Bersua lagi.
Ibu cuba gagahkan jari dan memerah otak untuk membuat catatan di sini.
Alahai banyak dah yang ibu lupa sebab dah 5 bulan berlalu.
Hari ini ibu nak share Siri ke 2 kisah Jelajah Negara Turkey.
Sila klik untuk Siri 1 Jelajah Turkey
Day 2-Istanbul 17.3.2018
Kami menginap di Courtyard Hotel.
Sangat selesa dan menu nya pun banyak sangat.
(Sebelum lupa....waktu Turkey lewat 5 jam dari Malaysia.)
Kali pertama jejak ke Istanbul...
Wow....kagum melihat seni bina bangunannya yang klasik dan indah
Sebuah negara yang terletak diantara 2 buah benua...Asia dan Eropah.
Orangnya yang tinggi lampai...cantik bergaya dan bahasa mereka sangat asing bagi ibu.
Istanbul adalah ibu negari yang terbesar di Turkey.
Seni bina bangunan di sana sangat indah...kagum ibu melihatnya.
Kalau ikutkan hati semua tempat nak ibu snap gambarnya....
Ya Allah...indah sungguh ciptaaNya.
Semasa tiba di Istanbul...cuaca masih sejuk.
Perubahan dari musim sejuk ke musim bunga.
Mengiggil kami dibuatnya.
Ada kalanya suhu jatuh hingga 4 darjah celcius.
Destinasi pertama kami dibawa ke Topkapi Palace.
Sebuah kawasan yang luas dan dijadikan muzium.
Kat dalam ni ada beberapa buah bangunan yang dijaga dengan baik.
Indah dan kagum ibu melihatnya.
kat belakang kami tu salah satu bangunan yang dijadikan muzeum.
Semua pokok tidak berdaun.....
Begitupun pemandangan tetap indah.
Along dan Aqis.
Masing-masing kesejukkan......
Family ibu
ni dipenghujung kawasan.
terbentang indah pemandangan di sini.
Bahagian bawah tu ada restaurant.
Pra musim bunga tapi dah ada bunga yang mula menampakkan diri....
Indah sangat terutama bunga tulip.
Salah satu seni bina bangunan yang sangat cantik.
Setelah keluar dari kawasan muzium itu kami dibawa ke bahagian sekitarnya.....
Kami dibawa ke Haigo Sophia (Foto Stop).
Sini terkenal dengan Empayar Byzantine dan Ottoman. Asalnya sebuah gereja dan dijadikan sebuah masjid dan muzeum...
Ya Allah...tak dapat digambarkan keindahan di sini dengan sejuknya...dengan seni bina bangunannya yang unik dan dijaga rapi.
Cuma yang tak bestnya terlalu banyak anjing di kawasan ni.
Nasib baik cuaca sejuk jadinya anjing-anjing tu "membuta" jelah.
Berlatar belakang sebuah bangunan.
Kadang-kadang tak dapat nak bezakan antara masjid dan gereja.....
Jom kita layan gambar-gambar disekitar kawasan yang kami lawati.
Yang tinggi kat belakang kami pegang bendera travel tu Omar...dialah yang menjadi pemandu pelancong.
Warga Turkey tapi sangat fasih berbahasa Indonesia.
Kat belakang tu adalah Blue Mosque a.k.a Masjid Biru.
Senibina dalamnya sangat unik dan dinding sekelilingnya diperbuat dengan jubin biru
Dibina pada tahun1609 dan 1616 semasa pemerintahan Sultan Ahmed 1.
Setelah diberi masa beberapa jam di sini, kami meneruskan lagi perjalanan ke sebuah Daerah Bursa.
Tunggu kisah selanjutnya....
Part 1-Turkey Kami Datang
2 ulasan:
Thanks a lot for the article.Thanks Again. Want more. Pikdo is an Instagram Online Viewer that you can easily browse users, location, followers, hashtags, popular contents, statistics and much more. ...
Catat Ulasan