Kisah 10 bulan berlalu tapi masih di dalam draf.
Oklah ibu publish jugalah untuk jadi tatapan anak cucu akan datang.....
26-29 November 2018
Oklah ibu publish jugalah untuk jadi tatapan anak cucu akan datang.....
26-29 November 2018
Sepanjang 4 hari di Madinah kami dibawa ke beberapa tempat
yang berada disekitar Masjid Nabawi.
yang berada disekitar Masjid Nabawi.
Antaranya Masjid Quba, Jabal-Uhud, Masjid Dua Kiblat, Medan Perang Khandak,
Pasar Kurma, The Holy Quran Exhibition dan lain-lain.
A. The Holy Quran Exhibition
Tempat ni terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi.
Keluar dari pintu pagar Masjid maka kita akan jumpalah
The Hoy Quran Exhibition..
The Hoy Quran Exhibition..
Ibu dikelilingi hero-hero tersayang...
AllahuAkhbar.....Terima kasih Allah kerana impian ibu tercapai untuk
datang bersama hero-hero kesayangan ibu.
Diperkarangan muzium.
Pencinta kucing
Pencinta kucing..Farouk.
Kemana-mana farouk pergi pasti ada kucing mengekori.
Tapi sedihnya kerana kucing-kucing di Madinah dan Mekah tidak terbela
dan sering dipukul berbanding semasa ibu ke Turki (Klik SINI )....
B. Kebun Kurma Majed
Kami juga berkesempatan melawat ke Kebun Kurma Majed.
Semasa 2 tahun lepas ibu dibawa ke kebun kurma lain.
Ibu rasa kedudukan di kebun Kurma Majed lebih bersih dan tersusun.
Semasa 2 tahun lepas ibu dibawa ke kebun kurma lain.
Ibu rasa kedudukan di kebun Kurma Majed lebih bersih dan tersusun.
Di bahagian dalam berhampiran pintu masuk.
Ibu dan farouk.
C. Bazar Tamar
Kami juga berkesempatan ke bazar Tamar yang terletak berapa jauh dari Masjid Nabawi.
Sempatlah ibu borong kurma, kismis dan coklat untuk dibawa balik.
Menurut pendapat, kurma Madinah lebih berkuali dan merupakan tamar kegemaran
Baginda Rasulullah s.a.w
D. Jabal-Uhud
Kali ke 2 ibu berkesempatan ke Jabal-Uhud.
Tempat yang banyak menyimpan sejarahnya yang tersendiri.
Sekarang masa untuk mendaki.
Tak tinggi mana sebenarnya tapi ibu ni sejenis seorang yang gayat...
Abah kemain kusyuk...he3x
Hero ibu. Abah dan Farouk
Jadi model Juara Travel jap. He3x
Hero ibu yang bersemangat.
Taman Hijau
Berhampiran dengan masjid Nabawi terdapat sebuah taman yang subur menghijau.
Taman yang banyak mencatatkan sejarah.
Pintu masuk ada papan tanda.
Di dalamnya tumbuhan subur menghijau.
Kalau tak silap ibu di sini juga tempat pengumuman tentang
kemangkatan Baginda Rasulullah s.a.w.
Masjid Quba
Ya Allah bila belek2 kembali gambar-gambar ni bertapa rindunya ibu untuk ke sana.
Semoga Allah sentiasa menjemput kami ke sana. Aamiin.
2 ulasan:
Great post i must say and thanks for the information. Get 1000s of Twitter hashtags using Keyword Tool for (FREE)! Grow your Twitter followers & find trending topics. #1 BEST alternative to Twitter search!
Salam, rindu rasanya nak pergi lagi...
Catat Ulasan