
(sambil dok belek-belek tab yang dah rosak )
Ibu : Adalah sikit....kata simpan nak pergi bercuti obesi lagi.....
Farouk : Oooooo.Takpelah.....Farouk dah tak nak guna tab....
Farouk nak guna laptop kat rumah jelah.....
Farouk nak kumpul duit beli laptop utk masuk U nanti... 

*huhuhu.....ibu kena kuatkan hati dan sabar...Ibu pujuk hati agar tidak mengalah
dengan keadaan ini...itulah cara ibu didik
anak-anak ibu agar mereka faham sukar nak dapatkan duit.....
Walaupun nampak agak "keras" namun itulah cara ibu.
Tak mudah mereka nak dapatkan sesuatu..perlu usha...

Baru bulan lepas Farouk kumpul duit beli baju tabnya.
Kisahnya di SINI....Bagaimana gigihnya Farouk kumpul buku-buku dan surat khabar lama
dibawa ke tempat recycle untuk dapatkan duit.

Beginilah rupa tab Farouk.
Retak seribu......huhuhu..... 

InsyaAllah adalah rezeki Farouk tu nanti.
Sabar ye kerana Allah sayang orang-orang yang sabar....

p/s:
Minggu yang sibuk....banyak urusan luar.
Esok keluar ke UiTM  Segamat pulak.
Dah 1 minggu ibu asyik keluar dari sekolah.
Dah rindu murid-murid ibu.....hukhukhuk......

13 Februari 2014

Baby Boy Ibu

Sebelum tidur pasti ada 2 ekor bebear ni kat tempat ibu lepak-lepak.
Seingat ibu Si Gajah dan Si Kupi ni dah sebaya dengan si tuannya, Farouk.
Si Gajah tu dapat semasa ayah beli pampers untuk Farouk masa kecik2
dan Si Kupi tu ibu pun tak ingat dimana bermula kewujudannya.....


Sampai sekarang Farouk akan cari 2 ekor bebear ni bila nak tidur.
Sweet je ibu tengok bila Farouk tidur dan memeluk 2 ekor makhluk kesayangannya.

Cepat sungguh masa berlalu.
Farouk begitu cepat membesar.
Kalau boleh ibu ingin hentikan putaran waktu dan biarlah Farouk terus menjadi baby boy ibu.
Ibu rindu nak peluk dia, nak dokong dia, nak belai dia macam dulu-dulu....huhhuhu....

Semakin hari hati ini jadi sayu bila melihat anak-anak semakin membesar...boleh ke macam tu????
Antara 5F, farouklah yang paling manja dengan ibu sejak kecil.
Kakak-kakaknya lebih manja dengan ayah sewaktu kecil tapi berbeza dengan Farouk.

Minggu ke3 persekolahan, Farouk menerima watikah perlantikan daripada guru besar...

Dan lihatlah, Farouk yang paling tinggi ( 3 dari kanan) berbanding abang-abang seniornya.
Setiap kali perhimpunan mingguan, ibu lihat baby boy ibu sudah tinggi dan
beratur dibahagian belakang rakan-rakan............

Ni gambar minggu ni.
Farouk menerima lencana NILAM bersama 10 orang rakan
yang membaca buku melepasi 360 buah....

Tak habis-habis bercerita dengan bangganya dia dapat lencana tu..
Siap pergi cari ibu kat PSS selepas habis waktu sekolah.
Macam la ibu tak nampak dia kat perhimpunan tu.
Ibu merangkap juru gambar yang tak bertaliah lagi....adehhhhh....
Bingit telinga ibu tau.....

Tak habis disitu.
Balik rumah kecoh lagi.
Habis diinterviewnya bila along dapat NILAM,
bila Angah dapat NILAM,
bila Kak Nana dapat NILAM,
bila Kakak dapat NILAM.
Aduyai.....Farouk......Angah dan Kakak Naurah tu pernah ke pertandingan
 TOKOH NILAM Daerah tau......

Penerima Lencana NILAM seramai 10 orang..

Ini semasa latihan merentas desa.
Nampak sangat Farouk ni tidak lasak.
Maklumlah, Farouk membesar di taman perumahan.
Tiada rakan-rakan sebaya.
Setiap hari menghabiskan masa menonton tv, melayan tab/lappy dan psp...
Apa nak buatkan. Faktor keselamatan perlu ibu fikirkan....
Tapi menurut Farouk dia orang ke 4 dalam Tahun 5 yang tiba digarisan penamat..
Boleh caya ke??????

Setiap kali cuti sekolah, ibu dan ayah biarkan rambut Farouk panjang.
Nampak wajah keanak-anakan.
Ibu suka tengok wajah Farouk begitu.
Ibu rindu Baby Boy ibu.
Tapi ibu kena terima hakikat yang Farouk dah makin besar.......
Yang membuat ibu tersentap dan gelak guling-guling bila Farouk bertanya:
Ibu, bila Farouk nak tumbuh misai.....wakaka....

12 Disember 2013

Bila Berdua.

Sepanjang Along di wad, banyak kami lunch kat luar.
Dan yang pasti anak ibu ni lebih memilih fast food berbanding makan kat restaurant.
Ibu sebenarnya ikutkan je sebab malas nak dengar komen-komen daripada mereka semua.
Masing-masing mulalah membandingkan dengan yang ibu masak.
Mulalah hidung ibu kembang kempis walaupun terkadang geram tengok mereka
makan sambil kais-kais.....
Maklumlah mulut dah terbiasa makan airtangan ibu.
Bab kata orang airtangan ibu ni yang paling sedap walaupun si ibu ni bukannya teror memasak......

Hospital T ni berhampiran bandar jadi senanglah nak cari restaurant fast food.
Ada KFC, MBrown, Pizza-hut, Secret Recipe dan macam-macam lagi.
Kami gilir-gilir makan kat tempat-tempat tu...
Hari last Along kat wad cuma Farouk sorang yang ikut.
So ibu ikutlah pilihan dia.
DIa ni mamat pizza........

Katanya nak makan pizza yang tengah "hot" kat TV.
So untuk tidak menghampakan permintaannya ibu bawalah dia ke sana.
Dah berapa hari dia mengidam tapi disebabkan kesibukan ibu
menguruskan Along, keinginan Farouk sering tertangguh....

Minum air dulu...
Rambut Farouk dah mula panjang.
Ibu suka tengok dia berambut begini sebab nampak macam masih baby...he3X..
Sebab tu setiap kali cuti panjang ibu biarkan rambut Farouk tnpa bergunting.....

Hirup sup...roti bo layan sebab katanya tak sedapppp....

Pizza cheesy trio idaman Farouk.
Cheese melimpah ruah.

Dah tak sabar nak rasa 3 jenis keju tu......

Bukan main berselera Farouk makan.
Dia nak rasa ke tiga-tiga cheese tu.
Ibu cuma mampu makan sekeping je.
Farouk tibai 2 keping.
Ibu paksa dia habiskan tapi katanya dah kenyang sangat...sangat...sangat.
Terpaksalah ibu tapau 3 potong tu bawa balik.......
Yang penting Farouk dah lepas kempunan nak makan cheesy trio pizza.....

p/s:
Terima kasih semua di atas doa2 yang tidak pernah putus.
Kerana kalian menjadikan ibu semakin kuat dan tabah.
Terima Kasih semua kerana menceriakan hari ibu.....

27 November 2013

Farouk dan Kem Smart Al-Quran

Bersua kembali.
Keadaan ibu masih belum pulih sepenuhnya.
Mungkin faktor umur yang menyebabkan
proses pemulihan agak perlahan.

Sejak 17.11.13 (Ahad) Farouk masuk Kem Smart Al-Quran.
Dia berada di sana selama 2 minggu. Sekurang-kurangnya awal cuti farouk diisi dengan ilmu akhirat.
Persediaan awal untuk farouk.
 Ayah merancang untuk hantar farouk bersekolah tafhiz bila naik tingkatan 1 nanti. Mungkin ayah nakkan satu-satunya waris kami mengikuti jejak langkah atok sebelah ibu yang bergelar ulamak dan tok guru. Insyaallah semoga suatu hari nanti farouk mampu merealisasi impian kami menjadi seorang anak yang soleh, penuh dengan ilmu agama.
Seorang anak yang mampu menyebarkan ilmu agama pada masyarakat.
Seorang anak yang mampu mendoakan ibu dan ayah bila kami telah tiada..,....amin.

Program ini berjalan selama 2 minggu dengan bayaran RM350. Ibu rasa ianya sangat berbaloi kerana semuanya termasuk penginapan dan makan minum.

Muka sedih bila kali pertama terpaksa berpisah dengan ibu. Seorang anak manja yang sentiasa disisi ibu.
Sebenarnya ibu lagi sedih.
 Rindu farouk sangat2...huhuhu.

Semoga farouk mampu lalui saat2 ini dengan tabah dan sabar.
Ibu tidak sabar menanti 30.11.13 untuk memeluk farouk erat2....
Rasanya tak tertanggung menahan rindu pada farouk.....

13 November 2013

Lawatan Sambil Belajar-Melaka

Terima Kasih semua yang mengucapkan Tahniah di atas kecemerlangan
Angah dalam keputusan Asasi Sem 1.
TQSM

Hari ni n3 yang ibu peram lagi.
Kisah Hari Khamis (7.11.2013) .
Farouk ikut lawatan sambil belajar ke Melaka.
ROmbongan ini terdiri daripada murid-murid Tahun 6 dan
Farouk menyelit antara abang-abang senior......
Kali ini ibu tidak menyertai rombongan.
Biasanya ibu tidak pernah 'miss' join lawatan sambil belajar
murid-murid sekolah ibu.....

Farouk mewakili ibu sebagai photografer cilik.
Maklumlah, biasanya ibu yang jadi juru gambar yang tidak bertauliah
kerana di sekolah ibu merangkap guru perpustakaan dan media.

Sebelum pergi macam-macam ibu pesan:
Jaga kamera ibu elok2 ye...
Tangkap gambar cantik-cantik ( padahal ibu pun tangkap muat je....he3x.)
Jaga barang-barang Farouk elok2..
Jangan nakal-nakal dan dengar cakap cikgu-cikgu.....
Jangan beli yang bukan-bukan....
Bla..bla..bla....
Biasalah ibu jadi mak nenek bila anak nak kemana-mana.
Ayah diam membisu dan leka tengok si ibu membebel.......

Farouk bersama abang-abang senior.

Jom tengok tempat-tempat yang Farouk pergi bersama rakan-rakan.

Farouk ada belikan ibu air madu berperisa.
Sedap jugak rasanya.

Mereka juga ke area Muzium Samudera.

Masa Farouk kecil dulu, sinilah tempat paling dia suka.
Setiap kali ke Melaka pasti ayah kena bawa dia ke sini.
Pantang nampak kapal ni dia akan terjerit..Kapal lanun..kapal lanun......

Ni gambar di dalam Muzium Samudera.
Farouk dengan abang Tahun 5.
Farouk lebih tinggi.....he3x....


Bergambar diluar Muzium.
Berkerut je muka farouk.

Bersama abang-abang senior.

Di Taman Buaya.
Kat sini banyak replika yang dibina.
Banyak juga gambar yang Farouk snap di sini.
Sang buaya.

Sekeping ni je gambar yang ada Farouk.
Yang lain semua Farouk snap gambar replika.




Mereka juga ke Taman Seribu Bunga


Model "mamat bunga".......ngeh..ngeh..ngeh...

Farouk bersama rakan-rakan dan guru-guru pengiring.

Dan Farouk tidak lupa beli souvineer FM untuk ibu.
Mahal katanya....he3x.....

Farouk tiba di rumah lebih kurang pukul 10 malam.
Balik rumah mmandi dan terus ..........zzzzzzzzzzzzz....

p/s:
Minggu akhir persekolahan merupakan minggu yg amat-amat sibuk.
Hari ini berlangsung Majlis Kecemerlangan di sk ibu.

2 November 2013

Bebelan Farouk dan Melaka

Semalam selepas habis sekolah ibu terus ke Melaka untuk jemput Along.
Along akan bercuti mid-sem selama 9 hari.
Selepas ke UTeM, Along dan Angah request nak ke Dataran Pahlawan.
Memang tak ada kerja la tu anak-anak dara ibu nie...shopping kat F.O.S.
Hobi yang diwarisi dari ibu..........
Ibu senyum...."Senyum , jangan kata apa-apa.."

Ibu tak ikut mereka bershopping akibat ada sibujang Farouk.
Mamat ni bukan suka aktiviti kami.
Dia tak sporting macam ayah.
Kalau ayah berapa lama sanggup tunggu
tapi si mamat ni membebel tak habis-habis....

 Nak tutup mulut Farouk ibu belikan ais krim corneto.
Diam sekejap mulut dia sebab nak habiskan ais krim..
Lepas tu dia layan game kat tab.
Lama-lama membebel lagi..
Farouk : "Hish, Farouk tak suka la orang prempuan nie...suka habiskan duit..."..
Hamboi-hamboi...terasa ibu tau.....
Dah bosan menunggu kat tepi kolam, ibu ajak dia ke McD.
Dah tak ada pilihan sebab nak ke pizza-hut agak jauh menapak.
Rasa bersalah pulak makan McD.

Suruh dia pilih nak order apa.
Macam biasa Farouk suruh ibu pilih.
Itu satu kelebihan Farouk.
Dia akan tanya : " Ibu ada duit ke?..Ibu tak kisah ke?..Ibu nak ke?...Farouk ikut je..bla..bla..bla...
Macam la ibu tak biasa belanja dia makan......

Diam kejap mulut dia.
Yang Along dan Angah ni pun shopping sampai tak hinggat dunia.
Sampai Farouk siap pergi refill air lagi.

Lama jugak kat sini Farouk dah mula membebel semula.
Aduyai...Ayah tak pernah membebel macam Farouk tau walaupun ibu lelama shopping.
Tapi Along dan Angah tu boleh tahan lamanya.
Sejak dari lepas solat Zohor bershopping sampai azan Asar tak keluar-keluar lagi......
Dah lebih dari ibu nie....

Ibu ajak Farouk ke Taman Bunga Merdeka yang terletak berhampiran DP.
Ramai pengunjung masa ni terutama rombongan sekolah.
Minggu depan pun Farouk akan ke sini dalam lawatan sambil belajar.
Posing kejap.

Hilang la sekejap kebosanan Farouk bila ibu bawa ke sini.

Kapal terbang perang.....

Depan keretapi Tanah Melayu.

Depan deretan Muzium.
Niat hati nak masuk muzium setem tapi rasa malas pulak nak ke sana.
Lagipun ibu tengah penat maklumlah dah seharian di sekolah, lepas tu lalui trafik yang
sesak di highway. 
Masuk Bandaraya Melaka bertambah sesak sebab hari Sabtu nak raya Deepavali....

Pusing-pusing dan tangkap gambar.
Dah penat kami rehat kat taman.
Si Farouk dah penat + moody.

Mulutnya bising lagi membebel sorang-sorang..
Tiba-tiba terkeluar ayat dari mulutnya buat ibu sentap dan gelak besar :
"Hish..kalaulah Farouk dapat isteri macam kakak2 ni memang Farouk cerai je.."
Ibu : Hamboi muluttttt.....Tak baik tau cakap perkataan tu.
Nanti kalau Farouk dah kawin Farouk kena sayang isteri.....
Allah tak suka orang lelaki yang
ceraikan isteri. 
Ayah pun tak kisah tunggu ibu lama-lama....
Farouk : Yelah...tapi ibu jangan cakap kat sapa-sapa tau.
(Mungkin rasa bersalah sebab terlepas cakap....)
Tak berapa lama Along dan Angah muncul.
Kami solat Asar di surau berhampiran.

Masa dalam kereta ibu ceritakan tentang bebelan Farouk.
Masing-masing sentap dan terbahak2 kami ketawa.
Farouk moody + malu je masa tu....
Farouk : Alah ibu ni...ibu kan janji tak nak bagitau sapa2.....Tak baik tau...
Dia buat-buat tidur.......Hahaha......
Tak tahan dengar kata-kata dia tu......
Kalau la Farouk baca n3 ni habislah ibu.....he3x......

About me