Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 September 2018

Along dan Konvo

Setelah sekian lama blog ibu berhabuk...tiba-tiba hari ini tergerak nak buka balik.
Intai-intai dalam draf. Ada beberapa catatan yang belum ibu publish walaupun kisah tu peristiwa tahun lepas...huhuhuhu....

Ibu rasa tidak salah ibu tepek peristiwa yang manis untuk dikenang dimasa akan datang....

Kisah Along dan Konvo :
Tahniah Along.
Kali pertama dalam keluarga kami meraikan kemuncak kejayaan anak.
Akhirnya saat yang ditunggu tiba juga.
21.11.2017 menjadi sejarah dan pemangkin untuk adik2 mengikut jejak langkah 
kejayaan dan kecemerlangan Along dalam akademik.
Kami sangat bamgga dengan kejayaan Along dapat menamatkan degree di IPTA @ Utem dengan cemerlang..
Alhamdulillah.
Terima kasih Allah
Anak ayah.
Penyumbang tenaga dan wang ringgit terbesar.

Saat yang paling gembira buat kami.
Terima kasih Along di atas hadiah kejayaan ini buat kami.

Ibu dan ayah selpie dulu sebelum tetamu ramai...

Ibu..along...ayah

Alhamdulillah...Sekarang Along dah bekerja sebagai seorang NOC Engineer disebuah syarikat termuka..
Syabas Along kerana dapat bersaing dengan kaum lelaki.
Ibu tahu Along mampu berdiri sama tinggi dengan mereka kerana Along adalah seorang anak yang kuat semangat..berjiwa kental dan bijak walaupun dari luaran Along nampak seorang anak yang manja dan lembut.....
Alhamdulillah.


1 ulasan:

About me